Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 4 Disember 2011

Haziq & Husna is going to watch Alvin & The Chickmunks 3 Yo!!

Tadi masa singgah blog Lily, terbaca tentang Dutch Lady Movie Mania ni..Nak pula bila tengok Free movie tickets cerita Alvin & The Chickmunks 3..Kesukaan anak-anak aku..Kalau kat Start Movie 413 tu, asal ada je citer Alvin, konpem senyaplah mulut Haziq & Husna pasal depa dok ralit tengok movie tu (kalau tak..memang bisinglah rumah aku dengan suara 2 orang ni, tak berenti bercakap), ulanglah berapa kali pon takpe wahai Astro, sebab memang terbukti anak-anak aku suka;)

So bila ada FREE ticket ni, mulalah mama diorang menggedix register sama..Laaaagi bagus sebab boleh tengok dekat TGV Bukit Tinggi on 18th December 2011..Harap-harap en suami tak g mana-manalah ya sebab mama dah HOVER excited dah ni..chop chop ni sapa yang nak tengok Alvin ni?? anak ke mak anak?? Hehehee:P

Kalau Haziq & HUsna tahu, konpem diorang excited sama..Cuma aku risau sket sebab aku tak pernah lagi ajar bebudak ni masuk panggung wayang..Harap-harap Husna tak melalak dalam tu..Al maklumlah anak dara aku ni penakut bunyi kuat..huhuhuhu

Pada yang berminat, masih belum terlambat untuk register..Klik fanpage Dutch Lady Movie Mania untuk register..Closing date untuk register adalah Ahad ini 04/12/2011..Cepat!! Pada yang register di TGV Bukit Tinggi, insya Allah kalau aku g..bolehlah jumpa-jumpa ya;)

Owh, tapi nanti jangan lupa pula bawakan sampel susu Dutch Lady Kid sebagai pertukaran dengan tiket wayang ni (sorang anak satu kotak) Tapi anak aku OK je..favourite diorang ni..It is based on first come first serve..Mahu awal-awal pagi lagi nak kena pergi ni:P


tak sabarnya!!

2 ulasan:

kasihredha berkata...

anak2 je ke ..mama tak ikut ke?

Zaila Mohamad berkata...

kasihredha

of cozlah mama diorang kn ikut sekali;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^