Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 29 Februari 2012

Zareef Turns 1 Already!!

Assalamu'alaikum,

Terima kasih banyak-banyak pada kawan blogger aku si Lily Mama Zara & Zareef kerana sudi menjemput kami sekeluarga ke rumahnya Ahad yang lepas. Well this is what i like bout blogging..Alhamdulillah, sepanjang hampir 3 tahun blogging, aku sudah kenal & tahu ramai kenalan baru yang rupa-rupanya tinggal berdekatan je dengan rumah aku..Eh, kalau duduk jauh pon aku pergi juga..kan bagus kalau saling kenal-mengenal & mengeratkan silaturrahim:) Terima kasih pada yang sudi berkawan dengan aku yang serba hina ni:D *poyo je stetmen*

Well, ahad yang lepas kami ke Bandar Puteri, Klang (dalam 15 minit dari rumah aku) untuk makan free menghadiri majlis harijadi & akikah Zareef, hero hensem yang dah genap setahun semalam (28/02)..Zareef ni pon lahir di hospital SALAM & disambut oleh Dr.Siti juga, sama macam Ashraf..boleh geng nanti bila dah besar ni:)

Kalau nak tahu, akulah tetamu yang pertama sampai..hahahaha..ngam ngam waktu makan tengahari..Sorry ya Lily, kelam kabut you layan kami..Alhamdulillah..kenyang kami sekeluarga..macam-macam makanan ada tapi the best of all confirmlah kambing golek..Perghhhh..terbaik!! Haritu aku tak ambil gambar sangat sebab sibuk melayan anak-anak aku yang kejakunan sekejap dek kerana terlampau banyak makanan yang diorang nampak..kejap nak makan cupcakes kejap nak tembikai kejap nak air..Nasib baik takde insiden memalukan mama di situ:D

Oklah, layanlah beberapa keping gambar dari kamera cabuk aku ni;-

rainbow cake..sanggup aku tunggu sebab nak merasa..kesian kan kat aku..kempunan nak makan kek pelangi..Alhamdulillah..sempat juga rasa..sedap!!


ada pulut kuning juga sempena meraikan birthday mak Lily ke husben Lily eh?? tak pasti sebab semua ada masa potong pulut ni:D tapi sayang sebab aku tak dan rasa..but it's ok..dah tak tahan nak melayan karenah anak-anak, tu yang cepat-cepat beransur tu=D

kat atas meja ni ada apam, cookies, cup cakes..tu yang anak-anak aku dok ulang alik pergi ambil tu T___T

the best of all is kambing golek..serious sedap!! kuah black pepper tu terbaik aku pernah rasa..


inilah tuan rumah Lily & husband sedondon pakai baju warna sama..Zara lebih kurang HUsna & Zareef sebaya dengan Ashraf


Aku ke raksasa gordon bergambar bessama Lily..Awat Zareef tengok untie macam tu?? jangan takut..untie tak makan budak:D *HUsna pula macam takut ngan kamera aje*


ni acara potong pulut kuning beramai-ramai..bagus Lily buat majlis macam ni, sekaliharung semua:)

Lepas je potong kek, aku mohon beransur sebab nak berikan laluan pada tetamu yang lain..Hahahaha Lagi lama kat situ, lagi haru-biru anak-anak aku..Tak sempat pon nak jumpa dengan blogger Lynn..Kalau daku ketahuan, confirm aku tunggu..Takpelah, maybe next time boleh jumpa-jumpi..

Buat Lily, terima kasih daun keladi next time jemputlah lagi=D Semoga ikatan persahabatan yang dibina ni akan terus kekal sampai anak-anak dewasa yaaa..Even kalau aku dah tak berblog, always keep in touch k:)

Owh tak sabar rasanya nak tunggu bulan 3..Bulan birthday Ashraf, anak buah aku &  si comel Aira anak blogger Lina..Errr..ada sesiapa lagi birthday bulan 3?? Jom celebrate sesama:)

3 ulasan:

Lily@MamaZaraZareef berkata...

hehe..mmg best buat sekaliharung mcm ni sbb jimat duit n modal..nasib bday papa, mama n kakak Zara jauh lagi klu tak mau celebrate sekali..=p (pulut kuning tu utk bday mak + hubby naik pangkat)..apepon, thanx Zaila sudi dtg ke teratak kitorng yek..really appreciate it!! ^__^

p/s: asyraf comelllll sgt..suke tgk die gelak2 arituh..hihi

Lynn Abd Latib berkata...

Zaila

tuh ler...x dan nk jupe..lain kali..aku sekeping gambar pun x amik..sbbnya dok monitor auni yang buat perangai2 pelik2 rumah org..huhuhu

Zaila Mohamad berkata...

Lily,

tahniah pasal en suami naik pangkat..moga murah rezeki suami Lily nanti:)

Lynn,

samolah ngan anak aku..haru biru..huhuhu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^