Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 22 Februari 2012

My Reading Corner

Assalamu'alaikum,

Bulan ni berjaya merembat buku lagi..ngeh ngeh ngeh walaupun buku-buku yang dibeli bulan lepas masih belum habis dibaca lagi..Tapi takpe...pelan-pelan baca kan?? kan??

Rentetan ke MPH Sunway Pyramid tempohari, aku berjaya juga membeli;-


Chicken Licken - bacaan untuk anak-anak..beli 1 sudah..yang ni pon dah RM19.90


Tip Menjadi Ibubapa Mithali tulisan Saat Sulaiman - untuk bacaan kami laki bini..Insya Allah kalau ada kerajinan aku kongsikan serba sedikit beberapa tips yang berguna..Kalau korang nak beli pon, harganya takderlah mahal sangat ~ lebih kurang dalam RM15 (kot sebab aku lupa)


Oxford Advanced learner's dictionary RM80++ ini untuk bacaan en suami..kelakar aku..ada juga manusia baca kamus then gelak sorang-sorang:D

Muqaddam ni untuk Haziq..tahun depan nak masuk sekolah dah so pelan-pelan aku dah ajar dia hafal surah-surah pendek..Alhamdulillah, di sekolah pon dia dah hafal surah Al-fatihah, An-Nas, Al-Falaqh, Al-ikhlas & ada banyak juga cuma nak kena betulkan bacaan juga..



Mini Shopaholic by Sophie Kinsella ni untuk aku:) Actually aku baru nak berjinak-jinak dengan tulisan Sophie Kinsella..Haritu ada tengok Confessions of a Shophaholic di Astro, memang kelakar! Bila baca novel pon kelakar juga cuma kali ni Rebecca tu dah ada anak (Minnie) & kali ni macam ada konflik kewangan & Becky ni kena berjimat & at the same time dia nak buat surprise birthday party buat Luke her husband..Jalan cerita a bit boring tapi aku suka cara penulisan Sophie Kinsella..boleh tergelak juga bila membacanya:)

inilah rembatan buku untuk bulan February 2012:)

Korang suka baca novel tulisan siapa?? tapi aku jenis tak suka sangat cerita romantik serious macam Novel Eclipse yang aku beli haritu..aku suka romantik komedi:) pada yang tahu buku apa yang worth it untuk dibaca, silalah sharelah ya..mana tahu aku boleh baca juga:D 

4 ulasan:

OneWan berkata...

zaila, buku2 sophie kinsella semua best2, esp yg shopaholic series. better baca dr the first book - confessions of shopaholic, baru tau flow cerita. buku2 dia semua lawak2.. :)kadangtu kalau bosan2 saya siap baca novel tu ulang2 lagi. hehehe

Fiza Rahman berkata...

Dah tak der masa lah nak baca novel.

sisdee berkata...

i suka citer2 dari sophie kinsella tu ... mmg gelak jek...mmg dah jadi rutin kan beli buku..galakkan anak mbaca pun bagus dari dia buang masa tak tntu arah..

Zaila Mohamad berkata...

Wan,

kan..kan..i tergelak juga baca novel dia..ok..nak start kumpul dr awal:)

Fiza,

zaila baca pon lepas balik keje tupon kalau sempat, kalau tak hujung minggu jelah baca..kalau jovel best mesti semangat nak baca:)

sisdee,

ituler..nak terapkan semangat suka membaca kat anak-anak..nak tak nak diri sendiri pon kena suka baca buku juga:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^