Bukan apa, aku tahu ada setengah orang menganggap tak perlu pun untuk bercerita pasal rumah kita di blog terutamanya bila ada orang yang mengenali kita membaca blog kita. Even kami pernah ditegur oleh seseorang yang concern supaya simpan sahaja apa yang kami ada/beli/dapat untuk diri kami sendiri, tak payah nak cerita di blog. Tapi kan, aku rasa tak salah sebabnya aku ada kakak yang jauh di mata (wave to Kak Na di Labuan) yang selalu baca blog aku, selalu mengambil tahu apa aktiviti anak-anak aku, walaupun dalam senyap tapi aku hargai kedatangan seorang kakak ke "rumah" adiknya;) So melalui blog kami dapat berhubung, yerlah..nak tunggu Kak Na & anak-anak datang ke rumah kami, entah bilalah tu kan..so kurang-kurang sekarang ni bolehlah juga dia jenguk-jenguk rumah aku;)
Lagi satu aku memang suka deko rumah. Ok fine, walaupun rumah aku kadang-kadang *eh bukan selalu ke* bersepah, tapi aku suka belek majalah Impiana, belek blog yang ada ID & paling suka bila baca blog yang rumah mereka cantik. Cantik tak bermakna rumah ko besar, kan aku pernah cakap cantik ni subjektif..Bagi aku, asal rumah sendiri, terpulang pada korang nak hias macamana pun, asalkan nampak cantik & tenang di mata korang;) Sebab tu aku suka untuk sharing idea aku dalam menatahias rumah aku yang sekangkang kera ni. Bukan nak tunjuk pandai ke apa, tapi macam ada dalam diri ni yang sukakan part-part deko dalam rumah. Tapi ada juga part malas mengemas;P
Kalau nak tahu, ayah aku dulu tukang buat rumah. Malah, rumah kami sekarang yang kat kampung tu ayah akulah yang buat dari buat pelan (eh orang dulu-dulu main lukis pelan dalam pale otak je) sampailah buat lantai, dinding, atap, tingkap, pintu segala *of courselah dengan bantuan orang keje kan, takkan nak buat sorang-sorang plak* & sampai sekarang (masa rumah tu siap umur aku mungkin dalam 3/4 tahun & tahun ni aku dah 29 tahun so korang imaginelah dalam masa 20 tahun lebih rumah aku masih GAH lagi di kampung aku tu;) *i'm so proud of you Ayah*
Rugi sebab aku takde gambar rumah aku yang kat kampung tu, kalau tak boleh share ngan korang cetuan idea ayah aku. Memang hebat sebab masa tu kira rumah aku tergolong dalam kategori moden jugalah jika nak dibandingkan dengan rumah kampung yang lain. Ayah aku juga sempat design rumah makcik & pakcik aku & aku tengok setiap rumah adalah berbeza-beza designnya *hebat kan ayah aku ni* Tapi of courselah ayah aku dah tak larat nak buat rumah cuma kalau setakat nak buat pondok / gerai makan tu, seminggu (atau kurang) dah boleh siap dah pun..Rumah aku kat kampung tu separuh batu separuh kayu, kalau lantai memang lantai kayu (aku tak pasti kayu apa) tapi memanglah tahan sampai sekarang, kayu yang ayah aku pakai tu memang bermutu sangatlah sebab kayu zaman dulu-dulu murah je compare ngan sekarang yang mahal macam
Lagi satu pintu rumah aku kat kampung tu ayah aku tempah khas dari mana dah *lupa sebab masa tu kan aku kecil lagi* , kat pintu tu siap ada lukisan bunga & ayat suci al-Quran, ada 2 biji sebagai pintu utama, memang cantik tapi sekarang ni agak uzur sedikit dimamah usia & penuh dengan sarang labah-labah. Nantilah, kalau aku balik kampung nanti aku snapkan gambar. Pendek kata, ayah aku memang kreatif dalam menatahias kediaman. Bab tu memang aku respect!! Tapi biaserlah, dah namanya rumah tu dari aku kecil lagi, haruslah sekarang tidak secantik dulu (kali terakhir cat masa aku kahwin back in 2005 dulu) & dah banyak dipenuhi sarang labah-labah. hehehe..Tak terlarat nak buang dah;P
Eh, ni nak cerita pasal rumah aku ke rumah ayah aku??hahaha..so motip aku cerita adalah nak bagitahu yang aku pon konon-kononnya *ehem ehem* menurunlah perangai ayah aku iaitu suka hias rumah ni (boleh relate ke??)
Alah, rumah aku bukannya besar pun..sudahlah beli rumah second hand *apa, ingat kereta je ke yang ada secondhand??*, kecil pula tu..tapi itu bukan ukuran untuk menjadikan sebuah rumah tu sebagai syurga dunia kan. Bak kata orang-orang tua "Rumahku Syurgaku"
Owh haritu tengok Tanyalah Ustaz di TV9, Ustaz cakap Nabi pernah bersabda yang jangan jadikan rumah kita sebagai neraka, oleh itu kena selalu baca ayat-ayat suci alQuran dalam rumah kita, barulah hantu & jin tak menumpang sama;P
Oklah, panjang pula aku melalut ya..Setakat ni aku bersyukur ada juga rumah sendiri untuk kami berteduh 5 beranak..Mana tahu..kot-kot nanti ada rezeki lebih boleh sambar banglo/semi D pula kan..Mana tahu kan;P
by the way gambar ni bukan rumah aku pon cuma aku suka designnya;)
6 ulasan:
Saya memang tak boring klo org citer pasal umah sbb saya suka baca. Suka tgk gambar² umah & deco yg cantik ☺☺
heheh..farah raso kalu kak ila bercerito pasal rumoh rating blog naik sebab rama ore brehi baco. farah brehi baco kalu kak ila wi tip2. hhahaha..atah ore la kuk, kalu seme bende xleh cerita nak cerita gapo kat blog.huhu
yups,, saya pun,, suka baca blog yg cerita psal rumah..yg iri hati mungkin akan kata untuk menunjuk2,,, yg penting niat kita,, sharing is caring kan?,,, sambil bertukar tukar pendapat dan pengetahuan,, itukan amal,,, bukanyer nak citer apa dlm kain pun,, uhuks
follow blog ni pun sebab suke nengok deko deko ah,,,
i loike deco tooo :)
org dulu2 mmg pandai bertukang,,,
arwah atok akak pandai btukang dan tak yah pakai plan pun :)
akak pernah buat lagsana...zaila tengok kat sini ye
http://kasihredha.blogspot.com/2011/03/lasagna.html
nanti buat tau :)
saya memula nk post pasal rumah pon takut je..takut org kata nk menunjuk..hasben pesan, kalo nk tulis juga...biarlah dgn merendah diri..rumah adalah salah satu nikmat dunia yg membahagiakan
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa!”
(Riwayat Ibnu Hibban)
saya sokong untuk akak tulis lebih bnyk pasal rumah..boleh bg idea kt saya nnti..
Catat Ulasan