Aku tahu agak 'poyo' untuk menghebahkan azam baru..yerlah kan..Nanti kalau tak tercapai buat MALU aje..macam aku cakap nak kurus..every single year pon i'm talking bout this BUT the result..teruk kena bamboo dalam facebook=P
Well, AAK (ada ahkak kesah??) aku rasa macam nak bagitahu juga since this is my blog..hahaha..Bukan apa, it is some kind of reminder for me also..Mana tahu (kalau panjang umur) tahun depan (2013) aku boleh recall balik my new year resolutions & tick what i've been done & achieve for the year 2012..Insya Allah;)
1) Spiritual - of course aku masih mencuba untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik..Tahun ni (patut dari awal Muharam lagi) aku berazam nak jaga solat..kalau boleh tak nak lewat-lewatkan solat, tak nak subuh gajah:P & paling penting aku nak lawan nafsu jahat yang ada dalam diri..Nak jaga mulut, mata, hati & segala yang aku ada (Alhamdulillah!) supaya jangan mudah mengata, mengumpat, membuat andaian / whatso ever yang tak elok..Nak banyakkan amalan sunat, puasa sunat & kalau boleh nak kumpul saham akhirat..Harap dipermudahkan oleh Yang Maha Esa..Tak lupa juga nak jaga aurat ni..nak jaga pemakaian, kalau boleh biarlah bersesuaian dengan tema WANITA MUSLIMAH..Aminnn..
2) Fizikal - konfem ayat sama; AKU MAHU KURUS..well kurus bukannya dapat body macam model tapi kurus dalam erti kata lain sihat..i think i must do something either register myself in slimming centre / muslimah gym whatso ever & eating wise also..Ya Allah kuatkanlah imanku dalam melawan dugaan makanan sedap..Tahun ni sempena menganjak ke 3 series, aku berazam nak cantik, sihat & bertenaga!! doakan aku ya..tak kurus banyak pon takpe janji dapat BMI yang sepadan..chaiyok!!
3) Wifey - of course nak jadi isteri yang terbaik buat en suami..nak lebih memahami perangai en suami yang workaholic tu..Tak nak cepat melatah & cuba control perangai-perangai buruk aku yang ada *amboi banyaknya perangai buruk* Moga rumahtangga kami bahagia hingga ke syurga;-) Amin
4) Motherhood - Nak jadi contoh yang terbaik untuk anak-anak..nak kurangkan marah anak-anak, kurangkan menengking & nak sentiasa doakan yang baik-baik buat anak-anak..i know i'm not a good mother but at least i've try to be a good role model to them..Kalau boleh nak latih Haziq solat seawal mungkin, nak Husna pakai tudung & Ashraf be a good baby..Hahaha senang bila menulis ni, nak laksanakan tu..errrrr..susah sket..hehehehe Harapan aku moga anak-anak aku membesar dengan sihat & dijauhkan dari segala perkara yang tak elok..Insya Allah..
5) Career - aku harap tahun 2012 ni menjanjikan satu perubahan kerja buat aku..Tak kisahlah jawatan apa, gaji banyak mana pon..yang pasti aku nak komited dalam kerja..Kalau boleh nak kurangkan Emergency Leave, MC & seangkatan dengannya..Harapan untuk menjadi SAHM tu kena simpan dulu..Mungkin 2012 aku masih ingin bekerja lagi..sekurang-kurangnya dapat juga bayar hutang PTPTN yang aku pinjam dulu t____t
6) Business - masih berharap yang aku dapat kuatkan usaha untuk majukan bisness kecil-kecilan aku..Alhamdulillah, permulaan yang baik bila hampir tudung yang aku jual habis & bisnes keropok segera yang aku jual di office sentiasa mendapat sambutan..Sekarang ni aku hanya fokus skala kecil sahaja sebab masih belum dapat nak bagi peruntukan masa yang sepatutnya..Memang rasa bersalah bila ada permintaan pelanggan secara online aku tak boleh nak layan sepenuhnya..Hopefully, i'll do something bout it..kena kerja kuat sket, more biz mean more income;-)
7) Material - Tahun ni takde wishlist yang aku mahu..Cukuplah bersyukur dengan apa yang ada..Tapi biasalah..aku hanya insan biasa, mungkin satu hari akan terdetik untuk memiliki sesuatu tapi biarlah dengan restu dari en suami..Teringin juga nak beli handbag baru tapi like i said, biarlah betul-betul memerlukannya..Semoga aku lebih bijak dalam mengatur kewangan aku..
8) Kewangan - Yang ni pon macam susah nak buat tapi harus kuatkan semangat..Kalau boleh nak menabung dalam Tabung Haji secara konsisten, nak bayar hutang PTPTN lebih banyak dari biasa, nak ada emergancy saving & nak latih diri supaya menahan nafsu shopping di kala duit banyak=P Alhamdulillah haritu masa balik kampung aku boleh melatih diri dari shopping benda-benda yang tak perlu..hahaha Harapan aku semoga ianya berkekalan selalu:P
9) Rumah - Alhamdulillah, Alhamdulillah even rumah aku sekarang ni kongsi dengan en suami tapi aku bersyukur..Tahun ni masuk 2 tahun kami menetap di sini..Rasa macam nak buat sedikit minor make over di ruang atas..nak tambah perabut sikit ke, buat built-in wardrobe ke, tukar langsir baru ke..Segalanya bergantung pada kewangan dulu..chet!! baru cakap nak jimat cermat tadi:P
10) Percutian keluarga - Owh yang ni sudah lama aku idamkan tapi setakat ini percutian kami setiapkali ada cuti konpem balik kampung sajork..Nak buat macamana..orang tua aku jauh di mata..bukan selalu boleh jumpa..Tapi aku berharap juga impian aku untuk bercuti dimakbulkan Allah..Destinasi tu terpulang kepada budget en suami..hehehehe..
Banyak giler Azam baru 2012 aku..hahahaha..menulis memang senang tapi nak melaksanakan tu..kawan-kawan semua, doakan moga aku diberikan kekuatan fizikal & mental ya untuk merialisasikan segala impian aku ni;-)
Bye!!
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
3 ulasan:
All the best!! Kalu btul2 nk kurus my way mmg kn btul2 komited. Mmg blh punya. Jaga mkn ( diet ) n bsenam. Chaiyuk dear!!
amin2 ..amin .. sesama kita berazam baru ;-)
malaih nak berazam baru leh tak?
Catat Ulasan