Debaran kian terasa bila aje Zaila dapat tahu yang one of my blogger friend, Lily telah pun selamat melahirkan baby boy tanggal 28hb Februari yang lepas..Kebetulan pula kami sama-sama check up di hospital yang sama & sudah tentulah Zaila tak sabar-sabar nak baca pengalaman Lily bersalin kan;)
Tetiba pula teringat akan sesuatu yang amat berguna bagi ibu mengandung yang ingin melahirkan. Tapi Zaila dah lupa namanya, kalau tak silap bunga apa entah..Bunga Kembang Fatimah ke?? Kawan-kawan yang tahu silalah perbetulkan ya!!
Ramai di antara kawan-kawan (mostly senior) Zaila bagitahu yang bunga ni bagus untuk memudahkan proses bersalin. Seelok-eloknya direndam di dalam air sebelum kita memasuki bilik bersalin ataupun mahu ke hospital. Ala, lebih kurang macam minum air selusuh aje gayanya. Walaupun begitu, sebagai hamba Allah kita tak bolehlah terlalu percaya kepada benda ini kerana ianya boleh memesongkan akidah kita pula so let just anggap ianya sebagai satu usaha kita untuk memudahkan proses bersalin selain banyak-banyak berdoa kepada ALLAH;)
Zaila mula kenal bunga ini semasa nak bersalinkan Amirul Haziq. Masa tu kakak sebelah katil Zaila yang bagi sedikit bunga ni & mengarahkan Zaila supaya meletakkan bunga tersebut di dalam air & meminum air rendaman tersebut. Zaila yang masa tu masih mentah mengikut sahaja memandangkan Zaila memang tak ada buat air selusuh / minyak selusuh pun. Kakak tu cakap, nanti "jalan" akan mudah terbuka & bayi akan lahir dengan mudah. Tapi pengalaman bersalin Haziq tu takdelah semudah mana memandangkan sakit untuk melahirkan anak sulung adalah memakan masa yang sangatlah panjang;(
Bila nak bersalinkan Ameera pula, ada seorang kakak senior di pejabat Zaila yang bagi "pinjam" bunga ni dekat Zaila. Kebetulan masa tu Zaila bercadang mahu bersalin di Shah Alam saja so kenalah banyak bertanyakan petua dari senior-senior kan. Pada malam Zaila terasa sakit untuk bersalinkan Ameera, Zaila rendamkan bunga tu & minum airnya sambil tak putus-putus berdoa pada ALLAH agar dipermudahkan segalanya. Sambil tu, Zaila usap juga air tu ke perut Zaila. Memang mendebarkan ah di saat-saat nak bersalin ni *lap peluh* Alhamdulillah, 2 kali push, keluarlah Nur Ameera Husna
Untuk kali ketiga ini juga, tak dinafikan Zaila masih rasa perasaan yang sama juga. Berdebar-debar & berharap yang semuanya akan berjalan dengan lancar. Tapi biaserlah bila kita suarakan pada kawan-kawan, boleh lagi mereka menjawab "alah, macamlah takde pengalaman"..huhuhuhu..Sedih tau!!
inilah rupa bunga tersebut & boleh dibeli di Mekah *kalau kat sini Zaila tak pasti di mana tapi selalunya orang selalu kirim dekat orang pergi buat haji / umrah di Mekah sana*
Just nak kongsi beberapa petua untuk memudahkan proses bersalin, insya ALLAH;-
1. Banyakkan membaca bacaan Quran & amalkan surah-surah seperti surah Mariam, Yusuf & Yasin (bagi Zaila yang agak terhad masanya, Zaila hanya pilih surah-surah yang tertentu sahaja) & setiapkali sakit dah makin memuncak, Zaila amalkan baca ayat di bawah ini (Even doktor yang menyeluk ehem-ehem Zaila pun baca) ;-
atau ayat lebih panjang sket;-
2. Sebelum masuk ke dewan bersalin tu, pastikan diri kita bertenaga untuk bertarung di dalam LR tu;D So kenalah makan sesuatu juga seperti nasi ke, minum Milo ke (jangan mengantuk sudah) & ada senior Zaila suruh minum air 100+ (setelah dibuang gasnya)
Sumber di sini
3. Selalu exercise seperti banyakkan berjalan untuk memudahkan kita untuk bersalin. Zaila kalau makin perut membesar, masa nilah terasa macam nak buat semuanya, nak sapu rumahlah, kemas rumahlah. Pendek kata tak boleh tengok rumah bersepah, rasa tension aje kalau tak kemas..Tapi bagus juga, at least banyak bergerak kan;D
4. Kemaafan & Keredhaan suami. Bukan setakat suami aje, ibubapa, adik beradik, rakan taulan & semuanyalah. Oleh itu, Zaila nak minta maaf sekiranya sepanjang berblogging di alam maya ni, hasil tulisan Zaila yang tak cukup ilmu ni ada melukakan hati sesiapa so peace to all ya;) Doakan semoga dipermudahkan segalanya;)
Isy, ada lagi ke petua yang Zaila miss?? Care to share mummy-mummy out there??
4 ulasan:
salam kenal zaila
sebelumnya akak tak dapat masuk blog zaila...cari melalui google.
thanks follow akak...akak pun dah follow zaila.
Nice blog...I likeeee :D
ha masa bersalinkan aliah pun yati minum air tu gak.. rasa nya itu la nama dia..yati pun lupa.. dapat bunga tu pun dari kawan hubby baru balik dari mekah. alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan.. tapi ape pun semuanya terletak pada kehendakNya, yg penting kita kena la sentiasa berdoa untuk mempermudahkan sebarang urusan.
InsyaAllah Zaila akan dipermudahkan bila bersalin kelak. semoga kedua2nya selamat amin.. :-)
akar bunga fatimah namanya kan.
eliss dulu mintak air selusuh dengan ustaz ajer.lain2 anak, lain2 pengalaman kan.harap zaila selamat melahirkan.jgn lupa share berita gembira nanti yer :)
Kak Kasih, thanks cause sudi follow Zaila, Zaila pun suka baca blog akak juga;)
Yati, a'a..kita hanya berusaha, selebihnya tawakkal pada yang maha kuasa;)
Eliss, moga dipermudahkan segalanya..insya allah
Catat Ulasan