Semalam kecoh di facebook ada video & gambar anak-anak yang disaletep mulut & dibedung kemas-kemas tersebar. Aku tak tahulah sumbernya dari mana (siapa yang mula-mula menyebarkan) tapi rata-rata ramai kawan-kawan aku yang share di wall masing-masing. Naluri keibuan aku melarang aku untuk melihat video tu kerana aku tak sanggup, tak sanggup sangat-sangat nak tengok..Nanti terbayang-bayang kalaulah itu terjadi pada anak aku sendiri..Nau'zubillah!
Tapi en suami berkeras nak tengok *well hatinya keras sedikit* tapi bila aku klik video, rupanya sudah di delete..Bila aku trace balik dari facebook siapa ntah & baca balik komen-komen di bawah video tu, rupa-rupanya itu semua adalah perbuatan khianat dari bekas pekerja Taska berkenaan. Boleh baca laporan akhbar di sini. Pengusaha Taska berkenaan dah pon buat laporan polis & apa yang aku dapat simpulkan dari kes ini adalah;-
1) Kita sebagai pengguna facebook, berhati-hatilah jika ingin berkongsi sesuatu..Memang mudah untuk tekan butang "share" tapi kita selalu terlepas pandang akan kesan dari apa yang kita share kepada individu yang berada di situasi tersebut. Ini sebagai peringatan untuk aku jua..Apa kata, lepas ni kita pakat "share" mana-mana yang baik sahaja..kata-kata renungan, hadis-hadis, ataupon mohon share kutipan derma bagi membantu mereka yang memerlukan ke..Ada juga faedahnya..dapat juga pahala..Insya Allah
2) Eventho laporan polis sudah diambil & majikan tu bagitahu yang itu adalah tindakan bekas pekerja mereka tapi kan, terdetik dalam hati aku ni..Takkanlah dia sebagai majikan tak tahu apa yang pekerja dia buat?? Ok aku bersangka baik, mungkin masa tu majikan dia keluar membeli barangan keperluan taska..Tapi aku masih nak cakap yang majikan itu sendiri cuai..CUAI dalam mengendalikan taska..Sepatutnya dari awal lagi sewaktu pemilihan, kena cari pekerja yang bersesuaian dengan kerja ni (contohnya wanita yang berusia & sudah ada pengalaman menjaga anak-anak ke kerana selalunya kaum ibu-ibu ni naluri keibuan mereka akan melarang dari melakukan perkara sebegitu even bukan anak mereka pon) & sepatutnya sebagai majikan, itu adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan taska tu sentiasa di bawah pengawasan dia..Ko dah ambil bayaran, ko dah berjanji nak jaga anak orang, so kenalah tunaikannya..So aku rasa majikan tu pon sama juga bersalah dalam hal ini. Sekian.
3) Bila terjadi kes-kes macam ni, rata-rata yang hantar anak ke taska semua akan risau..Even aku..ya, anak-anak aku semuanya duduk taska sejak Haziq berumur 10 bulan sampailah Ashraf..Kami tak pernah tukar taska..Walaupon ramai yang nasihatkan suruh ambil orang gaji, letak rumah pengasuhlah atau ambil orang yang kerja balik hari. Semua kami tolak atas alasan tersendiri..dalam banyak-banyak pilihan, aku rasa baik aku je yang berhenti kerja jaga anak..Tapi setakat ni aku nak kongsikan beberapa perkara yang ibubapa patut tahu sebelum hantar anak ke taska;-
- Kalau mengikut Akta Taska 1985 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat nisbah seorang pengasuh kepada kanak-kanak berusia 0-3 tahun adalah 5:1, kanak-kanak usia 3-4 tahun adalah 10:1. So aku nasihatkan agar para ibubapa mengambil tahu jumlah kanak-kanak yang diterima di taska yang kita hantar anak-anak. Kalau nampak macam tak cukup pengasuh, kenalah nasihatkan majikan agar menambah bilangan pekerja & kalau tak nampak perubahan juga..bolehlah mencari alternatif yang lain seperti bertukar taska.
- Kenalah check di laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat & cuba check ada tak taska anak-anak korang berdaftar dengan Kementerian?? Bagi Negeri Selangor, boleh semak di sini. Haritu aku check taska anak-anak aku pon tak berdaftar (tapi haritu majikan dia cakap sudah berdaftar, tak tahulah kot-kot lesen dah tak direnew ke apa) so aku tulis surat terus ke majikan dengan harapan dia tidak mengambil remeh perkara ini. Harapnya selepas ni, akan ada tindakan susulan.
- Kena pasang spy / selalu buat sport check..Macam aku, spy aku adalah Haziq & Husna..Setiap hari bila anak-anak masuk je kereta, aku akan bertanya "Hari ni makan apa?", "Ashraf makan tak bubur yang mama bagi?" & anak-anak pon selalu mengadu dengan aku kalau ada sesiapa yang membuli mereka tapi of courselah aku akan bertanya dulu macamana boleh berlaku, bukannya membabi buta percayakan anak-anak:D Mostly kawan-kawan diorang aku kenal & biasalah budak-budak, kadang-kadang terkasar bila bermain! Sport check ni aku selalu buat juga, kadang-kadang terlupa hantar ubat so aku terus je pergi hantar..Alhamdulillah, setakat ni belum lagi budak-budak terbiar / dibedung sedemkian rupa..
- Hubungan dengan majikan & pekerja juga kita kena jaga. Aku bukan nak cakap taska anak aku terbaik..Selalu je kami tak puas hati dengan penjagaan mereka. Selalunya aku akan tegur dulu / sampaikan pesanan pada pengasuh..Hampir semua pengasuh aku kenal & memang baik dengan mereka. Tapi biasalah, manusia ni tak sempurna so kalau ada mana-mana kelemahan yang kita patut tegur, aku akan bagitahu dengan harapan diorang akan perbaiki.
- Tawakal pada Allah, itu sahaja yang aku boleh buat..Setiap masa, bila ingat anak-anak di bawah jagaan orang lain, aku hanya mampu berdoa moga anak-anak aku selamat & sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Kuasa..Hanya pada Allah aku berserah..so pada ibu di luar sana, bersyukurlah kalau korang diberikan peluang menjaga sendiri anak-anak..
Oklah, emo pula aku bila memikirkan benda ni..
Cepatlah masa berlalu...
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
7 ulasan:
itu yg org nmpk..ai nie anak2 sdare dah besar pnjg baru dorang citer dorang didera dek pgasuh :(
tapi mmg ada tak kena ngan video tu :(
yess..alwiz spot cek...baru tau true kaler...sian baby tu kan..jadik mangsa keadaan..=(
samalah sy pun tak berani nak baca n tgk video tu..sebak...sis, nk mintak share akta tu kat fb sy k.nak tempek kasi org paham sikit sbb bukan semua taska teruk kan...ni kita yg hanta anak ke taska mcm dipandang rendah lak...
zaila
kena back to root of problem jugak..
pernah / selalu dgr kes majikan membuli pengasuh melampau2..keja tp berkira bab nak bayar itu- ini
mmg motip pengasuh muda itu motip balas dendam & dia berjaya dgn motipnya..cuma cara perlaksanaan balas dendam menggunakan bayi/kanak2 tuh yg x kena
majikan pun main pakat tangkap muat pilih staff- itu jugak punca utama..
aku pun anak2 dok taska..mmg risau tgk kes2 macam ni..sbb tuh bila nak beranak kecik perkara pertama yg aku akan pikir adalah mencari pengasuh yang b/tjwb
mintak jauh jd pd anak2 kita
:(
Tgk gambar jer, tak sanggup nak nengok video. Kesian gak kat owner taska tu, sebab bekas pengasuh...habis busuk nama nursery.
kak ila xtengok eh? xayoh tengok lah..tiok farah tengok..tapi key meragukan lah khianat tu..rasanya meme pesen dio bedung gitu..plaster tu mungkin khianat
sisdee,
minta jauhkanlah dari terkena anak-anak kita..seriously kalau tahu mesti akan rasa sakit hati kan
mummy danisha,
a'a..tp hak dalam gambar tu macam budak besar..kesian..kesian..
NorR,
sila..sila..zaila haritu pernah tulis surat cadangan pd taska anak2 sebab tu buat research sket pasal akta taska tu:)
Lynn,
betul..majikan pon kn bertanggungjawab juga, kn pastikan taska dia dlm keadaan baik, pekerja pon kn cari yg sesuai..pastu gaji pon janganlah murah sangat
Fiza,
mungkin ada hikmah yang berlaku..wallahu'alam
Farah,
tulah..kak ila xsangup nak tengok:(
Catat Ulasan