Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 8 Ogos 2009

Popia & Dettol

Salam hujung minggu semua..Zaila pagi2 lagi sudah berkunjung ke Tesco Bukit Tinggi..sudah agak lama Zaila tidak ke sana memandangkan kami sudah selesa berbelanja di Econsave yang berdekatan dengan rumah kami..Tapi sudah tentulah Econsave juga mempunyai kekurangan iaitu tidak banyak menyediakan barangan keperluan anak2 so terpaksalah Zaila ke Tesco juga

Zaila ke Tesco semata2 nak carik ni;-

Pureen Liquid Cleanser - rugi xpegi Pureen warehouse last week pasal kat Tesco harganya RM17.90 sebotol, kalau kat Pureen Warehouse mungkin dalam RM16.90 (last year punya price, this year Zaila xpasti)

Dettol Instant Hand Sanitizer - nak letak dalam handbag, so senang nak pakai;)

Botol susu ntok Haziq & Ameera - Zaila memang tukar botol susu every 3 months, kali ni beli yang free dari BPA (Bisphenol-A)..Apa tu BPA?? Nanti2 Zaila cerita

Dan juga beberapa lagi barangan lain..tup tap tup tap pon habis dalam RM150.00 huhuhuhu..bukan penuh troli pon..ni yang xsuka datang Tesco ni;p

Owh, by the way kat bawah ni adalah gambar popia yang Zaila jual..yang ni setengah kilo punya..sedap..dah nak habis pon..Haziq & Ameera suka sangat sebab popia ni rangup..Kalau kawan2 berminta nak order, bolehlah bagitau Zaila ya..boleh dapatkan sebelum puasa juga..


Till then, uols p mana hujung minggu ni??? Hubby larang Zaila g Padini Warehouse sale tu..sedihnyer..tapi mungkin ada hikmahnya;-)

6 ulasan:

Diver Mom berkata...

oh siannya x dapat gi warehouse tu.. sabar ya.. saya pun rasa sure ramai gi sana.. bahaya! huhu :(

Zaila Mohamad berkata...

Zu, itulah..sekarang ni kn avoid from getting at crowded place kan??huhuhuhu

ami berkata...

grocery shopping mmg best,tapi duit habis pon boleh tahan best jugak kan?:p

Zaila Mohamad berkata...

Betol tu Ami, kalu dah ader anak ni macam nilah..xsah kalau xg shopping pampers & kelengkapan diorang..huhuhuhu..

Tanpa Nama berkata...

susu + pampers anak 1st kan... brg2 lain later pun x pe...

Zaila Mohamad berkata...

betol tu, ape2 barang anak yang penting kan;-)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^