Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 1 Mac 2012

Resepi Prawn Wanton Sup Yang Senang

Assalamu'alaikum,

Haritu masa makan di The Chicken Rice Shop, aku makan prawn wanton soup..so few days after aku cuba buat sendiri dengan menggunakan ready made shrimp wanton yang dibeli di Econsave..Kalau tak silap harga dalam RM10+ untuk 12 pcs wanton.


inilah rupa shrimp wonton yang dibeli..sekali buat je ni T_____T

 

inilah shrimp wanton soup simple versi aku:)

Bahan-bahan :-

- bawang putih - racik halus
- bawang besar hollan (didadu) ~ tapi optional tak nak masuk pon takpe
- lada sulah
- pati kiub ayam - aku nak cepat so pakai Knorr aje..malas nak keluarkan ayam dalam freezer
- cili merah - hiris halus
- sayuran seperti baby kailan, carrot / apa sahaja sayur yang korang suka
- prawn wanton

Cara-cara :-

- panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar & cili sampai kekuningan
- masukkan stok ayam & lada sulah, kacau sekejap then masukkan air (kalau nak kuah banyak, masuk air lebih, pepandailah korang agak)
- masukkan prawn wanton sebab kalau baru dikeluarkan dari freezer semestinya ambil masa untuk isi udang dalam tu nak masak
- bila dah mendidih, masukkan sayuran..pastu tambahkan garam, gula secukup rasa..haritu aku tak masukkan sos tiram pon sebab takut akan 'mengganggu' rasa..hahaha so atas koranglah nak masukkan ke tak..masak ni kadang-kadang kena trial & error ikut sedap mulut kita..

bila dah siap, hidangkan bersama sambal lada / cili jeruk..nyam nyam..

selamat mencoba!

5 ulasan:

Fiza Rahman berkata...

Perghhhh...mcm kat kedai lah ☺☺. Terliur plak nengok ^_^

DaZzlingLilLy berkata...

senang lah kalo ada wantan segera camni..aku pun suka makan wantan sup ni..

IdaShazana berkata...

baru nak post n3 yg sama pasal ni. mmg sedap, beli kat jusco....yummy3

Iela Fazielah berkata...

oh sedapnyer... leh cuba lah masak b4 bersalin ni

Zaila Mohamad berkata...

Fiza,

bahaya kalau mak buyong terliur..kena buat ni:)

Lilly,

a'a senang bangat..aku kalau buat sendiri xreti so baik beli hak siap je

Idashazana,

hehehe alamak tersamalah pula:)

Ila,

silalah cepat cuba..kang kempunan pula:D

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^