Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label my reading corner. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my reading corner. Papar semua catatan

Khamis, 5 Februari 2015

Azam Baru : Rajin Membaca Buku

Assalamualaikum,

Masih dalam awal tahun 2015 lagi kan? Azam tahun baru pun masih panas ala suam-suam kuku lagi. Salah satu azam tahun baru aku adalah mahu lebih rajin membaca buku dan bukannya rajin membeli buku. He he he

Alhamdulillah beberapa hari yang lepas mendapat hadiah buku daripada adik manis tokei bakeri tat. Perkenalan alam maya yang diharapkan kekal hingga ke alam nyata. Syukur, aku sentiasa dikelilingi orang-orang yang positif dan sentiasa menggerakkan diri aku :)

Haritu pernah terlihat di Tanyalah Ustaz di TV9 tentang tajuk "Pahala Di Mana-Mana". Jika mahukan pahala yang berterusan kena menulis buku kerana ilmu yang kita bagi itu jika dibaca dan diamalkan oleh mereka yang membacanya, insya Allah kita akan sentiasa mendapat pahala daripada situ. Tapi jika tidak mampu untuk menulis sebuah buku, maka boleh sedekahkan buku atau menyumbangkan duit kepada penulis-penulis yang boleh menulis dan menyebarkan ilmu dari buku yang kita bagi itu. Wallahu'alam.


Buku Peter Rabbit ni antara salah satu buku yang aku NAAAAk sangat semasa melihat iklan di dalam laman facebook BBW (Big Bad Wolf). Alhamdulillah, adik manis Nor Amirah telah sudi menghadiahkan kepada aku dan kini buku ini menjadi teman "bed time story" anak-anak :)

Bulan lepas macam biasa lah sesi membeli buku lagi di MPH.


Ini buku en suami yang beli. Daku baca sedikit aje dah rasa sakit kepala. HA HA HA Memang jenis tak suka baca buku yang penulisannya "berat" (bagi aku lah) Nak memahami ayat tu satu hal. Tapi mungkin boleh dicuba baca untuk jadikan ubat tidur yang berkesan :)


Buku ini juga salah satu yang dibeli di MPH. Harga RM39.00. Masih belum berusik lagi. Ayyoooooo


Sedang gigih menghabiskan novel ini The Seafront Tea Rooms yang mengisahkan 3 sahabat di Scarborough England yang mencari kedai-kedai teh dan masing-masing mempunyai cerita dan masalah masing-masing. Hermm, aku sukalah novel macam ni. He he

Tiba-tiba terus rasa macam berada di UK :)


"The more that you read, the more things you will know. The more you learn, the more places you'll go" {Dr Seuss}

Oklah, bulan ini kena puasa dari membeli buku. Kena habiskan dahulu buku-buku yang lepas. Ada sesiapa boleh kongsikan tips untuk cepat habis baca buku tak?

Rabu, 22 Februari 2012

My Reading Corner

Assalamu'alaikum,

Bulan ni berjaya merembat buku lagi..ngeh ngeh ngeh walaupun buku-buku yang dibeli bulan lepas masih belum habis dibaca lagi..Tapi takpe...pelan-pelan baca kan?? kan??

Rentetan ke MPH Sunway Pyramid tempohari, aku berjaya juga membeli;-


Chicken Licken - bacaan untuk anak-anak..beli 1 sudah..yang ni pon dah RM19.90


Tip Menjadi Ibubapa Mithali tulisan Saat Sulaiman - untuk bacaan kami laki bini..Insya Allah kalau ada kerajinan aku kongsikan serba sedikit beberapa tips yang berguna..Kalau korang nak beli pon, harganya takderlah mahal sangat ~ lebih kurang dalam RM15 (kot sebab aku lupa)


Oxford Advanced learner's dictionary RM80++ ini untuk bacaan en suami..kelakar aku..ada juga manusia baca kamus then gelak sorang-sorang:D

Muqaddam ni untuk Haziq..tahun depan nak masuk sekolah dah so pelan-pelan aku dah ajar dia hafal surah-surah pendek..Alhamdulillah, di sekolah pon dia dah hafal surah Al-fatihah, An-Nas, Al-Falaqh, Al-ikhlas & ada banyak juga cuma nak kena betulkan bacaan juga..



Mini Shopaholic by Sophie Kinsella ni untuk aku:) Actually aku baru nak berjinak-jinak dengan tulisan Sophie Kinsella..Haritu ada tengok Confessions of a Shophaholic di Astro, memang kelakar! Bila baca novel pon kelakar juga cuma kali ni Rebecca tu dah ada anak (Minnie) & kali ni macam ada konflik kewangan & Becky ni kena berjimat & at the same time dia nak buat surprise birthday party buat Luke her husband..Jalan cerita a bit boring tapi aku suka cara penulisan Sophie Kinsella..boleh tergelak juga bila membacanya:)

inilah rembatan buku untuk bulan February 2012:)

Korang suka baca novel tulisan siapa?? tapi aku jenis tak suka sangat cerita romantik serious macam Novel Eclipse yang aku beli haritu..aku suka romantik komedi:) pada yang tahu buku apa yang worth it untuk dibaca, silalah sharelah ya..mana tahu aku boleh baca juga:D 

Khamis, 16 Februari 2012

Tips Untuk Anak Suka Makan Sayur

Assalamua'alaikum,

Anak (anak-anak) korang makan sayur tak?? Kalau makan, jenis masakan yang macamana?? Well, anak aku ada datang angin pus-pus diorang juga but mostly akan makan (kalau aku suap)..Macam Haziq, he's very picky dalam memilih makanan..Makanan nak masuk mulut (kalau aku suap pakai sudu), sempat lagi dia sport check nak tengok kot-kot ada bawang / sayur..Haisy..Kalau dengan dia, memang hari-hari berperang!! Like Husna pula, dia jenis makan semua..apa yang aku suapkan dia ngap semua..Well, i guess dia mewarisi tebiat makan mama dia:P

Aku perhatikan anak-anak aku ni suka sup..kalau makan nasi + sup + ikan goreng laju juga..then diorang suka makan cokodok (cucur ikan bilis) & pasta (makaroni, spaghetti semua diorang balun) so dalam setiap masakan aku, aku akan masukkan sekali sayuran (carrot, brokoli, celeri, cendawan, kobis, daun bawang & lain-lain) so that diorang akan makan.


ni contoh cekodok bawang (sebab ikan bilis habis so aku masukkan bawang & daun bawang) kesukaan Haziq



buat nipis-nipis & goreng garing sket..budak-budak sukalah yang crunchy-crunchy gitu;)

bubur Ashraf pula aku masukkan ayam & celeri & brokoli;-)

Ok, aku nak share sedikit tips yang aku sempat baca dari buku Food Chaining hasil pembelian di MPH Sale haritu, aku tahu ramai ibu-ibu kat luar sana yang ada anak yang tak suka makan sayur kan??
Antara tips yang aku boleh kongsi (sedikit sahaja sebab aku masih belum khatam lagi buku tu:P)

- Antara kesilapan terbesar para ibubapa adalah dengan memperkenalkan junk food kepada anak-anak..Junk food tak semestinya KFC, McDonalds segala (this is fast food) tapi junk food ni macam makanan yang tak mengandungi khasiat seperti fries, makaroni & cheese (ini contoh mat salleh lah kan sebab kalau diamalkan selalu of courselah tak elok untuk diet anak-anak), candies & so on..Komen aku : selalunya kalau keluar ngan anak-anak, aku suka makan di Kenny Roger's & The Chicken Rice Shop untuk avoidkan diorang dari memilih KFC (ayam KFC masin & takde menu yang sihat untuk kids, setakat coleslaw kobis baik tak payah!) & McD also..oklah, sesekali bolehlah..but not all the time k..Kalau ke kedai makan biasa, aku akan prefer orderkan sup ayam atau nasi ayam untuk diorang..

- Kalau anak-anak korang tak suka makan sayur, mulakan dengan memperkenalkan sedikit sayur (paling senang carrot & brokoli) dalam daily food yang diorang ambil..Contoh dalam buku tu, kalau anak suka makan fries, selitkan juga carrot / peas, mungkin awal-awal anak-anak tak akan makan, tapi cuba untuk yakinkan diorang..Lama-lama bila dah biasa dengan rasa tersebut, diorang akan terima juga..Komen aku : Oklah, itu resepi mat salleh so bagi kita tekak melayu yang suka makan nasi ni..apakata setiapkali masak menu anak, contohnya sup ayam, masukkan sekali sayuran seperti carrot, celeri, tomato, brokoli dalam tu..Kalau masak ikan pun tambahkan juga..tak salah kan sebab kita yang mencorakkan menu anak-anak..Hidangan di rumah aku selalunya aku terus campur sekali semua vege dalam masakan so nak tak nak anak-anak memang dah terbiasa dengan makanan macam tu..Tak kisahlah masak sup ke, goreng kicap ke, masak lemak ke..konpem akan ada sayur;)

- Beri makanan berdasarkan umur - selalunya start dari baby 6 bulan lagi kita dah boleh start bagi solid food (selalunya bubur sebab teksturnya yang lembut senang baby makan) then bila usia bertambah bolehlah memperkenalkan menu lain yang lebih solid (keras) seperti daging, ikan, ayam & sayuran yang mempunyai batang. Komen aku : Ok, sekarang aku masih lagi bagi bubur nasi kepada Ashraf (tips lagi : aku blend dulu beras so memang cepat & senang untuk masak, main campak-campak je). Awal-awal aku just masak terus beras+brokoli+carrot+salmon/ikan merah/minced chicken meat & add some salt & sugar &kadang2 stok ayam..tapi sekarang aku dah start tumiskan bawang2 baru masukkan beras & air & sayuran..Bukan setakat Ashraf yang makan, even abang & kakak dia pon makan sama;-) especially kalau ada salmon! Ok, kalau anak-anak yang dah bergigi penuh macam Haziq & Husna, konpem memacam boleh telan:P

Kaji Makanan Anak-anak - selalunya kids reject makanan mungkin bersebab contohnya terlalu keras, pahit, tawar or not their taste at all..KOmen aku : memang tension nak bagi anak-anak makan sayur so sebagai ibu kena kreatif ala Masterchef (ewah perasan!) & kena pandai saiko anak-anak..Macam haritu Haziq sakit mata so aku bagitahulah kat dia, "tulah..Haziq tak nak makan carrot, carrot bagus untuk mata tau" then haritu kawan dia kat taska sakit mata & he told them the same reason yang aku bagi..deng!! Mamp*s aku kalau kawan dia ni plak balik bagitahu mak pak diorang:P Aku selalu cakap kat Husna pula kalau makan tomato kulit cantik so memang dia terpedaya:P

Last but not least, komen aku : it's all must started from you (yes you! as a parent)..Kalau kita sendiri tak suka makan sayur, jangan nak marah anak kalau they all do the same..Kena ingat, kita yang mencorakkan anak-anak kita so better change before it's too late:P Macam aku & en suami, memang kami jenis makan sayur, before we start our healthy meal pon memang akan ada menu sayur dalam daily food intake cuma bila sekarang the variety of vege macam da bertambah..like berkembang gitu..kalau dulu sayuran seperti carrot, brokoli, kobis, sawi, kailan, tomato, cili je yang selalu ada dalam fridge rumah aku tapi kali ni dah bertambah seperti asparagus, fresh shitake/oyster mushroom, cauliflower, peas, celery, salad, tomato ceri & macam-macam..ikut mood memasak aku:P Alhamdulillah anak-anak aku boleh terima sayur dalam menu diorang & masalah sembelit pon jarang sangat kena;)

Harap apa yang aku tulis ni membantu..Kalau ada tips lagi nanti aku share ya..bye!

Isnin, 30 Januari 2012

Buku Yang Sempat Diborong

Eleh, baru beli buku sket dah kecoh nak tunjuk:P

Oklah..untuk permulaan kan..Pasni akan banyak menyusul..Nanti aku nak khaskan entry "My Reading Corner" cewah! poyo je..Awal tahun semua nak buat..harap-harap akan berterusan sampai bila-bila lah ya!!


Success Stories by Robert T.Kiyosaki RM15 (belum baca lagi)


Food Chaining by Cheryl Fraker RM10 mengisahkan tentang cara-cara untuk menangani masalah anak-anak yang ada feeding problem..Nanti dah habis baca aku share kat sini..content quite interesting with simple phrase yang senang untuk difahami..Al maklumler BI eden kat band 3 je (refer to MUET result tahun 2000)



Eclipse by Stephenie Meyer RM10..masih dalam proses penghadaman..Seb baik aku dah tengok movie so bolehlah imagine sket-sket..Rasa rugi tak beli semua sequels dari Twilight, New Moon sebab harganya yang murah..


The Queen of Second Place by Laura Peyton Robert..ni khatam masa bercuti di hospital..biasalah cerita teenagers tapi aku suka baca sebab jalan cerita yang light..tak payah nak tension-tension gambarkan dalam kepala otak:P

Total semua : RM50..haritu takde pon offer buku BM / agama..kalau tak aku beli juga..hehehehe

Oklah, bye!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^