Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 22 Mac 2012

Setahun Sudah!

Assalamu'alaikum,

Masih lagi berkisahkan Ashraf..Alhamdulillah 16/03 yang lepas sudah genap setahun anak bongsu aku:) Sabtu lepas ada buat small celebration for him..Thanks pada kawan-kawan yang sudi datang memeriahkan majlis:)

Haritu nak g inject yang setahun tapi doktor tak nak bagi sebab dia masih batuk & selsema..Berat pon dah turun sedikit; dah 7.8kg..Makan pon kurang dah..asyik nak main aje..Memang aktif tapi masih boleh dikawal lagi..hehehe Kalau masuk toilet konferm sengih memanjang sebab ingat mama nak mandikan dia..Dah pandai explore tangga sampai ke atas so memang mama tak boleh tinggalkan dia sorang diri..Abang Haziq & Kakak Husna pon tak boleh harap sangat dah..Nak-nak kalau diorang tengah syok layan kartun, konferm dibiarkan adik merayap merata T____T
Rambut panjang sampai ramai yang ingat dia ni pompuan..huhuhu

Rambut pocak kata HUsna..


dengan mainan yang untie Nana kasi masa birthday dia..Thanks Untie Nana!



semangat sungguh haku buat deko-deko dekat kerusi Ashraf masa nak sambut birthday haritu..Saja print out siap-siap then gunting & tampal kat kerusi..Haziq & Husna rajin tolong mama juga:)




Nanti Ashraf nak "terbang" bersama abang & kakak ke suatu tempat nanti..Kat mana?? rahsia lah dulu:P



pada yang wish Ashraf haritu..terima kasih banyak-banyak..aku pon doakan semoga Ashraf Hariz akan sentiasa sihat, membesar menjadi anak yang soleh & mendengar kata mama & papa:)

10 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

print kat website mano deko tu zaila? berkenan la ore tengok

Lily@MamaZaraZareef berkata...

wahhh..hensem..rmbut pacak!!! zareef smpai skang rmbut pendek nipis jek..takdan nk pacak2 bagai..huhuhu

Mag berkata...

anok bosu doh ke kak ila?=P

sori sangat xleh g hari tu..huhu..mil 3 jey nak sapa baru dio oayat nak mari..kalut abih kemas rumoh..adoi

Zaila Mohamad berkata...

yatie chomeyl,

aku search "free printable angry bird birthday party" banyak keluar website2 hok bg kita download templates secara percuma:)

Lily,

tp sian jg kat dia, kalau nak tidur macam rimas gitu rambut panjang! Zareef hensem boy, takyah panjang2 rambutnya:P

Farah,

ok takpe, next time kalu kak ila ajak kn datang tau:P

Nurhayati berkata...

besar dah anak bujang ni.
cepat je rasa.
cam baru je lagi tgk dia masa newborn.. tup tup setahun dah kan.

eh anak bongsu ke??!!! tetttttt

mummY daniSha berkata...

amboi...rambut rock hehee

Prettywrite berkata...

fuhh ensemnya anok jate nih..darah ore klate gini la dih?comei2..hahaha

Unknown berkata...

ensem :)

DaZzlingLilLy berkata...

happy birthday ashraff...tampan anak teruna ko aila..stylo gitu dgn rambut pacaknya..hehe

Zaila Mohamad berkata...

Yati,

hahaha..bongsu sementara:P

Bada,

Alhamdulillah..hensemlah sangat:P

Lilly,

thanks for the wish!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^