Well, Zaila ni datangnya dari keluarga kecil (maksud Zaila jumlah adik beradik yang sedikit iaitu 5 orang sahaja). Zaila pula adalah anak bongsu perempuan dalam keluarga so faham-faham jelah tahap
Bila berkahwin dengan hubby yang datang dari keluarga yang besar (12 orang adik beradik tapi ada 11 sahaja kerana seorang abang hubby telah meninggal dunia semasa arwah kecil lagi~al-fatihah buat arwah), at first Zaila merasa agak culture shock kerana selama ini berada dalam suasana diam-diam sahaja tetiba bertukar menjadi suasana yang hingit-bingit pula;D
Tapi lama-lama tu, Zaila boleh je terima keadaan ni & rasa macam happy je bila ada adik beradik hubby berkumpul bersama. Maklumlah jarak perbezaan usia di antara Zaila & kakak Zaila yang di Labuan agak jauh so hubungan kami pon tidaklah serapat mana. Maklumlah masa Zaila sedang
~Rindunya zaman kanak-kanak dulu kan??~
Berbalik pada tujuan asal entri ini. Apa yang Zaila nak cerita adalah Zaila suka dengan keakraban adik beradik hubby. Mungkin mereka semua rapat-rapat so perbezaan usia tidakleh begitu ketara & mungkin juga hubby & adik beradik yang lain dibesarkan bersama so banyak kenangan & memori yang mereka simpan bersama. Bila masing-masing dah berumahtangga pon, masih lagi saling menghubungi & kalau berkumpul bersama, boleh
Actually bukan Zaila nak cakap yang famili Zaila tak best, cuma Zaila rasa bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada keluarga besar hubby Zaila. Paling best bila berkumpul masa raya, memang penuh rumah dibuatnya;) Anak-anak pon suka sebab dapat bermain bersama-sama dengan sepupu-sepupu mereka yang begitu peramah & caring sekali. Oklah, berikut adalah beberapa tips yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan di antara adik beradik;-
1. Sentiasa Berhubung : selalulah telefon berutus khabar berita. Zaman sekarang ni macam-macam medium boleh digunakan seperti contohnya talian telefon, laman sosial, internet & macam-macam lagilah. Bukannya rugi pon untuk sekadar mengutus sms bertanyakan khabar. At least bila sentiasa berhubung kita akan tahu perkembangan ahli keluarga kita so senang nak buat arrangement bila ada kenduri kendara nanti;D
2. Sentiasa Mengingati : selalulah ingat tarikh lahir adik beradik kita. Bila tiba hari lahir mereka, walaupon kita tidak bersama dengan mereka pada hari bahagia tersebut, just a short wish sent by sms pon will leave big impact in their heart. Of courselah mereka akan rasa dihargai & dohormati (sekiranya lebih tua dari kita). Ingat, hadiah bukan pengukur kepada kasih sayang kita kepada mereka;)
3. Sentiasa Menghormati : selalu hormati apa jua keputusan mereka. Sekiranya si adik bersedia untuk berumahtangga dengan pilihan masing-masing, kita sebagai seorang abang / kakak yang baik haruslah menerima dengan hati yang terbuka siapa jua pilihan mereka *of courselah yang melepasi piawaian kita* Takkan nak bagi adik kahwin dengan penagih dadah kot;D
4. Sentiasa Menyokong : selalulah menyokong apa jua keputusan adik beradik. Tapi of courselah setelah habis berbincang mahupon berdebat sesama kita. Contohnya sekiranya ada di antara mereka yang ingin bekerja tapi dalam masa yang sama ingin menyambung pelajaran, so sebagai kakak mahupon abang yang baik, kita seharusnya menyokong segala tindakan yang adik kita ambil supaya mereka lebih bersemangat & teruja untuk meneruskan haluan hidup mereka. Sebagai abang / kakak yang baik, seeloknya kita bagi nasihat pro & kontra setiap tindakan yang mereka ambil & hanya akan doakan yang terbaik buat mereka;)
5. Saling Memerlukan : Tanpa adik beradik, siapalah kita..Kalau tak, masakan pepatah Melayu pon ada berkata "Air dicincang tak akan putus" so walau macamana jahat pon adik / abang / kakak kita, mereka itu tetap darah adaging kita so doakan yang terbaik buat mereka agar satu hari nanti mereka akan berubah & pulang ke
Agaknya itu sahaja tips yang boleh Zaila share. Tapi biaserlah, lagikan lidah boleh tergigit kan so kalau adik beradik bercakaran tu doakan semoaga ALLAH bukakan pintu hati mereka agar mereka sedar yang adik beradik adalah hadiah kurniaan Ilahi yang tak boleh ditukar dengan wang ringgit;)
Ok enough, enough bercerita about adik beradik. Ni Zaila nak cerita pula kejadian yang berlaku minggu lepas. Maklumlah yours truly kan sibuk so masa weekdays memanglah tak sempat nak bercerita tentang aktiviiti hujung minggu. Hari ni je baru berkesempatan so layan jelah gambar-gambar di bawah ni;-
Ingat lagi tak entri our family gathering ni, masa tu kakak ipar yang berada di Karak tak dapat menghadirkan diri so Sabtu yang lepas Kak Ni sanggup datang bermalam ke rumah kami
Of course anak-anak Zaila tak kurang juga happy bermain dengan sepupu-sepupu mereka. Maklumlah jumpa pon jarang-jarang aje. Malam tu memang penuh setiap bilik di rumah kami. Kak Ni tidur di bilik tetamu, Pok Cik Jamal (adik hubby) check in di bilik tengah
Dari kiri : Angah, Along & Ting Ting (panggilan manja) sedang bermain game dengan Haziq
Ameera pula sedang berdating dengan abang Izzat (actually Izzat ni tua sebulan je dari Haziq)
Keesokannya kami pakat ramai-ramai masak nasi lemak yang tiada sambal. Memang kelakar tapi dek kerana malas nak masak sambal lebih, layankan aje lauk yang ada.
Tepat pukul 2 tengahari, Kak Ni bertolak pulang ke Karak. Tupon lepas membeli belah di butik Zaila, agagagagagaaa..memang kena pow betul-betullah;D
Thanks Kak Ni, pasni jangan serik untuk bermalam di rumah kami lagi;)
3 ulasan:
wahh..happening dgn adik beradik..nasi ayam tu nampak sedap sgt :)
Adriana was there during gathering kat umh ko tuh, hehe..
ha ha.. i ada 6 orang adik beradik
ex hubby 4 orang adik beradik
bila balik kampung i, dia sangat suka
tapi i tak suka sebab bisingggg dgn anak2 sedara yang ala2 dua team pasukan bola sepak...
Catat Ulasan