Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 11 Mei 2011

Dalam Kenangan~Lida

Tak tahu nak cerita macamana..Tapi yang pasti kami sudah kehilangan kucing pertama kami *consider pertama sebab bila pindah masuk rumah tu dia datang & ever since tu kami tiap-tiap bulan kena beli makanan kucing jenama Smart Heart, kalau tak dia tak nak makan*

Kucing yang Ameera panggil Lida sebab mula-mula dulu dia nak halau Lida dengan lidi tapi dia cari lidi dengan nama Lida..So kami panggillah dia Lida..Duduk beberapa bulan dengan kami, bila Zaila mengandung, dia pun mengandungbunting sama. Entah kucing jantan mana yang buntingkan dia & masih teringat lagi saat-saat dia kelam kabut nak beranak. Eh ingatkan kenapa dia naik atas Zaila sambil mengiau-ngiau..rupanya nak beranak..First time kami witness sendiri depan mata macamana kucing beranak..Kelam kabut en suami carikan kotak yang besar untuk dia beranak dalam tu..Sampai terberak koo..Sama juga dengan manusia cuma kalau manusia before masuk labor room tu misi bagi ubat cucuk ikut bont*t supaya berak dulu;D

Masuk hari ni, rasanya dah banyak minggu Lida tak pulang ke rumah. Naluri hatiku lebih cenderung mengatakan yang Lida sudah pergi tak akan kembali lagi..Nak kata dia ikut jantan, tak mungkin sebab masa ni 2 ekor anak peninggalan Lida masih menyusu & kalau pon dia gatal sangat, takkanlah keluar membujang sampai berminggu-minggu?? Ada satu haritu Zaila ada nampak macam seekor kucing warna kuning macam nak kena langgar tapi takderlah pula syak itu Lida..Lagipun kalau kena langgar mesti ada mayat dia depan rumah kan?? Misteri sungguh kehilangan Lida ni kan??

Yang paling sedih of courselah anak-anak dia..Masa mula-mula Lida hilang, Zaila perasan yang anak-anak dia tercari-cari & semuanya macam bermuram durja aje, ada yang termenung panjang & ada sekor tu berair matanya. Pelik kan, kucing pun tahu meratapi kehilangan orang yang tersayang..Apatah lagi anak-anak Lida memang manja dengan Lida..Pagi-pagi sohih diorang akan bergurau sambil kejar megejar dalam rumah ni. Lepas tu Lida juga bersikap protective dengan melindungi anak-anak dia dari diganggu kucing-kucing jantan yang sungguh tak handsome & suka kencing merata tu..Kalau handsome tak apelah, ni muka macam anjing bulldog;D

Sudahlah masa tu kami nak balik kampung so manalah tak risaukan keadaan anak-anak Lida ni. Last-last kitorang decide nak tinggalkan diorang dalam rumah dengan makanan penuh tray & air sebaldi dalam toilet. Sebab tulah balik kampung sekejapan sahaja sebab risaukan keadaan rumah. Mahu kalau diorang berak merata..haruslah mak fengsan dengan bau tahi diorang yang semerbak itu kan..Tapi Alhamdulillah, masa kitorang sampai dari kampung, 2 ekor tu seronok aje bertapa dalam rumah & nasib baiklah masing-masing membuang dalam toilet. Bijak..bijak..Bolehlah tinggal lagi kalau macam ni ya;D

Apa-apa pun, kami redha dengan kehilangan Lida..Seb baik kami masih ada Kiki & Lala sebagai penyeri rumah kami dengan karenah mereka yang sungguh comel;) Ameera kadang-kadang tanya juga "Mana Lida mama??" & Zaila hanya jawab "Lida dah mati sayang"..Semoga Lida bahagia walau di mana dia berada..


masa ni 2 ekor ni baru berusia 3 bulan


anak-anak Lida memang jenis rapat dengan Lida


si kembar Kiki & Lala~warisan peninggalan Lida

sangat suka tidur dalam rumah










6 ulasan:

amalina berkata...

Waktu saya kecil, atuk saya (Kpg Bukit Temalong, Gunong) kata kucing tu kalau dia sayang tuan dia, dia akan hilangkan diri bila dia tahu dia dah nak mati sbb dia tak nak tuan dia sedih kalau dia mati dpn tuan dia :(

Zaila Mohamad berkata...

ama, kita rasa pun macam tu juga..sebab husband kita dah cari melilau depan rumah tapi still xjumpa mayat dia..apa pon kami redha..

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

lin pun sgt suka kucing ..tp sbb selalu travel balik kg..jadi macam susah nak bela kucing..lgpun auni ada lelah :(

yatie chomeyl berkata...

ore pung dulu ado sekor kucing pero, namo tupac. ado sheari tu or emaroh sbb dio masuk dale rumo..pstu dio ngaju kali..hile smp lo ni x jupo.

ore x pero doh la kucing lps tu, tkut jd sedih kalu kucing hile lagi

Mag berkata...

ouh..kalao nenek farah kalu ade kucing die mati meme dio sedih mcm family mati jer. kalu bela kucing meme rase gitu kuk. xpolah, husna buleh main nga kiki n lala plop

Zaila Mohamad berkata...

Lynn, Zaila ni pon xsedar diri juga, Haziq pon ada lelah tapi nak buang kesian pula..ada ke ynag sanggup menjaga mereka dgn penuh kasih sayang??huhuhuhu

Yatie, tulah..raso kalu 2 ekor kembar ni mapuh sero supo xser doh pero kucing..xser bertanggungjawab dah..

Farah, meme nya main sungguh2lah dengan 2 ekor kembar tu..sapa ko kucing takut ko Husna..hahahaha

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^