Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 2 April 2012

JJCM~Restoran Penang Nyonya

Assalamu'alaikum,

 Kali ni siri JJCM aku bersiaran dari Restoran Penang Nyonya yang terletak di Jusco Bukit Tinggi. Ini kali kedua kami makan di sini..Kali pertama di Subang Parade suatu masa dulu *tak ingat bila tapi rasanya masa aku tengah aktif join bazar di sana*

Selalunya kalau ke Jusco Bukit Tinggi kami akan makan di TCRS tapi kali ni rasa macam nak cuba sesuatu yang baru pula..Lagipon, bohsanlah kalau asal keluar je makan nasi ayam:P Lagi satu masa tu TCRS pun penuh dengan manusia so malas nak tunggu turn, so kami terus masuk di restoran ini yang masih kosong & lagipon restoran ini ada tanda HALAL MALAYSIA!! aper punya banyak lagipon daaaaaa:P

Haritu aku & famili & MIL & SIL & kawan dia sorang g jalan-jalan ukur Jusco Bukit Tinggi tu..bila dah penat, perut berkeroncong terus cari tempat makan yang kami tak pernah masuk so moh kita tengok apa yang menarik di Penang Nyonya ni;-



Deko dalam restoran menarik..ada sedikit pengaruh baba & nyonya:)


cantik juga hiasan gantungan gambar yang menghiasi dinding restoran ini



kedudukan restoran ini di tingkat satu betul-betul berdepan dengan TCRS



Kalau tengahari, mereka ada menyediakan set menu tengahari yang bagi aku adalah berbaloi-baloi..Haritu aku ambil 1 seafood set yang terdiri daripada 1 pinggan nasi, tom yam sup, ikan kerapu 3 rasa, air & bubur puluthitam..complete dari pencuci mulut sampai ke nasi..Setiap menu ada pilihan yang kita boleh pilih ikut kesukaan so di atas adalah pilihan aku untu set seafood (RM20.90/set) Aku tambah 2 nasi kosong untuk en suami & MIL



kawan adik ipar aku order Penang Assam Laksa (RM7.90) sempat merasa & rasanya sedap!! lebih kurang assam laksa di Jusco Midvalley *ke kedai yang sama eh??*



nasi putih RM1.50 sepinggan..perghhhh!! makin lama makin mahal harga bagi sepinggan nasi ni kan



Penang Chicken Curry RM15.50 adalah dalam 5 ketul ayam & rasanya sedap sekali..cukup pekat & penuh dengan rasa kari:P


kami order lagi Top Hat RM8 kalau di TCRS dipanggil Pie Tee..rasanya kurang sedikit dari TCRS punya tapi tetap sedap juga:)



inilah ikan kerapu 3 rasa yang aku order..ikannya sederhana besar & rasa masakan 3 rasa ni boleh tahan sedap juga jika nak dibandingkan dengan ikan siakap 3 rasa yang kami makan di Medan Ikan Bakar Umbai Melaka dulu



ini tomyam sup yang didatangkan sekali dalam set seafood tu..rasanya boleh tahan juga & walaupon didatangkan dalam bekas kecil tapi penuh dengan isi ayam & udang:)



SIL aku order fish & chips RM16.50 presentation agak mengecewakan & ikan tu memanglah sedap tapi aku rasa macam keras sedikit.



aku rasa tak lama lagi Penang Laksa akan menjadi pesaing hebat bagi TCRS:) *gambar ni Haziq yang ambil masa aku tengah buruk melantak nasi:P*



Haritu kami order 2 ice lemon tea RM3.80 (tak sedap),Honey lemon RM3.80 untuk MIL (sedap! sila order lagi kalau ke sana) jus tembikai RM3.80 & jus nenas RM3.80

Total yang habis adalah RM95.70. Harga agak murah jika dibandingkan dengan Tarbush tapi agak mahal jika dibandingkan dengan TCRS:P Secara jujur aku suka dengan masakan di sini & akan datang lagi next time untuk mencuba menu yang lain:) cuma servis agak lembab sebab makanan sampai lambat & masing-masing dah kelaparan:P

oklah..bye!

4 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

aduyai.. telan air liur aku pepagie nieh

Lily@MamaZaraZareef berkata...

X pernah lg masuk penang nyonya kt jjbt ni. Nampak menarik! Next time lehla masuk try jugak..:-)

yatie chomeyl berkata...

sedaknyo napok, sokmo make sedak2 zaila ni..jeles kawe

btw, hr tu kelik msia dey gi make kat tarbush..tp xsedak la pade tekok ore...xtau la kalu tekok ore lain sedakk

Zaila Mohamad berkata...

Diana,

aku pon sama terliur tengok gambar assam laksa..rasa macam nak makan lagis ekali:)

Lily,

haaa..cubalah nanti ya:)

Yatie,

demo jange oyak gitu..ambo make sedap jare2 jah..hehehe make sedak sokmo sapa tubuh pon koho sedak doh ni:P
Tarbush tu ambo suko sebab mase2 tp cepat muak kalu make banyak sangat:P

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^