Monday, February 22, 2016

Kisah Hujung Minggu

Assalamualaikum,

Sejak perut dah memboyot ni memang malas nak ke mana-mana. Lagipun sekarang ni boleh dikatakan selang seminggu Haziq kena pergi sekolah untuk program bagi pelajar tahun 4, 5 & 6. Cepat betul masa berlalu sebab anak bujang dah aktif dengan program sekolah. Kalau tak silap minggu ni ada program kem smart solat yang dianjurkan pihak sekolah. Sementara menunggu abang Haziq ke sekolah, kami duduk rumah dan kemas rumah (yang tak pernah sudah). Bukan apa, nanti aku nak berpantang jadi paksa juga en suami kemaskan rumah seperti sapu habuk, lap cermin, tukar langsir dan buang segala sampah yang terhasil dari renovation tempoh hari.

Sambil-sambil tu kita main masak-masaklah. Takde menu menarik pun cuma sarapan pagi en suami buatkan nasi lemak kemudian petang aku masakkan pasta fettucini untuk dimakan bersama kuah bolognaise (nanti cerita entri lain) dan yang kat bawah ni gambar ulang tayang dari facebook. He he he Biasalah asal lepas masak je mesti "tayang" kat facebook. Senang sebab tak payah nak transfer ke komputer bagai. Kalau dulu pakai kamera digital memang kena tunggu pindah masuk gambar dalam PC tapi sekarang tak perlu lagi. Errr faham ke idok Mekla dok membebels ni?




Daging masak lada hitam bersama cendawan shitake. Daging ni aku masukkan dalam Noxxa Pressure Cooker dulu dan buat HP selama 15 minit untuk bagi lembut. Kalau tak mesti liat dan nanti sakit pula gusi mak buyong ni. Untuk resepi daging masak lada hitam ni senang aje

Tumiskan bawang putih dan halia, kemudian masukkan daging dan cendawan shitake. Masukkan sos lada hitam dalam 3 sudu, sos tiram 2 sudu, kicap manis 2 sudu dan gaul rata. Kalau nak berkuah sedikit masukkan air rebusan daging tadi. Kalau nak kauh pekat masukkan bancuhan tepung jagung sikit. Aku malas nak masak sayur jadi aku tambah terus sawi yang dah dipotong sekali bersama daging ni. Hermm boleh tahan juga pahitnya kuah tu sebab sawi kan pahit :P




Petang sabtu tu buat home made steam boat. Macam biasa gunakan Noxxa Pressure Cooker sebagai tempat untuk menyediakan kuah. Mod Stir fry dan tunggu air mendidih kemudian masukkan 3 kiub tom yam. Kemudian masa kuah dah mendidih tu tukar kepada keep warm sahaja dan campaklah segala makanan yang kita nak bubuh. Puas hati bila buat sendiri sampai makan peluh menitik-nitik :)




Oh ya, dekorasi rumah aku sekarang dah berubah. Kalau dulu bahagian tangga ni ditutupi dengan kabinet kayu hitam yang besar gedabak tapi haritu masa buat renovasi dapur kami minta kontraktor tutup bahagian tangga tu. Sebenarnya lain yang aku bayangkan tapi lain pula kontraktor tu faham. Tapi takpe lah janji sekarang semua dah setel. Nampak macam "luas" sedikit ruang rumah kami ni sejak ketiadaan kabinet TV yang hitam tu. Tapi en suami ambil juga rak-rak yang ada dan pasang ke dinding macam gambar di atas. Biasalah deko-deko rumah rakyat marhaen, semua gunapakai aje barang yang ada :)




Yang atas ni pun kabinet TV juga kami terbalikkan buat macam kabinet memanjang :) Letak bunga dan pasu. Ha ha ha Bolehlah labuuuu

Gambar di bawah ni apabila sepupu datang bertandang. Alhamdulillah anak-anak aku ni jenis suka bergaul juga dengan sedara-mara, HAziq pun tak kekok pegang baby. Nampak sangat sukakan baby cuma dengan adik-adik aje suka bergaduh :P Biasalah kan, kita dulu pon kalau dengan adik-adik rasa nak gigit-gigit aje tapi kalau dengan adik kawan atau sepupu punyalah baik T______________T"




Itu sahaja aktiviti hujung minggu kami. Sekarang ni aku nak fokus pada jualan online bagi produk digital pula sebabnya dalam pantang manalah boleh keluar ambil stok barang lagi kan. Apa-apa pun doakan semoga dipermudahkan segala urusan aku ya :)

Bye!

2 comments:

Malinda said...

wah! kreatif gak somi ko dik gantung rak atas tv camtu...zaman2 gawat camni selagi bole guna kite guna kan je...cantik gak kalau bosan2 nanti cat kan je dgn kaler lain...akak memang suka xtvt DIY sume tu...kikiki

Zaila Mohamad said...

tq kak Malinda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015