Kali ni aku letak menu yang kurang sihat pula..Mood nak makan menu sihat ni sudah kedaung sejak en suami outstation haritu..En suami sudah mula bising bila nak masak menu-menu sihat kembali.."Tunggulah yang..tunggu mood memasak mama datang ya:P"
Weekend lepas, adik-adik ipar aku
lamb grilled with blackpepper..aku perapkan daging kambing yang dibeli di Giant siap-siap dengan sos perapan lada hitam..Malas nak buat bahan perapan sendiri so beli yang siap je senang!!
ini pula roasted chicken..aku buat sebagai tambahan..kalau makan daging sajo mahu tak cukup so tambah lagi beberapa ketul ayam (pasal tak terfikir pon nak buat roasted chicken so masa beli ayam tu dah suruh potong siap-siap) Resepi roasted chicken aku pernah letak kat blog ni dulu..pepandailah korang gali balik..takpon korang pakai je sos hak siap taruk lumur kat ayam tu:P
kali ni aku pakai sos balance perapan daging tu pastu tambahkan lada hitam & mixed herbs..lupa nak tambah garam so rasanya agak tawar (bagi aku)
lepas tu aku buat makaroni bakar lagi..perghhhh boleh kira betapa banyaknya lelemaks yang masuk..sudahlah pagi sabtu tu makan nasi air, tengahari makan di Tarbush & malam makan sup daging..Ahad pula bantai makan ni then petang p rumah Lina makan kambing golek lagi..hambek kooooooooo..*lari setempats*
Oklah..aku akui, bukan senang nak maintain gaya hidup sihat so lepas ni kena lebih rajin tanam sayur semangat nak makan sayur-sayuran balik:P
Oklah, bye!
2 ulasan:
pandai zaila masak ye...untung en suami hehee =)
mummy danisha,
tak pandai mana..kalau masakan kampung tak lepas lagi:(
Catat Ulasan