Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 14 Disember 2009

Kemalangan Ngeri

Lately, Zaila perasan banyak sangat berlaku kemalangan maut/ngeri yang melibatkan kehilangan nyawa..Tidak kiralah antara bas dengan kereta ke, kereta terbang di shopping mall ke, lori minyak terbabas merempuh rumah orang ke dan macam2 jenis kemalangan lagilah..Semua itu rata2nya berpunca dari kesilapan manusia yang kadang2 boleh dielakkan. Namun, sebagai umat Islam, kita haruslah akur dengan qada' & qadar yang telah ditetapkan oleh Nya di mana ajal & maut semua di tangan ALLAH Yang Maha Kuasa..tapi sebagai manusia tak salah sekiranya kita berusaha sedikit agar kejadian seperti ini boleh dielakkan.

Berikut adalah beberapa cara yang Zaila fikir boleh membantu kita untuk mengelak dari berlakunya perkara yang tidak diingini ni;-

1. Sentiasa memeriksa & servis kenderaan setiap kali ingin pulang ke kampung / berjalan jauh - Hubby selalu pastikan minyak hitam, minyak brake, filter & segala macam benda lagilah berada dalam keadaan yang baik, alignment tayar pun jangan dilupa juga!! Pendek kata, sentiasa peka dengan keadaan kenderaan kita, jangan tahu bawa sahaja ya!!

2. Pandu dengan berhemah - yang ni memang tak dapat dinafikan lagilah kan..sentiasa mengikut arahan papan tanda halaju & memandu dengan rasional dan bukannya hanya megikut nafsu iaitu tahu nak cepat aje tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

3. Ingat orang tersayang - Setiapkali hubby memecut, Zaila akan remind him balik supaya berhati2 & sentiasa pastikan anak2 dalam keadaan terkawal..Anak2 Zaila memang jenis tak suka pakai car seat tapi Insya Allah, Zaila akan pastikan mereka sentiasa diawasi & jangan biarkan anak2 berdiri di tengah2 antara 2 seat depan (pasal nak rasa air-cond) sebab sekiranya kita brake mengejut, mereka akan terpelanting ke depan..Minta jauhlah benda ni kan..

4. Perketatkan syarat pemilikan lesen - Perasan tak, kalau dah dapat lesen memandu tu, kira sah sepanjang hayat..bila nak renew, senang sangat pasal boleh buat di mana2..Zaila rasalah kan, baik kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab menganjurkan seperti short course (yang wajib dihadiri sekiranya mahu renew lesen) untuk menunjukkan bahayanya kemalangan jalan raya seperti tunjukkan gambar2 kemalangan ngeri ke, biar semua orang yang tengok tu insaf & mula memandu dengan lebih berhati2 lagi selepas ini .

5. Mewajibkan pemandu lori, bas & kenderaan berat menghadiri kursus kepimpinan kesedaran pemanduan berhemah agar mereka tidak lagi berani memandu secara berbahaya kerana mereka patut sedar diri walaupun mereka memandu kenderaan yang besar, tapi badan mereka juga tidak kebal. Umumnya kita tahu bahawa rata2 pemandu lori terdiri dari mereka yang agak rendah tahap ilmunya so Zaila rasa kerajaan atau pihak yang berwajib haruslah menyediakan kursus2 kepimpinan atau kesedaran agar mereka lebih faham tentang maksud2 papan tanda jalan raya, kesan sekiranya mereka memandu laju & jangan lupa hukuman yang akan mereka terima sekiranya memandu secara berbahaya!!

6. Mengadakan sistem merit ke atas semua pemandu jalan raya - kedengaran agak kelakar juga, rasa macam zaman sekolah pun ada tapi hakikat macam logik untuk diaplikasikan di jalan raya ni..Contohnya, setiap pemandu yang baru menerima lesen (mereka ada 100 mata) & sekiranya mereka telah melakukan kesalahan jalan raya, maka markah mereka anak dipotong (bagi kesalahan yang besar contohnya memotong secara berbahaya, make sure potong markah banyak sket) so pada mereka yang punya markah di bawah 20 markah ke, wajibkan mereka ke kelas2 kesedaran agar mereka lebih menghargai nyawa orang lain yang begitu berharga ni!!!

7. Jalan raya juga seharusnya di perbaharui & sentiasa dimonitor oleh pihak2 yang berkuasa juga..Contohnya, jalan2 yang selalu digunakan oleh orang ramai, jalan yang rosak akibat banjir & jalan2 yang dikenali sebagai tempat yang berisiko tinggi untuk berlaku kemalangan. Perbanyak papan tanda atau pasang cctv sebagai langkah pengawasan agar pemandu lebih berhati2 di atas jalan raya.

8. Perketatkan syarat2 untuk memiliki lesen memandu - harap2 ini dapat membantu dalam mengurangkan kadar kemalangan maut di negara kita.

Rasanya itu jelah kot yang Zaila boleh fikirkan buat masa ini..Ada cadangan lain tak?? Hermm, ada tak orang2 keje kerajaan yang nak tolong bagitahu / cadangkan cadangan Zaila ni pada pihak yang berkuasa?? Ada tak mereka yang boleh hantar email cadangan ini ke pihak TV3 agar dengan ada pihak yang akan melaksanakan cadangan2 Zaila ini??

Apa2 pun, ajal maut di tangan ALLAh, namun kita mampu berdoa agar kita sentiasa berada di bawah lindunganNYA setiap masa..Aminn..Sekian, pesanan khidmat masyarakat yang tak seberapa dari Zaila ni..Terima kasih kerana sudi membaca karangan BM yang tunggang langgang ni;-)

15 ulasan:

mrs shaifull berkata...

tu diaaaa, cik zaila punya karangan, panjang, jenuh kmiza nak baca, :) hehehehe tp info yg baik dan berguna gak ni

Lady of Leisure berkata...

thanks for the tips zaila.. sedih tgk banyak kemalangan ngeri lately ni kan.. sedih betul kes kemalangan pengantin yg baru kawin 4 jam tu..
semoga Allah berikan kekuatan jiwa pada dia..

yatie chomeyl berkata...

wat mace jepun ni, ad laju kereta di jalan bandar cuma 60km/j , motosikal plop 30km/j. jadi, kure la kemalangan kat tmpt sibuk.

lagi satu, kat sini klu eksiden..denda mahal gilo babeng...polis plop tok amik rasuah, jadi orang pon takut klu eksiden sbb tok mampu nk bayar denda

Tie HT berkata...

Saya rasa jalan kuala lipis -gua musang antara jalan raya yang paling merbahaya di malaysia..esp. time hujan..saya memang surrender kalo org suh drive kat jalan ni..sape suke adventure..try la, sure muntah..sepatutnya taruk lah lampu jalan banyak2 kat jln yg adventure mcm ni..bile time malam gelap gelita tak nampak lurus ke bengkok jalan tu..ape2 pun bagus tips yg awk bagi..sory komen panjang sangat..

Pakcik drebar tua... berkata...

Salam...

(referring to your no.5)

Untuk mencadangkan agar diwajibkan pemandu lori, bas & kenderaan berat menghadiri kursus kepimpinan kesedaran pemanduan berhemah, saya kira adalah satu pandangan dan prejudis melampau yang ditujukan kepada kami pemandu-pemandu kenderaan berat.

Berpengalaman lebih tiga puluh tahun memandu dan mengendalikan kenderaan berat di serata Semenanjung, Singapura hingga ke Thailand, menceburi kerjaya marhaein, kerjaya berkolar biru yang dipandang sebelah mata oleh kebanyakan makhluk yang lebih mulia taraf daripada kami.., kami yang pastinya rendah tahap keilmuan di segenap segi, yang senantiasa akan dipersalahkan seandainya pada bila-bila waktu terlibat dengan kecelakaan membabitkan insan lain... namun saya yakin ini adalah di antara kerjaya yang halal dan selayaknya buat kami meskipun berisiko tinggi samada secara langsung atau tidak.

Seharusnya, (paling tidak) Puan melihat dari beberapa sudut yang lain akan kerjaya kami. Untuk menuduh kami "memandu secara berbahaya" memang mudah. Harus jua Puan sedari tentang satu aspek, yakni, mengendalikan kenderaan berat adalah berbeza sama-sekali dibandingkan dengan pengendalian sebuah kereta. Ia memerlukan 'skill' atau kemahiran di tahap maksima kerana kami faham berkongsi laluan yang sama dengan seluruh pengguna jalan raya. Bermakna, di dalam berkerjaya itulah, di masa yang sama sekaligus kami akan menjaga kepentingan dan kesejahteraan pengguna lain.

Secara fizikalnya memang kami besar. Tidak bermakna kami ego digelar 'raja'. Secara mekanikalnya, kami akan senantiasa memastikan pengawalan di tahap berganda dibandingkan kenderaan kecil. Keupayaan pecutan, membrek, mendaki atau menuruni bukit, memintas... dan seumpamanya, semuanya berbeza dengan sebuah kereta. Secara taktikalnya pula, kami semasa bekerja akan senantiasa mengambilkira akan deria keenam '(the sixth sense)' untuk menelah apa-apa kemungkinan. Misalnya, apa yang bakal dilakukan oleh pemandu yang di hadapan atau di belakang yang se arah dan yang berlawanan arah, begitu juga kepekaan di tahap tinggi kepada cuaca... Semuanya adalah serba mungkin dan bukan kecelakaan yang kami cari atau kami cipta.

Pemandu kenderaan kecil juga wajib memberi endah juga kepada kami. Bayangkan jika sebuah kereta memintas kami kemudian membrek dan memperlahankan kereta secara mendadak, atau memandu perlahan di satu laluan mendaki (single lane) di hadapan kami yang nmemerlukan daya pecut yang tinggi... bayangkan..!

Oleh kerana medan kerjaya kami ditakdirkan sama berkongsi di tempat yang sememangnya laluan kepada insan-insan lain, adalah tidak menghairankan lagi sekiranya kami dianggap sebagai "pengacau" dan pastinya akan dipersalahkan sekiranya berkecelakaan... dan suara-suara sebegini akan terus bergema waimma ke puncak parlimen.

Saya berharap Puan memikirkan kembali rasional cadangan Puan di atas...

Terima kasih ...salam hormat.

p/s: sila lawati di antaranya... cerita Abg. Din... dan saya boleh dihubungi di sini..

Zaila Mohamad berkata...

Pakcik Drebar Tua, owh saya takde niat pun nak memperkecilkan driver2 kenderaan berat, cuma itu hnyalah dari sudut pemerhatian saya (seorang yang kerdil) di dunia ini..terlalu banyak benda yang saya masih tak tahu & kena belajar..Apa2 pun, saya hargai komen Abg Din & harap perkara sebegini dapat membuka mata saya & kawan2 yang lain tentang mereka yang membawa kenderaan berat ni..& thanks juga kerana sudi membaca penulisan saya yang tak seberapa ini;)

Tanpa Nama berkata...

has terkedu bc pasal accident pengantin tu & yg 2 beradik rentung...sebak aja..

*gorjesmum* berkata...

zaila:

i sokong u..i faham u bkn nak menjatuhkan mane2 pihak...its just to share some info with the others rite..btw,pandangan setiap org memang berbeza..itu adalah hak masing2..samaada kita boleh terima hakikat or not..terpulang..

berhati2 di jalan raya guys!

Zaila Mohamad berkata...

Kak CT, mana yang baik diambil buat pengajaran, yang xelok tu jangan ditiru ya;)

Lady, Zaila pun sedih..terbayang kalaulah kita berada di tempatnya..arghh..xleh imagine rasa mahu nanges aje

Yatie, iyo..bagus juga kalu buat gitu tapi kade2 kesian ko orang susah r, orang kaya makin berleluasa pula..

Tihara, Zaila pun rasa macam tu juga, jalan Kuala Lipis tu perlu dipantau selalu kan, xpe komen panjang2 lagi pun Zaila xmarah..sama2 kita berkongsi cadangan / pendapat kan;)

Has, Zaila pun sedih baca berita tu..ajal mana2 kita duduk pon akan menjemput kita kan

Gorjesmum, thanks for your support..a'a zaila xder niat nak tuduh sape2 pon, just nak share my two cents aje!!

Pn Leya berkata...

zaila....leya rasakan.cadangan zaila supaya membuat kursus semula kepada yang nak renew lesen mmg bagus sekali. Ini kerana manusia mmg mudah lupa ape yang telah mereka belajar walaupun dah hari-hari bawak kenderaan kerana mereka tidak mempraktikkannya.

Kira mcm refresher balik ape yang mereka telah pelajari. Ini bukan untuk golongan individu tertentu sahaja tetapi untuk semua golongan.

Leya bekerja dengan syarikat lori minyak juga. Setiap pemandu di syarikat ini setiap tahun ade refresher dan setiap minggu mmg ade tool box utk diorang baca utk mengingati dan menasihat kan pemandu-pemandu agar sentiasa prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat utk mengelakkan kemalangan drpd berlaku.

Insyaallah kalau diorang ikut polisi2 syarikat dengan betul mmg diorang dpt hidari kemalangan tu cthnya mcm lori petronas tu....mungkin diorang tak ikut polisi kot....mungkin tak cukup tido atau sebagainya...

Zaila Mohamad berkata...

Leya, cadangan yang bagus!!

zarin berkata...

thanx for sharing the info ye zaila...
memang ngeri kan..dan minta2 dijauhkan lah ye!
zarin memang suh hasya pakai car seat tp bila odw balik klate tu terpaksa jugak bukak once in a while coz dia tk tahan dok lama sgt...kita pun penat..kanak2 lagi lah penatkan..jauh sgt...

thezaila berkata...

hi zaila.. nk tanya.. u dah plan nk pakai apa on this coming saturday???

Mag berkata...

huhuh..xnak la kene test setiap kali renew..sebab lesen saya pandai terbang=p

Zaila Mohamad berkata...

Zarin, betul tu..Haziq tu mana nak tahan pakai lama2, then mulalah meronta2 nak lepaskan diri..sebab tu sepanjang jalan zaila jarang tidur, unless terlelap nak buat macamana kan;)

the zaila, hermm..got no idea but basically i will wear red shirt with black skirt & of course with my pinky hat;) psssttt, have you survey the place yet??

puan.farah, kak zaila lagi kelas..ada lesen hampir 6 tahun tapi xpernah drive..huhuhuhu..tatooot!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^