Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 29 Mac 2012

Nasi Kerabu Terbaik!

Assalamu'alaikum,

ini kisah Ahad yang lepas di mana kami sebahagian adik beradik en suami berkumpul di rumah abang Sir di Kuala Selangor. Dari minggu lepas lagi MIL aku ada di sini (masa buat makan-makan di rumah aku lagi) & kalau MIL ada, rasanya tak sah kalau tak makan nasi kerabu hasil dari air tangan MIL..memang terbaek!! Kami semua; adik beradik en suami of courselah dah lama boleh makan tapi menantu-menantu mek & cucu-cucu sekalian tak kiralah darah pure Klate mahupon campuran mesti akan sukakan nasi kerabu mek:) *Alhamdulillah beruntungnya aku*



kalau kat sini amna nak cari nasi kerabu terbaik lengkap dengan ikan goreng celup tepung & solok lada..Arghhhh tengok gambar je terus teringin nak makan lagi:)

Haritu semua asik beradik yang ada di area Selangor datang kecuali Abang Zu yang ke Sepang menyaksikan Formula 1 & Kak Yah atas sebab-sebab yang..errrr..entahlah tak pasti pula:P

Kalau berkumpul ramai-ramai, anak-anaklah palings eronok dapat berjumpa dengan sepupu sepapat:) Tambahan masing-masing sebaya / lebih kurang sebaya..esok besar konfem malu-malu dah:P

budak-budak sekarang, tangan asyik pegang gadget saje:)


ni lagi satu manisan dari air tangan MIL, lupa dah namanya..sagupal ko?? ada juga butir nangka..semuanya menjadi faveret anak cucu mek:)

Ashraf dengan abang Danish yang manis dengan senyuman:)

perasan tak bojeng (style rambut) baru Ashraf?


Ashraf baju comot makan tembikai:)


kakak Husna & Danish..sengih manjang je  budak Danish ni..

dua orang je yang mahu bergambar..sepupu-sepupu yang lain busy main sama-sama..mak bapak busy makan & membute *en suamilah tu*


alahai macam couple pula:)


dah besar konpem malu tengok gambar ni kan??

Syukur Alhamdulillah aku dapat jadi sebahagian keluarga besar en suami:))

Oklah..bye!

7 ulasan:

Eliss berkata...

bestnya duduk dekat2 yer :) boleh buat family reunion selalu :)
nasi kerabu memang best lah!

yatie chomeyl berkata...

sedakkknyo napok nasi kerabu & sang gumpal

Prettywrite berkata...

nasi krabu kelate asli payoh nok jupo KL..:)
kuih gapo tu?sang gupal?hehe mace ajim dgr dale dikir barat..heee

Ami berkata...

siap denge solok lado sekali,sedakkknyo

Zaila Mohamad berkata...

Eliss,

hom..rata2 adik beradik en suami ada sini belako..adik beradik aku jah jauh2
T____T

Yatie,

sang gupal tu hok sedak sekali..make buh ais sket..

Prettywrite,

hom..sang gupal lah tu..kelakar sungguh namanya:P

Ami,

terbaeeekkk *sebut macam Tok Aba*

Lynn Abd Latib berkata...

Zaila,aku pas sudah x pandai mkn nasi kerabu :-(

lohkong suker bukan main ;-)

mummY daniSha berkata...

wahhh besnye MIL pandai masak nasi kerabu...selalu beli kat pasar malam je..ada yg best ada yg kureng hee

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^