Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 9 Julai 2010

Lampu Kalimantang Vs Lampu Hiasan

Salam semua, thanks pada kawan-kawan yang bertanya khabar. Alhamdulilah, i'm ok now..biaserlah kaum wanita kan, once in a blue moon kita akan meroyan sendirian so pada husband out there, tolong fahami hati isteri anda;P

So jom kita bercerita tentang sesuatu yang boleh buat adrenalin Zaila mengalir laju & yes, the answer is my home..hehehee..Bukan apa, Zaila memang suka merapu berkongsi tentang hiasan rumah walaupon rumah Zaila tak cantik mana tapi tak tahulah nape off late ni memang suka deko-deko rumah;P

Kali ni Zaila nak kongsi gambar lampu-lampu yang menghiasi rumah Zaila. Takderlah banyak mana pon cuma kalo takde lampu, tak nampaklah batang hidung kami yang kembang mancung ni;D so pemilihan lampu memang amat penting buat Zaila;D

Tapi kami ni (Zaila & husband) memang orang kampung, dah biasa dibesarkan di bawah limpahan cahaya lampu kalimantang. Memang rase janggal sangat-sangat kalau pakai lampu decorative yang berwarna kuning tu. Rasa macam tak nampak (kabur) & tak puas mata memandang. Nak tengok apa-apa pon susah. Tapi kalau nak pasang lampu kalimantang yang panjang dia hampir sedepa lebih ni is a big no no untuk Zaila tak glemer tau

So jalan penyelesaian terbaik adalah kami ke kedai lampu yang terpilih, beli lampu yang berkenan di hati & tukar mentol lampu ke bulb save energy yang berwarna putih;D Bila On je lampu, puas hati nampak segala isi rumah tu *especially tang rumah bersepah tu, senang sket na detect*

lampu ni hang kat dining area (ingatkan panjang talinya, rupenya idok)

ni rupa bila dia bersinar tengah malam (abaikan wayar yang berserabut jatuh tu, biaserlah projek wiring rumah yang tergendala)

lampu ni pula pasang kat living, cadang nak tambah lagi satu-nak pasang bucu ke bucu

lampu ni ada 2 warna, sekali buka warna biru neon (sesuai untuk mode movie) buka sekali lagi jadi warna putih

lampu kat kipas ni pon kami dah tukar warna putih (gambar sebelum memang warna kuning)

Ingat nak tambah lagi koleksi lampu di rumah tapi kena tunggu BIL yang siapkan *maklumlah budget ciput so semua benda pasang sendirik* Nanti Zaila update dalam entry yang akan datang;)

Kawan-kawan semua prefer warna apa?? putih atau kuning?? hehehehe

11 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

cantik2nya.............suker..

LiAnA berkata...

my hubby pun prefer white color.. sbb bila kuning tu rasa panas je ruang tu hihi

Ernie Khairina berkata...

cantiknya rumah zaila =)

Zaila Mohamad berkata...

Lynn, lampu mana pilihan hati?? putih atau kuning warnanya??

Zaila Mohamad berkata...

Liana, a'a memang panas kan..kitorang ni sampaikan lampu spot light pon tukar yang warna putih..memeng selera kampung sungguh!!!

Tie HT berkata...

suka lampu putih gak..guna philips jimat tenaga.. ;)

Zaila Mohamad berkata...

Ernie, thanks..jemputlah datang ke rumah;)

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, a'a kan..lampu putih memang save energy sket;)

Lady of Leisure berkata...

wallpaper rumah nampak sama dengan blog, cantik.. hehe.. lady suka kuning sebab suka cozy.. bila nak membaca baru buka yg putih..
:)

Zaila Mohamad berkata...

Lady, Zaila pon baru erasan bila Lady cakap..haahaahaaa

~dYaHaHa~ berkata...

sis, i reader baru blog u...gmbar 2nd tuh, wall paper ke DIY feature wall frame guna fabric? berkenannn...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^