Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 20 Mac 2012

Bersama Bantu Ringankan Beban

Assalamu'alaikum,

Beberapa hari lepas, memang aku ada terperasan berita tentang adik Fakhrul yang sedang menderita sakit kanser saraf. Masa tu takde pula disertakaan no. akaun so Alhamdulillah..tadi terperasan ada kawan aku share di facebook & terus aku google & dapatlah copy berita ini dari sumber arkib Utusan Malaysia..

Mohon disebarkan supaya lebih ramai yang tahu & dapat menyumbangkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga Fakhrul. Insya Allah

Kanak-kanak dua tahun derita kanser saraf rayu bantuan
19/03/2012 11:49am

SUNGAI PETANI 19 Mac — Walaupun baru berusia dua tahun, Muhammad Fakhrul Mikail Mohd Farid terpaksa menanggung kesakitan yang amat memeritkan setelah disahkan menghidap penyakit kanser saraf (Neuroblastoa Cancer) sejak Mei tahun lalu.

Muhammad Fakrul, yang tinggal di rumah datuknya di Taman Aman Jaya, Sungai Lalang dekat sini, disahkan menghidap penyakit itu selepas melakukan pemeriksaan doktor pakar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani kerana mata kirinya membengkak.

Ibunya, Zuraida Abu Bakar, 30 berkata, sebelum ini anak sulungnya itu mengalami demam biasa namun berterusan dan setelah menjalani ujian darah serta sampel tisu mata, kanak-kanak itu disahkan menghidap kanser.

"Anak saya kemudian dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani rawatan susulan, termasuk menjalani kemoterapi selama enam bulan bagi memulihkan penyakitnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Aman Jaya dekat sini.

Zuraida berkata kanser itu kini merebak ke bahagian bawah ketiak, tulang rusuk dan bahagian pusat serta memerlukan rawatan kemoterapi selama enam bulan lagi.
Muhammad Fakrul turut menderita setelah kedua-dua kakinya patah ketika bermain seorang diri di rumah dua minggu lalu dan dia kini dijaga sepenuhnya oleh ibu, datuknya Abu Bakar Yusof, 60, dan neneknya Che Mah Harun, 57.

Zuraida berkata anaknya juga hanya minum susu khas berharga RM30 yang hanya mampu bertahan selama tiga hari.
Pendapatan suaminya Mohd. Farid Yusof, 36, sebagai buruh kontrak di Prai, Pulau Pinang sekitar RM800 sebulan tidak cukup untuk menampung kos rawatan anaknya yang mencecah RM2,000 sebulan.

Orang ramai yang prihatin dengan nasib Muhammad Fakrul boleh menghulurkan bantuan kewangan melalui akaun Maybank Zuraida Abu Bakar, 152050065164 atau terus menghubunginya di talian 019-4271276. — BERNAMA

3 ulasan:

Ermayum berkata...

ha ada kat sunway tu hari masa we all bawak budak2 ni skating but i lalu cecepat takut ada yang nak masuk sebab agenda utama g skating :)

Ermayum berkata...

kesian :(

Zaila Mohamad berkata...

Ermayum,

you pergi juga ke haritu?? kalau tahu boleh jumpa2:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^