Wednesday, February 17, 2016

Persediaan Berpantang Anak Ke 6


Assalamualaikum,

Hari ini ada check up lagi di SALAM Specialist dan doktor cakap kepala baby masih belum turun lagi. Takpe, syukur juga sebab mama masih ada masa untuk kemas rumah dan buat persediaan bagi menempuh fasa berpantang. Orang selalu cakap anak ke 6 ni dah biasa atau dah tahu nak buat apa, iya betul tu tapi kalau tak nak kelam kabut seharusnya sediakan semua seperti tempat berpantang, makanan berpantang dan kelengkapan bayi seawal mungkin. Lepas tu nak kena siapkan diri mental dan fizikal bagi menempuh keadaan baru yang mungkin berbeza seperti sebelum bersalin. Harapan aku moga baby #6 ni bebas kuning sebab tak laratlah nak ulang alik ke klinik ambil darah ;(

Nak kongsikan sedikit perkongsian tentang persiapan berpantang cara aku. Untuk pantang kali ni rasanya Mekla nekad nak pantang secara lebih serius memandangkan kali ni berat badan dah naik macam "mak badak" dah. Kalau boleh tak nak lah kekalkan "kebadakan" sebab penatlah kalau badan besar ni, sudahlah nak OOTD tak dapek, baju tak muat pastu tahap keyakinan diri pun terus merudum. Ha ha ha

Jadinya, untuk berpantang kali ni aku pilih set berpantang Tropical Herbs edaran Amway (sudah tentulah sebab setelah membaca dan dengar sendiri akan kebaikan produk ini maka tak salah kalau aku sendiri mencubanya). Lagipun set ini lengkap meliputi penjagaan ibu dan bayi. Harga tu memanglah orang cakap mahal tapi bila dicongak balik sebenarnya sama aje dengan harga set lain sekiranya kita beli satu-satu. Set ini dilengkapi dengan kain bengkung dan bulan ni lagilah ada promosi yang best! Eh terpromote lebih pula. Kalau nak tahu boleh Whats App aku di 012-970 6828 ya. Kita cerita lebih lanjut kat situ.


Set berpantang yang diyakini dan sudah lama berada di pasaran. Dikilangkan secara GMP di sebuah kilang di Kuala Selangor. Dibuat daripada ramuan semulajadi berasaskan tumbuhan termasuk minyak dan kapsul. Menggunakan pati herba dan herba mentah yang distandardkan untuk potensi optimum tanpa menghilangkan sebarang sinergistiknya. Dirumus secara tradisional dan saintifik sesuai untuk semua bangsa di Malaysia untuk melalui tempoh pantang yang selesa.

Ok, kalau bab makanan pula kali ini aku banyak membuat rujukan di buku dan ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu. Kalau waktu berpantangkan Aaliyah, makanan pantang tak boleh makan sangat yang mengandungi halia dan lada hitam disebabkan Aaliyah ada prolong jaundice tapi kali ini kalau baby takde apa-apa bolehlah amalkan yang secara tradisi. Yang pasti aku dah bawa siap-siap pegaga dari kampung yang ayah aku tanam di belakang rumah (gambar atas). Besar kan? Tak tahulah nama saintifiknya apa cuma pegaga ni sedap juga dimakan begitu sahaja. Masa balik kampung tempohari aku buatkan kerabu pegaga. Nanti aku kongsikan resepinya ya.


Nak beli ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu? Klik sini : BORANG PESANAN

Kalau boleh nak cetak siap-siap menu berpantang ikut hari supaya memudahkan suami kita sediakan hidangan. Kalau dulu selalunya "belasah" aje apa yang dihidangkan tapi kali ni aku nak lebih teratur. Nak sediakan ikut menu ikut minggu. Zaman sekarang dah ramai yang kongsikan menu pantang di facebook, jadi sedikit sebanyak boleh dapat idea dan resepi baru. Takde lah setiap masa nak mamah ikan masin je kan? Nanti susu badan takde kita juga yang stress kan?

Jangan lupa like fanpage : PANDUAN BERPANTANG TRADISIONAL & MODEN untuk dapatkan tips dalam pantang.

Bab berurut bertungku dan pakai bengkung pun dah ada tukang urut yang sedia memberikan khidmat. Masa berpantangkan Azzam & Aaliyah aku memang berurut dengan Kak Haiza dan untuk kali ini pun ambil servis dari beliau aje memandangkan sudah selesa dengannya. Bab pakai bengkung tu tak boleh nak janji sangat cuma sekarang aku baru sibuk nak intai-intai bengkung versi moden yang jenis zip zap tu, tak payah nak tarik-tarik kain bengkung bagai. Kalau ada sesiapa yang tahu atau jual boleh tinggalkan komen ya. Tq :)

Oklah, panjang pula bebelan Mekla. Jumpa lagi. Bye!


1 comment:

dalilayusof said...

semoga selamat berpantang cikgu...doakan saya sekali. Pegaga memang bagus, nanti nak mencari jugalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015