Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 1 Mac 2012

New Gadget In The House

Assalamu'alaikum,

Remember this post last year?? Well...introducing our new gadget *gadgetlah sangat* in the house;-

thanks pada yang sudi bagi komen di entry tu so bolehlah aku pujukrayu yakinkan en suami untuk membelinya:)

So this is my personal review after used it almost a month (sebab nak comparekan bil electric before & after)

Harga : we bought it at Sen Heng (kebetulan ada nak beli another electric device) so lump sum kan sekali dalam bil..Ingatkan harga semua sama tak kira beli kat mana pon but then haritu masa jalan-jalan di Harvey Norman Sunway Pyramid, baru tahu kat situ ada offer & murah sedikit dari harga yang kami beli which is dalam RM500+ (including 2 years warranty)..Harga di HN dalam RM400 (for the same item) Herm, beriya je survey tapi last-last terkena beli hak mahal;( *mind you sebab this item i bayar cash money tau, kalau ansuran tak kisah sangat*
My Review :

- At first, felt a bit difficult juga kalau nak iron baju especially seluar sebab this time iron sambil baju tu kena gantung di rak yang diberi percuma sekali dengan pembelian (hak aku beli ni yang boleh adjust suhu, kalau yang tak boleh adjust suhu rasanya tak dapat free hanging rack ni~aku rasa jelah kan, maybe varies depend on store)

- Kena dalam keadaan yang betul, kalau tak nanti wap tu keluar bersembur-sembur (keluar air) & kalau boleh gantung baju tinggi sket so masa kita iron tu wap senang keluar (teori aku : kalau gantung baju rendah, wayar wap tu akan sentuh lantai & ganggu pengaliran wap) hahahaha sukahati je bagi teori tapi of course based on my experience jugalah kan..

- Kalau pakai iron ni, jangan haraplah korang nak iron baju/seluar nak buat "side" segala..kalau pada yang skema aku rasa korang tak berbaloi beli iron ni:P but for me & en suami, tak kisah asalkan tak nampak berkedut sangat..Honestly, awal-awal aku rasa macam remeh tapi lama-kelamaan rasa macam senang pula especially baju. Kalau seluar tu susahlah sket tapi aku adjust kepada double flow so wap keluar lebih laju & panas. Kalau iron biasa kita kena press (guna tenaga) tapi kalau pakai iron ni just pegang baju & hala je..very easy one lah:D

- in term of keselamatan pula, kenalah pakai glove yang diberikan, kalau tak..masaklah tangan korang melecur nanti..bare in mind yang wap ni sama macam wap air masa mendidih tu..tapi aku kadang-kadang kalau tak pegang baju sangat aku tak pakai, just hala dari kejauhan je;-


hala lebih kurang macam gambar di atas..aku rasa kalau gantung kat dinding macam tu lagi senang

- In term of bill electric memang ada perasan sedikit kenaikan dalam bil..kalau biasa sebelum ni range dalam RM40-RM60 tapi haritu cecah RM80+ (ke RM100 eh, lupa sebab bil elektrik selalu en suami yang bayar) tapi ada a few other reason juga yang menyumbang kepada kenaikan bil ni sebabnya penggunaan aircond setiap malam, pertambahan penggunaan peralatan elektrik & aku ni jenis iron sikit-sikit..Malam baru sibuk nak iron baju & bukannya iron sekaliharung banyak-banyak:P

- Overall, aku boleh katakan aku puas hati dengan steamer ni..Terima kasih buat en suami yang sudi belikan. i know he wanna make my ironing work become easier with this *patutlah lepas beli terus serah kerja mengiron baju 100% pada aku* chet!

Well, that's all..harap dapat membantu pada mereka yang bercadang nak dapatkan iron jenis ni;)

12 ulasan:

mummY daniSha berkata...

byk jugak pakai letrik benda alah ni ek.macam berminat tp bile tgk byk pakai bil..x mohla hehehee..zaila pakai air cond tp bil x lebih seratus eh?sikit eh..asal sy nye byk heheee padehal jarang pakai..tp every month mesti lebih 150 haissh...

zailamohamad berkata...

mummy danisha,

rumah zaila buka air cond malam je..hikhikhik siang hari kan kerja..pastu TV, kipas pon mana buka sangat..weekend merayap je kejanya..hehehe

Hane Hassan berkata...

best..!! memang dalam most wanted list steamer ni sbb (1) tak suka ironing (2) nmpk senang utk silk & blouse yg flowy-flowy..cuma tak berjaya yakinkan hubby lagi. sebab dia nak "side" segala tu la agaknya. nasib baik seluar kerja hantar dry cleaning, tak payah nak kerah tenaga tekan-tekan.

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

wah senang keje ko lps nih ;-)

mrs.spicy berkata...

huk huk..baru ingat nak beli..kalu koho mahal bil electrik xleh la beli..loni pong 80-100 doh..haish

wa berkata...

dulu, pernah berangan nak beli ni jugak..tapi tak terbeli2 sampai skarang:)

zailamohamad berkata...

Hane Hasan,

silalah yakinkan en suami tu sekarang!! memang senang kalau ada benda ni:)

Di,

senang dari dulu tp aku lah hak kena iron sekarang ni..huhuhu

Farah,

kak ila nk buat eksperimen iron sekaliharung banyak2..mungkin akan berkurang kot bil elektrik tu

Wa,

terus beli..takyah survey2..hehehe

Lily@MamaZaraZareef berkata...

leh tahan jugak harga die tuh..tp klu mmg kerja mengiron baju keja, baju skolah anak n baju suami ari2, mmg hars belilah sbb mencepatkan kerja kan..hihihi

littlehumblelynn berkata...

Menarik nih.mau jugklah.brand apa elok?

Nurhayati berkata...

cam menarik.. teringin gak nak beli..

Iela Fazielah berkata...

hmmm...sgt2 menarik... dah lama dah ila usha nak bl..dah ada pun yg mengulasnyer... kalau ok leh la bl nnt... sbb tgk diaorg buat mcm sgt2 senang...

zailamohamad berkata...

Lily,

tuler fasal, nak kn gosok baju kerja en suami, baju kerja kita lagi, uniform sekolah haziq lagi..tu yang xlarat nak gosok tu..

Lynn,

aku xpastilah pula, hak aku ni brand Philips..ada warranty 2 tahun:)

Yati,

silalah pujuk en Zaf beli ya:)

Ilah,

samalah, usha lama juga kebetulan ada duit terus beli:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^