Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 8 Februari 2012

Tempat Menarik Di Melaka

Sambung lagi entry Melaka, selepas makan ikan bakar di Umbai & tengok sunset di Crystal Bay..kami terus pergi ke Banda Hilir semata-mata nak naik River Cruise..Sampai sesat barat dalam bandar Melaka dek kerana termasuk Jonker Walk (eh ke Jonker Street?) & paling kelakar bila sepatutnya kami boleh naik River Cruise ni di Dataran Pahlawan yang berdekatan dengan tempat penginapan tapi dek kerana tak tahu, kami pilih jalan sesat berpusing-pusing:P


Tapi akhirnyaaaa..sampai juga kami di sini..Saje aku pilih waktu malam sebab nak tengok pemandangan lampu-lampu & manusia pon boleh tahan ramai juga di sini


Harga tiket dewasa RM10 kanak-kanak RM5


Abang Haziq yang semangat nak naik bot..eh ke mama dia?? hehehe


inilah bot yang dinanti-nanti..lama jugalah menunggu..sudahlah ramai orang..huhuhuhu

Puan blog yang kembang pon ada juga:P

Sorrylah gambar pemandangan malam tu takde memandangkan aku dok asyik tutup hidung & mulut je sepanjang naik River Cruise ni..Ya Allah, busuknya bau air sungai parit ni...Tobat pasni tak nak naik dah..Sudahlah kalau bertembung dengan bot-bot lain air terpercik ke muka..balik malam tu terus cuci muka..Harap pihak kerajaan Melaka ambil langkah bersihkan parit sepanjang River Cruise tu yaaa sebab sayangnyalah..memang enjoy naik bot tapi tak tahan ngan bau "wangi" yang menusuk hidung tu je T____T
Malam tu walaupon kami balik awal tapi sampai bilik dalam pukul 12 malam juga sebab sesat & jalanraya yang jem T____T
Paling tak best bila bilik yang kami duduk tu air cond rosak & kena pindah hotel pukul 5 pagi T_____T

Esoknya awal-awal lagi check out & Alhamdulillah kami dapat claim separuh dari harga bilik..Hati yang sedih terus gembira terus breakfast di McD Dataran Pahlawan:P
Lepas tu kami jalan kaki je ke Dataran Pahlawan & ke Menara Tamingsari


Kalau lambat memanglah ramai umat manusia kat sini


Kami parking kereta di bawah Mahkota Parade..Kalau kat luar, kena pamer kad parking & cuaca pon panas so baik parking kat bawah Mahkota Parade & jalan kaki je ke Dataran..Nak jalan-jalan dalam tu pon best juga sebab ada banyak butik berjenama kat dalam tu;)


Menara Taming Sari dari kejauhan


Menara Taming Sari dari kedekatan:P


Aku tak sangka yang aku naik juga padahal aku seorang penggayat..Tobat pasni tak mau naik dah T____T


Dek kerana anak-anak, gagahkan jua kepala lutut eden T___T


En suami pandaiiii..dia bagi alasan mahu jaga si kecik ini:P


Harga Tiket RM10 dewasa RM5 kanak-kanak


Gayat noksss..mak tak bergerak *sebab takut jatuh* Husna nanges tapi Haziq suka, siap lompat-lompat lagi dalam tu..Pelik haku ngan anak jantan ni, selalu dia lah paling penakut sekali:P


Turun dari Menara Taming Sari, jalan kaki sket ke Muzium Samudera..Kat sini ada kapal besar tapi aku tak masuklah sebab aku kedekut *padahal malas nak bersesak-sesak*


Kalau nak ke Melaka kena bawa duit banyak-banyak tau..Nak masuk situ duit, sini duit, situ duit, nak masuk tandas pon nak duit juga tau:P


Kat depan Muzium Samudera ada bazar kraftangan..Serious banyak barang-barang perhiasan rumah & kraftangan yang comel-comel..Memacam ada tau..Terbang juga duit aku kat sini beli fridge magnet (yang ni sudah pasti), kipas, rehal Quran & kotak simpanan barang kemas..belacan cencaluk aku tak beli sebab bukan makan pon..huhuhu


Boleh rambang mata memilih..POket pon robekkkks sekali...


Lepas tu aku ke sini (tak tahu nama apa) tapi tak masuk sebab masa ni cuaca panas giler..owh jumpa dengan artis tengah buat penggambaran tapi sorrylah aku tak kenal apa nama retis ni..huhuhuhu


Akhir sekali ada juga gambar keluarga yang masing-masing muka comot berlengaih..Memanglah panas cuaca di bandar Melaka ni..Aku rasa duit dok habis buat beli air botol & air batu je..hewhewhewhew

Lepas tu singgah makan tengahari di kedai ape ntah..Makan asam pedas orang Melaka tapi aku tak berapa suka sangat..Lepas tu kami singgah ke Zoo Melaka pula..Masa ni puuuuuuuuuuunyalah ramai umat manusia..Tapi dek kerana dah janji dengan anak-anak *tulah mulut gatal p cakap nak g Zoo* terpaksalah masuk..sudahlah en suami tak bawa stroller Ashraf, rasa nak patah pinggang & tangan dukung mamat tu T____T eh tupon gilir-gilir dengan en suami..heehe


burung apa tu?? Burung nuri kakak tuaaaa..


ni gambar last percutian di Melaka sebab masuk je dalam Zoo, kamera aku terus kapot takde bateri..hehehe..

Zoo Melaka ni besar gila (ya kami jalan kaki tak naik train *sebab kedekut eh nak close to nature kata paknya*) so make sure korang pakai kasut / selipar yang selesa..Kalau pakai heels, mahu tercabut urat betis lepas tu:P Hahahaha aku je kot sebab aku tengok ramai je yang selamba pakai heels jalan dalam Zoo tu:P

Sampaikan selipar Ben10 Haziq pon putus gara-gara banyak berjalan tau..Orang tua-tua kata "Jauh berjalan Luas pengetahuan" tapi untuk Haziq aku cakap "Banyak berjalan Selipar putus" hahahaha..Ingat tak kenangan Haziq ke Zoo Negara 2009?? Masa tu kasut dia ketat..haisy..Haziq..Haziq..seteru benor kamu dengan zoo ya:P

Lepas keluar dari Zoo Melaka, kami terus balik ke Shah Alam & kami sampai dalam pukul 6 petang gitu..Esoknya tengahari terus chek in di DEMC penangan bercuti di Melaka:P

Secara jujurnya memang best g Melaka sebab banyak sangat tempat menarik yang boleh dilawati tapi janganlah pergi musim cuti sekolah sebab ramainya umat manusia..huhuhu

7 ulasan:

mummY daniSha berkata...

sungai tu memang buccukkk...kalau naek siang hari lg x best hehehe...rasenye dah dibersihkan,tp tetap mcm tu jugak =p

Liyana Anuar berkata...

kalau nak pergi melaka jangan pergi waktu cuti..confirm jem teruk~

saya org melaka, tp tak pernah naik menara taming sari lagi~~ :p

kasihredha berkata...

lamo doh dok gi melaka :)

Eliss berkata...

bila la nak bercuti2 ke melaka ni. busuk sangat ker air dia? baru nak try naik.

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

aku duk rumah jer zai .. x kemana pun .. aku suka menu diet kt bwh tue ;-)

Zaila Mohamad berkata...

mummy danisha,

hehehe..kena tuang minyak wangi bebanyak kot kalo nak kasi wangi:P

Yana Libra,

gayat woooo..selalunya memang macam tu..akak pon kalau jadi orang Melaka belum tentu akak naik juga..hahaha

kak kasihredha,

mehlah g jale di Melaka hujung minggu ni:P

Elissmie,

busuk macam bau air longkang..kalu g harus try naik..tapi kena tahan bau busuk ah:)

Diana,

cubala buat..hehehe

Tanpa Nama berkata...

Busuk sebab ade bela biawak dlm sungai tu. Itu yg mak saya ckp lah..kalau xsalah, dah disahkan pembelaan biawak tu..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^