Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 9 April 2012

Ashraf Demam=(


Assalamu'alaikum,

Hari ni sambung Monday blues dengan jaga Ashraf yang tetiba demam semalam..Agaknya berjangkit dari papa yang selsema hari sabtu haritu..Check suhu malam tadi agak tinggi jugalah then terus sumbat ubat ikut montot..then nampak ok..sukalah mama *double suka bila bang Haron Haziz menang besar malam tadi* so tidur ngan hati yang tenang..

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya Ashraf berjaga pagi menangis..suhu panas merengek-rengek..First time mama tak tidur sebab dok basahkan kepala Ashraf..selalu papa je yang buat tapi kali ni papa past baton dekat mama..hehehe so merasalah ambil EL harini..*semoga en bos memahami*

Pagi-pagi lagi menuju ke Poliklinik Shaikh..Masya Allah ramainya umat manusia..tapi tunggulah juga..jumpa ngan doktor konpem-konpem Ashraf melalak every time doktor nak check..Haisy..kamu ni bilalah nak jadi macam abang & kakak yang suka jumpa dokter sebab nak vitamin percuma T___T'

Baik rumah pon melalak lagi time nak bagi ubat..sungguhlah ikut perangai papa yang takut makan ubat:P

Ni tengah ketiduran & sempatah mama update blog masak sup ayam untuk santapan orang sakit nanti..

Ashraf..Ashraf..cepatlah sihat wahai buah hati mama:(



3 ulasan:

mummY daniSha berkata...

danisha pun x sehat...3 ari dah x skool...hope anak2 kita sembuh cepat..baru mama senang hati kan =)

Eliss berkata...

aduhai kesiannya.. semoga cepat sihat.musim skang ni.

Zaila Mohamad berkata...

mummy danisha,

owh siannya..3 hari tak g school..cepatlah baik ya!

Eliss,

a'ah..musim kot..sian anak yang demam, mak dia tak demam lah pula:P

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^