Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 4 Januari 2012

JJCM ~ Johnny's Restaurant Summit USJ

Last friday, lepas je keje aku terus ajak en suami ke Sunway Pyramid..Memang kami selalu lepas keje akan bawa anak-anak dinner jauh sket sebabnya kata hari Jumaat so esoknya konpem tak keja so bolehlah balikbangun tido lambat dari biasa kan:P

Tapi sangat-sangat kuciwa sebabnya dekat ngan sejam cari parking tapi takde yang kosong..Tension!! En suami terus keluar menuju ke rumah..Aku yang tak puas hati cakap nak ke Subang Parade pula memandangkan jalan yang sama..Tapi HAMPEH juga!! tetaplah penuh parking & malas nak parking jauh-jauh kami keluar juga..huhuhuhu Serious ramai orang malam tu..agaknya nak tahun baru & musim cuti sekolah so ramai orang g dinner kat luar *termasuklah aku yang malas nak masak*

So last-last kami ke Summit juga sebagai cubaan terakhir..Kalau kat sini takyah risau, parking kompem berlambak yang kosong sebabnya apalah yang ada di Summit ni..even aku pon tak nak pergi tau:P Hahahaha berlagak sungguh!! Surprisingly, Summit dah banyak berubah!! Aku rasa bawah management baru kot..ruang parking sudah di cat, lif nampak baru, ruang kedai makan yang bertambah & i never know pula kat situ ada Johnny's!!

So apa lagi..MengJohhny's lah malam tu since kitorang tak pernah lagi makan kat sini..Adik ipar aku selalu ajak ke sini tapi selalunya restoran kat area rumah dia selalu penuh ngan manusia *takkanlah monyet kot* & kami malas nak tunggu..Alhamdulillah kat SUmmit ni macam takde orang je so apalagi..terjah ah!!


Bagi first timer macam aku ni, tatau mahu order apa so kami pon ambillah Thai Steamboat Set B untuk 2 persons (harga RM29.90) & tambah prawn rice (RM6.90) untuk anak-anak..kot-kotlah diorang tak makan steamboat ke apa..


Kalau Thai Steamboat Set A untuk 1 person (RM13.90) tapi kalau korang rasa nak order sikit-sikit pon boleh refer pada menu..Harga pun berpatutan..Aku rasa next time aku nak order sendiri sebabnya ada yang dalam menu Set B aku tak suka macam sotong keras tu, kailan & ada juga yang aku suka macam cendawan ape ntah namanya yang halus-halus panjang tu, udang & banyak lagilah..Argh..masa tulis entri nipon menjejes air liur kuar:P


Bila kita duduk, nanti pelayan akan servekan kita, letak slow cooker ni kat atas meja kita..Aku dah lama teringin nak beli tapi bila pikir2 bukan selalu ak nak buat steamboat & ruang dapur aku yang terhad..simpankan aje niat tu T___T


budak comel ni suka aje kalau makan-makan *eh sama macam mama dia*


minuman pula aku order ice lemon tea (tapi bukan lemon tapi limau nipis) & fresh orange


makanan yang sampai berkoyan-koyan...Aku kan first timer datang sini..memula tu ingatkan diorang akan masukkan semua makanan yang kita pilih..rupanya buat sendiri..aper daaa..baru nak feeling mem besar tadi=P


jangan pandang sebelah mata ini sambal..sedap!! kiranya penyeri kepada kuah steamboat yang tawar pada rasa anak tekak aku...


segala perkakas senduk menduk untuk kaut makanan korang..kalau nak harapkan aku pakai chopstick, jangan haraplah..seminit boleh kot lepas tu give up!!


jemput makan semua!!

Malam tu sampai menitik-nitik peluh kami ni..sudahlah pilih seat tengah..next time nak kena duduk kat area depan sket baru rasa air cond..takpon duduk depan kipas..hahahaha..Lepas tu kekenyangan melampau sebab makan & hirup kuah..

Kami habis dalam RM52.95 di sini..parking RM1, RM1 di Sunway Pyramid & seb baik Subang Parade tak dan kena charge lagi..huhuhuhu

Esoknya aku buat sendiri steamboat..beli sosej, fish ball, isi ketam, cendawan & mixed steamboat dalam peket, then panaskan air guna rice cooker, letak kiub pati ikan bilis (terpulang nak pakai kiub ayam pon boleh, sayur pon boleh) pastu kuah cili aku buat sendiri..Laaaaaaaaaaaaaagi puas hati dapat makan banyak..anak-anak pon suka & seharian kami makan steamboat!!

oklah..lapar pula bila buat entry makan macam ni..oklah..bye!!

4 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

betul tu zaila mmg lg puas ati kalo buat sendiri sebab kena taste kita kan..makan di rumah pun rasa puas sebab boleh makan tanpa henti..hehe

kasihredha berkata...

kalau msk sendiri lagi puashati kan..tak yah kena parking segala

zailamohamad berkata...

Lily,

betul..yang penting makan keluar peluh menitik-nitik pon tak malu:P

Kak Kasihredha,

susah betul nak dapatkan parking kat shopping mall..kalau pergi awal2 pagi baru boleh kot

mrs.spicy berkata...

kalu mitok kuoh tomyam setap kak ila..hehe..tapi buat sdiri terbaek lah~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^