Nak pakai stroller si abang pun sudah macam uzur benar dah keadaannya. Ditambah lagi dengan kecomotan tompok-tompok susu yang tumpah, macam kesian pula kalau nak perturunkan pada si adik. So bermulalah misi mencari stroller
Mula-mula tu masuk dalam Jusco dulu tengok-tengok..Adalah terbekenan dengan satu stroller yang ada 3 tayar tu tapi takderlah nak beli terus. Lagipun sorang sales person pun tak ada kat situ so tak bolehlah nak tanya-tanya pendapat kan. So terus ke butik Mom's Care & tersangatlah kecewa dengan pilihan yang ada. Semua stroller kat situ kalau harga yang dalam lingkungan budget kami tapi design simple sangat-sangat. Terus terbantut untuk beli!! Terus jalan-jalan lagi masuk ke butik Anakku, Parkson..pun tak ada yang berkenan *padahal dah berkenan dengan stroller dalam Jusco tu* so tak nak buang masa teruslah ke Jusco juga.
Naseb baik ada banyak juga pilihan yang ada di Jusco tapi memandangkan hati sudah berkenan pada yang itu, haruslah tak nampak pilihan yang lain kan. Harga yang ditawarkan pun within our budget juga cuma sayang masa ni tak ada sale, eh tapi kalau ada sale pun harga stroller ni tak akan dapat less juga sebab harga yang ni sudah best price (bak kata SA kat situlah). Belek punya belek, hati Zaila dah berkenan dekat yang ni aje, malas dah nak ambil yang lain. Sudahlah masa tu Ameera tengah mengamuk nak makan McD, haruslah nak cepat-cepat beli & beredar kan supaya minah ni tak buat drama kat situ. Tapi malang sekali bila nak pergi bayar baru tahu yang kad Jusco dah expired..Damn!!
Terus Zaila naik ke kaunter customer service untuk renew balik & Alhamdulillah boleh redeem point sampai RM60..Walaupun agak lama menunggu tapi rasanya berbaloi. Ada hikmahnya renew kad haritu. Bila pergi balik ke bahagian barangan baby, nampaklah muka Ameera yang sememeh baru lepas menangis..Huhuhuhu..Anak-anak pun dah lapar & masing-masing buat perangai dah so terus pasang & pakai terus. Sorrylah Ashraf, kakak Husna mu telah merasmikan dulu stroller mu ni. Seb baiklah kakak Husna ni tak berat, so bolehlah angkut naik stroller ni. Tapi kan..kitorang rasa stroller abang Haziq juga best, senang untuk dibawa, senang untuk di buka (fold), senang untuk disimpan..Berbaloi juga dengan harganya yang murah..
Tapi tak kisahlah..dah beli dahpun..menyesal kemudian tiada gunanya..huhuhu..Zaila berkenan dengan stroller ni sebab sekali pandang macam lawa *biasalah mama dia selalu tertipu dengan luaran* lepas tu ada banyak tempat letak botol susu, shopping basket dia pun besar juga & canopy dia pun macam tutup penuh gitu. TAPI Zaila tak tahu yang betapa susahnya nak unfold this stroller & susah nak angkat bawa masuk bonet kereta..Huhuhuhu..Agaknya kalau en suami tak ada, sampai ke petang rasanya Zaila dok terkebil-kebil nak unfold stroller ni..Huhuhu
Apa-apa pun..Ashraf suka aje bila duduk dalam "rumah" barunya;-
dah rasmi dah pun pergi Tesco & abaikan selimut Ashraf yang fink ittew..Maklumlah hadiah orang kasi;)
Nanti-nanti kalau ada masa Zaila tunjuk full pic & review apa yang best & tak best stroller ni. Perasan tak kat depan tu macam tak ada pengadang/penghalang so risau aje kot-kot Ashraf terjatuh masa turun escalator yang kat Tesco tu..Isy, sabar jelah..nak kena tunggu Ashraf besar sket baru mama takyah risau..huhuhuuu
9 ulasan:
misi hujung minggu berjaya :)
wahhh bestnya dah habis pantang...nak tanya la...apa kelebihan stroller McLaren tu? saya pun tgh survey stroller gak ni..
zaila
as long as ada stroller buat hilang lenguh tangan kita..anak lyn ..dah besar ni lgsg x mo duduk dah..geram je mama dia...
asalkan baby suko duduk dale tu ok la zaila deh
Zareef kecik2 lagi dh ada ciri2 tak suka dok stroller..zara dulu tahan masuk stroller smpai 9 bulan jek..adik ni tk taulah..aritu kuar time tido jek dok diam..pastu dh sedar mulalah nk mintak dukung..so pasni nk jln2 kena pakai bby sling or carrier yg utk support dukung tu jek gamaknye..=p
Kak Kasih..Alhamdulillah..musim seterusnya nak mencari car seat pula;)
Cikgu, Zaila xbeli jenama McLaren pon..mahal sangat..tapi mungkin sebab kualiti dia (kot)
Lynn, anak-anak Zaila pun, diorang nak tolak stroller adalah..Zaila risau kot2 depa p langgar orang kat dalam mall tu
Yati, tulah..xdoklah letih sangat nk dukung..setakat ni Ashraf tidur jah kalu masuk dale stroller
Lily, Zaila xreti pakai baby carrier tu..kalau x, lagi senang pakai carrier dr stroller..heehe..dulu2 pernah beli tp sekali je pakai sebab husband xsuka pasai dia yg kena kendong anak..keh keh keh
bagus zai .. dari awal2 dah train dia duk dlm stroller ..senang nak berjalan ke sana sini..
hihi bagus2 ashraf dah dok dlm stroller,senang mama die nak tawaf mall ehehe.ami dulu before beli buggy tue hubby dah tanye,kalau outing dgn baby je larat ke nak angkat buggy tue dari boot kete,ami ckp ok je.hahaha sekarang mane ade,tak larattt ;p
Di, harap-harapnya Ashraf tu sampai besarlah nak duduk dalam stroller..apa2 pon memang nak kena train dari kecil kan..Seb baik abang & kakak dia dulu pon boleh tahan duduk dalam stroller, kalau tak, susah juga mahu berjalan sana sini
Ami, stroller kak ila beli tupon besar bagok bila unfold..huhuhuu..lagi satu kan, bila lepas shopping & nak masukkan barang dalam kete, lagi tension bila ada orang lain dok tunggu nak masuk parking lot kita..huhuhu..rasa masa ni malas je pakai stroller bagai..buat nyusoh jah nak angkut g mari g mari
Catat Ulasan