Hari ni mood blogging agak lemau..semalam seharian menjaga Ashraf yang demam..Alhamdulillah, hari ni badan Ashraf dah ok, harap-harap tak meragamlah dia di nurseri nanti..Sudahlah Jumaat ni dah genap setahun, nak kena bawa g inject..Janganlah demam lagi ya anak! Sabtu ni mama nak buat makan-makan, kalau kamu sakit..susahlah mama T____T
Hari ni mood aku semendung cuaca..terkesan dari kes arwah adik Dirang..sedih bila fikir kembali apalah dosa anak kecil sampai diperlakukan sebegitu..Al fatihah buat arwah..Insya Allah syurgalah tempatmu nanti..
Ok, kita buang perasaan sedih tu..tak baik layan sangat..boleh meleret-leret sampai ke rumah nanti..so mari kita ceriakan balik dengan mengimbas kembali kenangan Ahad yang lepas..Thanks buat Mummy Lina yang menjemput kami sekeluarga..Alhamdulillah, dah setahun pon Aira! Tahun lepas saat aku tengah berdebar-debar untuk bersalin, Lina selamat melahirkan Aira 5 hari sebelum Ashraf lahir. Kebetulan pula sama tarikh dengan anak buah aku & juga teman seoffice..Syoknya sebab bulan 3 penuh dengan birthday anak, anak-anak buah & kawan..Alhamdulillah!
Of course anak-anak aku especially Haziq & Husna adalah kanak-kanak paling happy bila ke majlis harijadi sebabnya....
2) ada makanan yang best! mostly cupcakes & sweets *kalau kat rumah konpem mama tak bagi makan so masa nilah depa pulun makan*
3) ada balloons..*aku fobia ngan belon*
4) ada goody pack
Bukan setakat anak-anak suka, mak pak anak pon suka sebab boleh makan FREE:P LOL
tengoklah muka abang Haziq ni..excited bila ramai-ramai kids kumpul nyanyikan birthday song!
Comel je birthday gurl with her pink dress..Rupanya anak-anak Lina sebaya semua dengan anak aku; Haziq sebaya dengan Adam, HUsna sebaya dengan Ariana & Ashraf sebaya dengan Aira! Errr..jom Na, anak no 4 pula:D
geram je kat Aira montel tu..rasa nak cubit-cubit!! *mummy dia sila jangan marah ya*
balloons are everywhere!!
Kelakar bila Haziq berjumpa dengan rakan sekolahnya (tapi kelas lain-lain)..Kalau tak silap namanya Aniq (sebab mummy dia pernah ajak juga masa buat birthday party last year)..Si Aniq kenal Haziq tapi bila tanya Haziq dia tak tahu nama kawan dia..Aperlaaaaaa Amirul Haziq ni..lain kali make friend with all tau..bukan dalam kelas sahaja..Herm..kalau nak tahu, itulah perangai HAziq..dalam kelas pon teacher bagitahu dia suka menyendiri..hidup dalam dunia dia sendiri..hahahaha tapi Alhamdulillah kalau nak dibandingkan dulu & sekarang jauh bezanya!
Apa-apa pon..thanks buat Mummy Lina yang sudi ajak kami anak beranak ke rumahnya..Alah! sekangkang kera je pon dari rumah aku cuma bezanya rumah aku kecik rumah Lina besar..LOL
Hope our relationship will remain forever sampailah anak-anak besar panjang semuanya!! Buat Adam, Ariana & Aira..dah besar nanti baca blog untie Zaila tau:P *pulak dah*
Oklah..bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan