Lagi-lagi makan tortilla wraps..Hahahaha Jangan sampai
Ni resepi mudah bagi orang pemalas macam aku:D
- wraps
- telur (kalau tak nak letak pon takpe)
- salad
- sosej
- sos cili & mayonis
Caranya;-
goreng sahaja di atas kuali non stick pan, tak payah letak minyak ke apa..sebab nanti sosej tu akan keluarkan minyak..bila agak-agak dah masak, angkat..pecahkan telur kacau laju-laju & tuang dalam kuali..agak-agak masak (pastikan jadi telur dadar bukan scramble egg) angkat..susun atas tortilla, susun salad, telur, sosej & letakkan sos cili & mayonis..done!!
ni ghupa tortilla wraps aku..hak paling besar mem punya, hak paling kurus anak-anak punya:D
bila di potong, boleh nampak macam ni..ada sosej di dalam balutan telur & tortilla:)
hak ni tak bubuh sosej..just letak telur sahaja
senang kan??
selamat mencoba!
7 ulasan:
hebakk demo buat mknan spain. tortilla wraps tu beli hok siap doh ko buat sendiri?
wahhhh ,macam best ni..nak try buat tuk cha cha la..penat nak vary die nyer breakfast..susah nor nak breakfast..haissshhhh...
if mkn2 gini dorang mintak nasik tak? bdk2 kecik rmh has ni..dah mkn bihun sup pun still tanya..mama, nasi ada x? phewww
Mana nak beli wrap tu?
terliur plak tgk menu yg nie. sama soklan ngan azie, beli kat mana ek?
Yatie,
tortilla tu aku beli hok siap r..xdok maknanya aku nak buat sediri..hahahaha
mummy Danisha,
Haziq boleh habiskan 1 roll b4 g sekolah..yg penting masukkan sosej & mayonis (his fav)
Has,
anak2 zaila jenis xmakan nasi..kalau ada nasi berperang nak suh makan..huhuhu tapi kalau buat benda laguni laju je makan:)
Azie & Jane,
kat GIant ada, Jusco ada..jenama Mission cari bahagian jual roti ada macam2 perisa:)
merembes ailiyo!!
Catat Ulasan