Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 8 Julai 2011

Kursus @KPGCC~Day 1

Ni cerita hari Sabtu lepas (2hb Julai 2011). Aku & few others budak opis aku ada kursus di Kota Permai Golf Country Club. Actually kursus ni terbuka pada sape-sape yang nak join & kebetulan dulu masa QA Department tengah cari peserta, saje gatal tangan p bagi nama..Lepas tu mulalah rasa macam liat nak pergi..Sebab kebetulan haritu juga adalah hari Report Card Haziq di Genius Aulad..Nampak gaya macam papa Haziq jelah yang dapat g sebab mama berkursusan seharian di sana;(

This is my second time kursus kat sini, sampai pagi tu pun agak lambat *maklumlah kata takde hati nak pergi* tapi sampai-sampai aje dah nampak makanan..This is what i like *sambil tunjuk ibu jari naik* Memang cukup makan sokmo!! Sambil makan sambil tengok amoi seksi kat kolam renang pemandangan luas hijau depan mata..Owh sungguh heaven;) En suami sila jangan jeles ya sebab kena jaga anak kat rumah;P


haaaa, silalah tatap muka i yang cantik montel ni ya;)

tak puas pandangan sisi, meh amik pandangan depan pula..puas hati dapat tengok tahap kelebaran muka mak;P

Ok, sekarang ni aku suka pakai tudung jenis awning macam ni je..Selain senang dipakai, aku suka sebab ianya labuh tutup paras dada aku. Memang tak dinafikan muka aku kembang semangkuk pakai tudung macam ni tapi mak tak kesah nokss, mak dah ada anak 3 pon *apa motip*

Ok, berbalik pada kursus ni..start dalam pukul 9 pagi sampailah 4.40 petang. Lepas minum petang terus ke surau solat Asar sebab lepas tu dah janji ngan geng-geng bujang nak follow diorang ke rumah budak department aku yang kahwin hari tu. So kiranya en suami datang ambil aku siap-siap bawa bunga anak-anak & terus zass ke AU3 Keramat. Tapi yang kelakarnya, aku siap sms awal-awal lagi suruh pakaikan Ashraf dengan baju baru yang aku beli di KLCC haritu. Pastu boleh dia balas "Mana??" Ok, malas nak bagi direction, aku cakap "Tak payahlah, pakai je baju mana-mana?" & aku pesan lagi suh bawa susu lebih sebab takut terlama kan..Pastu dia reply lagi "mana bekas susu??"..Aduuuuyaaaaaiiiiii..Susah kalau suruh dia siapkan anak-anak. Sudahnya dengan tin-tin susu sekali dia angkut;P

Sampai kat kenduri dalam pukul 6 petang lebih so terus makan-makan & sesi bergambar sekejapan dengan pengantin baru lama;P


aku suka gambar ni tapi gambar gelaplah pula. Alhamdulillah 6 tahun sudah!!


Balik tu dalam kereta Haziq ngan Husna dok berebut gula-gula yang pengantin bagi sebagai door gift. Haziq cakap "kakak cantik (pengantin perempuan) yang bagi gula-gula ni" Pastu terus en suami aku tanya "Mama cantik tak??"


Secara terus terang Haziq jawab "TAK"


Cessssss!! En suami apalagi memang gelak sakanlah dia..Alah Haziq, kakak cantik tu cantik sebab make up mama ni natural beauty tau T____T








1 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

owh budak2 mmg sgt lazer tau..hehe..alah haziq tak tgk mama dia time kawin..mesti dia cakap cantik jugakkan?

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^