Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label jus delima. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jus delima. Papar semua catatan

Khamis, 18 Oktober 2012

Kenapa Perlu Minum Air Gula Semasa Hamil?


gambar ihsan dari google

Assalamu'alaikum semua,

Semalam aku ke klinik untuk check up, sepatutnya pergi hari Jumaat tapi memandangkan check up kali ni kena minum air gula, so aku rasa baik pergi semalam supaya en suami tak terkejar-kejar nak pergi solat Jumaat. Tapi tanggapanku salah, bila-bila masa pon dia tu asyik berkejaran dengan kerja T____T"

Tapi sebelum ke klinik tu, doktor dah pesan supaya puasa pada malam hari. Ada yang cakap sebelum pergi klinik, ada yang cakap start dari pukul 9 malam & ada juga yang tak pernah kena minum air gula sepanjang tempoh kehamilan mereka. Pengalaman aku sendiri; semasa mengandungkan Haziq tak pernah kena minum air gula (ataupun terlepas tak tahulah kan), semasa mengandungkan Husna kena sekali (masa ni check up di klinik kerajaan kerana berat badan naik mendadak), semasa Ashraf pon kena minum sekali (masa ni check up di klinik swasta pun kerana berat badan yang naik) & kali ni di klinik yang sama pon aku kena minum..So aku rasa minum air gula ini sinonim dengan ibu mengandung yang berat badannya naik secara mendadak. Kenapa harus minum air gula? Sudah tentulah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah bagi mengelakkan penyakit kencing manis semasa hamil atau dikenali sebagai Gestational Diabetis / Diabetis Mellitus (GDM)

Apa itu gestational diabetes?

Gestational diabetes, yang juga dikenali sebagai gestational diabetes mellitus, GDM, adalah diabetes semasa mengandung. Ini adalah sejenis diabetes timbul apabila seorang perempuan mengandung tetapi tidak mempunyai diabetes semasa belum mengandung.

Selalunya, perut dan usus akan menghadam karbohidrat dalam makanan dan menukarnya menjadi glucose. Selepas tu, glucose akan disalurkan ke dalam darah untuk membekalkan tenaga.

Penyaluran glucose ke sel-sel badan memerlukan hormon insulin. Hormon ini dihasilkan oleh pankreas. Sekiranya anda mempunyai diabetes, tubuh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau sel tubuh badan tidak dapat mengunakan glucose seperti yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan glucose terkumpul dalam darah dan menyebabkan diabetes atau kandungan gula tinggi dalam darah.

Macam Mana Nak tahu jika anda ada GDM?

Selalunya ujian gula (glucose) akan dilakukan pada usia kandungan 24 - 28 minggu. Jika anda mempunyai risiko untuk mempunyai GDM seperti contoh pernah mempunyai masalah ni semasa kandungan sebelumnya, maka doktor akan membuat ujian lebih awal dari 24 minggu. Mungkin sejurus selepas mengetahui anda mengandung.

2 cara Ujian GDM

1) Ibu mengandung perlu berpuasa selama 4 - 8 jam. Bacaan gula dalam badan akan diukur. Selepas tu kena minum segelas air bergula macam ribena tapi sangat pekat. Lepas 2 jam buat lagi pengukuran bacaan gula dalam darah.

2) Cara kedua ni simple sikit. Kandungan gula dalam darah akan dibuat selepas 1 jam meminum air bergula. Jika bacaan adalah normal, maka ibu mengandung tidak mempunyai masalah GDM. Jika gagal kena buat prosedur No. 1.


Adakah GDM akan memberi kesan pada Baby?
 
Kebanyakkan wanita yang mempunyai GDM akan melahirkan bayi yang sihat, terutamanya apabila mereka kawal kandungan gula dalam darah mereka dengan makan makanan sihat, buat senaman ringan dan mantain penambahan berat badan yang sihat. Namun dalam beberapa kes, GDM boleh memberi kesan kepada kandungan dan baby. Ini adalah beberapa risiko:-
  • Tubuh badan baby dalam kandungan lebih besar dari normal. Dalam kes ni mungkin perlu menjalankan pembedahan c-section untuk melahirkan baby.
  • Kandungan darah dalam badan baby terlalu rendah. Dalam kes ni, disarankan untuk mula breastfeed secepat mungkin agar dapat membantu menyalurkan glucose pada baby. Dalam kes berat, baby mungkin terpaksa diberi glucose melalui tube drip terus ke darah baby.
  • Baby mungkin akan mempunyai jaundis.
  • Baby mungkin mempunyai kesukaran untuk bernafas dan perlu diberi bantuan oksigen.
  • Baby mempunyai level mineral yang rendah dalam darah. Ini boleh menyebabkan otot 'twitching' (tergerak-gerak) atau krem. Tapi ini boleh diselesaikan dengan memberi mineral pada baby.
Apa nAk buat jika ada GDM?
Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doktor.  Beberapa cara umum untuk terus sihat adalah:-
  • Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal – Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya senantiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.
  • Amalkan diet yang sihat – Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda. Selalunya pengawalan makanan berkarbohidrat adalah mustahak. Makanan tinggi gula juga perlu dikawal. Biskut, cookies, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah kawal pengambilannya.
  • Buat ativiti fizikal tahap sederhana – Bersenam dapat membantu mengawal level gula dalam badan.  Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.
  • Mantain berat badat yang sihat – Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk membuat rekod ini. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.
  • Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.
Terdapat juga kes yang teruk dimana Ibu terpaksa mengambil insulin untuk menurunkan level gula dalam darah. Namun ada juga yang perlu buat ujian darah darah untuk mengetahui jika mereka mendapat glucose yang secukupnya.

Apa Berlaku Selepas Kelahiran?

Bagi kebanyakan wanita, level gula akan kembali normal selepas kelahiran. Enam minggu selepas kelahiran, anda perlu membuat ujian untuk memastikan level gula adalah normal. Ini juga membantu jika anda mempunyai risiko diabetes di masa hadapan.
 
Jika anda ingin mengandung lagi, ujian gula perlu dibuat 3 bulan sebelum mengandung untuk memastikan bacaan senantiasa normal.

Merunut kajian anak yang mana ibunnya mempunyai GDM berisiko tinggi dalam obesiti, glucose tolerance yang tidak normal dan diabetes.

Risiko obesiti dan diabetes jenis 2 juga tinggi bagi ibu dan anak, maka perlulah jaga kesihatan untuk mengurangkan risiko ini..

Sumber dari sini (http://www.nichd.nih.gov/health/topics/gestational_diabetes.cfm)

Alhamdulillah result semalam ok..Walaupon berat badan aku naik 2 kg dalam sebulan *sila jangan pengsan ya* tapi kandungan gula dalam darah aku normal sahaja..Semalam juga kandungan dah cecah 27 minggu (hampir 7 bulan sudah) so doktor bagi surat refer ke hospital bersalin & semalam juga ambil suntikan kancing gigi..Nasib baiklah kesan lenguh tu tak bawa sampai ke hari ini tapi semalam agak penat jugalah memandangkan aku puasa pagi tu & balik pula kena uruskan anak-anak. Nasib baik en suami memahami so malam tadi kami makan malam di kedai sahaja:P

Suntikan kancing gigi

Jika ini adalah kehamilan pertama anda, suntikan kancing gigi akan diberikan sejurus anda dapat merasa atau mengenalpasti pergerakan bayi. Dos yang kedua akan diberi sebulan kemudian.

Bagi kehamilan seterusnya, satu dos bagi setiap kehamilan sahaja diperlukan dan diberikan untuk melalikan anda dan bayi daripada kesan penyakit kancing gigi.


Semalam dapat result hasil ambil darah bulan lepas, nampak gaya bacaan hemoglobin aku cukup-cukup makan sajork so lepas ni kena lebihkan pengambilan bayam, kerang & makanan yang mengandungi zat besi (nak kena amalkan minum ekstrak jus delima setiap hari ni). Semoga dipermudahkan segalanya..Lepas ni, aku akan sambung check up dengan Dr. Siti di SALAM dah..Gerun juga nak buat scan untuk tahu paras air ketuban & keadaan baby. Doakan semoga aku & baby dalam perut ni baik-baik aje ya..Semoga baby keluar ikut masa & semoga aku kekal bertenaga sepanjang kehamilan ini:)

Pada yang ingin kekal bertenaga sepanjang hamil, bolehlah mengambil jus kurma & amalkan makan kurma untuk tenaga sepanjang hari. Nak-nak yang mengandungkan anak ke 3, ke 4 macam aku ni..Yang dalam perut aktif bergerak, hak kat luar ni toksah ceritalah..Kalau tak cukup tenaga, boleh pengsan!!


Imam muda Ashraf yang makin hari makin aktif & ligat. Ada je benda yang dia buat..Tengah pening memikirkan macamana nak jaga dia dalam pantang nanti..Boleh ke terima kehadiran adik baru? Errr ada sesiapa nak ambil pinjam jaga tak?? Hehehe gurau je..

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Khamis, 20 September 2012

Amalan & Pemakanan Semasa Mengandung

Assalamu'alaikum,

Haritu ada yang dah bertanya aku dah mengandung berapa bulan..Isy lupa nak update kat sini..Al maklumler, anak #4 mak jadi makin pelupa uolssss!

Well, pagi tadi dah pergi second check up dah. Kali ni pon dah deside nak bersalin dengan doktor yang sama masa sambut Ashraf dulu iaitu Dr. Siti Mariam dari Shah Alam Specialist (SALAM) sebab masa bersalinkan Ashraf dulu ada rekod "baby mengecil dalam perut kat situ" so mari kita doakan moga #4 miracles ni tak akan mengecut juga nanti:P


Masa scan ni aku dah 19 minggu..Alhamdulillah doktor cakap akan keluar sorang lagi penambah kaum Adam atas muka bumi ni..Sian Husna frust sebab takde geng nak main masak-masak *macamlah sekarang dia main semua tu* no wonderlah perangai dia ganas sket, rupa-rupanya akan dikelilingi bodyguard nanti:)

Hari ni dah masuk minggu ke 23..Tadi ambik darah je & bulan depan sambung check up lagi..Baby dalam perut pon dah makin aktif bergerak & aku pon dah rasa bateri kuasa makin lama makin low r..hehehe So far takde darah tinggi lagi tapi temperature ni sentiasa je naik kalau bersama dengan anak-anak *dahtu je keje aku jaga anak-anak* Macam hari ni stress dari pagi sampai ke petang tapi kena banyak-banyak istighfar & bersabar jelah..Kalau tak, sian baby dalam perut ikut stress sama..huhu

Ok bercerita tentang pengambilan vitamin, aku ada amalkan makan pil New Obimin & TPx Calcium Plus yang SALAM bagi & amalkan minum ekstrak jus delima ya mal alsham yang aku sendiri jual..hehe Seperti yang kita tahu, buah delima ni memang bagus untuk ibu mengandung. Dulu-dulu pon aku ada amalkan makan buah delima tapi since susah nak dapatkan bekalan so aku bertukar beli ekstrak jus delima ni. Kalau nak tahu, rasanya masam-masam sedikit macam air asam jawa & sangat bagus untuk menghilangkan "morning sickness" ibu mengandung. Since aku takde mabuk-mabuk, tak salah pon kalau aku amalkan kan..Produk ni diimport dari Syria & Jaafar Rawas merupakan pengedar di Malaysia ni.

Cara penyediaan pon sangat senang macam nak buat air sirap je. Macam aku, aku suka bancuh dengan air sejuk tanpa gula (memang masam yang amat) tapi boleh je minum sampai habis..Pada yang tak tahan, bolehlah tambah sesedu gula ikut kesukaan anak tekak korang:P
Pada yang berminat, bolehlah order sekarang sebab aku dah jadi salah seorang pengedar online untuk produk ni..Senang kan zaman sekarang, order, bayar then terus tunggu barang sampai..


dari kiri : ekstrak jus delima ya mal alsham, new obimin & pil kalsium (pada mereka yang tak suka minum susu macam aku ni) hikhik. Selain itu, jus kurma plus kismis, air zam-zam pon bagus juga untuk diamalkan. Kalau mahukan anak yang genius, seharusnya bermula dari kehamilan lagi dengan mengamalkan pelbagai makanan sunnah so jom kita amalkan dari sekarang supaya nanti akan melahirkan baby genius yang soleh/solehah..Insya Allah:)

Jangan lupa hubungi aku;
email : zailamohamad@yahoo.com (Tajuk : Jus Delima)
Phone no. : 012-3228651

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^