Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Selasa, 5 Mac 2013
Siapa Nak Handbag Mulberry??
Cuci mata jap dengan handbag kat bawah ni;-
Orang pompuan mana yang tak suka henbeg kan? Tak kisahlah jenama ke takde jenama ke memang boleh dikatakan henbeg ni adalah benda wajib bagi orang pompuan. Kalau takde henbeg mana nak letak wallet, kunci rumah, kunci kereta, lampin anak, wet tissue, mainan anak, makanan anak, wallet laki, pendek kata segala benda nak sumbat dalam tu kan? betul tak? betul tak?
Bagi pompuan yang dah berkahwin & ada anak, aku rasa henbeg kena beli yang besar-besar pastu tahan lasak sebab nak pikul hampir lebih sekilo seharian. Kalau en suami pegang henbeg aku mesti dia cakap "ada batu gapo dalam beg mama ni?" Padahaaaaallllll barang dia pon numpang henbeg kita jugak..ceitt
So korang nak tak henbeg Mulberry free?? Saper tak nak wei? Antara henbeg idaman hati aku juga ni *ceit, aku ni semua henbeg pon idaman hati dasarrrr surirumah terdesak!* Jom masuk peraduan Share the Joy of Motherhood di laman facebook Friso. Tapi korang jangan masuk lagi minggu ni sebab aku dah masuk, nanti kang bertambah pula saingan aku..HAHAHA (padahal takde harapan menang pon)
So pada kawan-kawan online aku, minta tolong jasa baik korang semua tolong votekan gambar aku di link kat bawah ini
http://www.facebook.com/FrisoGrowingUpTogether/app_501408969906087
Tapi korang kena log in dari PC, approved apps & cari dalam Other Mummy's Joy then cari nama aku Zaila Mohamad. Please, please please korang tolong votekan aku..Mana tahu rezeki aku dapat henbeg baru:)
Thanks ya korang yang dah vote, kalau boleh hari-hari buka vote gambar aku pon takpe, nanti aku doakan korang supaya murah rezeki selalu:) HAHAHA Nampak sangat terdesak kan?? Nama lagi surirumah terdesak so korang SILA VOTE aku ya!! Thanks & bye!!
Khamis, 12 April 2012
Friso Go Explore Contest
Tahun ni aku berazam nak rajinkan diri join contest..Mana tahu kot-kot ada rezeki terpijak kan:P
So marilah kita pakat sesama join Friso Go Explore Contest:) Memandangkan anak-anak aku memang peminum tegar Friso 3 & 4 so alang-alang dok melaburkan duit beli susu diorang tetiap bulan, mohler kita join contest sekali..Mana tahu dapat g Disneyland ke apa..Insya ALLAH..
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
korang semua janganlah masuk contest ni..biar nama aku sorang yang naik..muahahahahaa *gelak setan*
Oklah, aku tipu..pada yang berminat, bolehlah join contest ini ya..More info here!
Ahad, 8 April 2012
Friso Growing Up Together (GUT) Days
Assalamu'alaikum,
Haritu masa ke Sunway Pyramid, kebetulan Dutch Lady ada tengah buat event Friso Growing Up Together (GUT) Days & kebetulan pula anak-anak aku memang minum susu Friso, so aku terjahlah sekejap di booth diorang ni..Semuanya disebabkan terpengaruh dengan iklan dapat baucer diskaun RM10 ke atas pembelian susu..
Tapi of courselah firstly kena daftar dulu baru boleh redeem baucer:)
Haritu aku beli susu Haziq & Husna Friso 4 (untuk 3~9 tahun) harga asal adalah RM45.90 so bila guna baucer dapatlah beli dengan harga RM35.90/tin. Memang murah!!
Lepas tu boleh lagi redeem soft toy sebab dah beli susu Friso..siapa tak suka kalau dapat barang free kan:P
Bila dah daftar, bolehlah join aktiviti Get Together yang ada kat sini.
Tapi hanya seorang dewasa & seorang kanak-kanak je boleh masuk..so aku & Haziq
kat sini adalah kaunter pendaftaran, actually ada juga colouring session tapi aku tak join sebab masa tu masing-masing tengah melapar so g makan dulu penuhkan perut baru boleh jalan-jalan dengan sukahati:)
Abang Haziq tengah excited tunggu turn nak masuk dalam khemah khas di mana most of the activity berlangsung dalam tu..Most of the game tu adalah permainan interaktif, memang enjoy main:)
kat dalam khemah ni ada game seperti Lilypad hop (bila kita melompat, akan ada tompokan daun teratai) susah nak describe sebab ianya permainan interaktif, ada satu game tu (kalau tak silap mad monkey) game dia kena tangkap buah-buahan so everytime gambar buah keluar kat skrin, aku & Haziq kena pegang tangan masing-masing so that dekat skrin akan appear jala..syok juga main game ni:)
paling best bila ke segmen Mum + Me Virtual Painting
Step 1 : diorang akan ambil gambar foto kita, then diorang akan suruh pilih background & penambahan aksesori dalam gambar tu. Haziq pilih tema underwater world:)
bila semua dah siap, diorang akan print outkan gambar tu on the spot..Canggihlah printer yang diorang guna ni, rasa macam nak beli je satu:P
Jumaat, 6 Mei 2011
Join Friso at the Mom & Baby Expo
Bagus juga kalau dapat pergi expo ni kan since banyak aktiviti & info tentang ibu & anak ada kat sini. Hermm..Tengoklah, kalau tak ada apa-apa rancangan, harus ku heret en suami ke sini
untuk celebrate mother's day sekali..Jangan pergi shopping sudah!! *helloooo, macamlah banyak duit ya*
Owh, haritu dapat surat dari Friso juga..Suka bila dapat voucher diskaun RM10 untuk setiap pembelian susu Friso4 & Friso3..Tapi budak-budak ni tak minum jenama Friso lah pulak!! Herm..Pandai betul diorang pancing mak bapak kan..Kalau dah dapat voucher diskaun, sudah semestinya mak bapak nak try beli kan?? Bila dah try tu..faham-faham jelah..Kalau anak dah suka, kira sangkut teruslah dengan jenama ini kan?? Bijak..bijak..
Actually masa pergi event Friso Day Out dulu pon pernah dapat setin susu Friso3 yang harganya dalam RM50 kalau tak silap. Naseb baiklah si Ameera ni boleh minum..Minah ni bagilah susu jenama apa pun, semua dia boleh telan, tak macam Haziq yang cukup memilih..Sebab itulah tubuh Ameera kuat..jarang sakit & kalau sakit pun sekejap aje dah ok..Herm, boleh je kalau nak redeem voucher ni..Sekali sekala kasi canlah Ameera minum susu mahal pula yaa..Asyik minum jenama Dugro123 je..Bosan juga kan..Hehehehe;D

Pada semua, selamat berhujung minggu!!
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
