Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 9 Oktober 2012

Antara Masterchef Malaysia & Masterchef US, Mana Lagi Hebat?

Assalamu'alaikum semua,

Ada sesiapa yang follow siri Masterchef Malaysia musim ke 2 tak?? Aku takderlah "hardcore" sangat tapi setakat ni memang menjadi siri realiti TV kegemaran aku & anak-anak. Nasib baiklah budak-budak ni suka so bolehlah sama-sama enjoy tengok TV..Kalau tak...mahu 24 jam siaran kartun je:P

So far aku takde lagi peserta kegemaran yang aku nampak akan memenangi pertandingan ini..Tapi, nampak gaya macam tahun ni kaum Hawa juga yang mendominasi pertandingan. Macam-macam perangai & nampaknya kali ni peserta lebih bebas mengutuk sesama sendiri..Especially D#@N tu, suka-suka hati dia je cakap orang tu macam ni macam tu *siapa yang follow Masterchef ni akan tahulah siapa yang mulut-mulut longkang tu* Tak tahulah samaada gimik ataupon kata-kata tu ikhlas dari hati...Kalau betul apa yang dikata/maksudkan..ermmm..TAK BAIK tau..


Gambar kat atas ni adalah semua peserta Masterchef siri 2..Sekarang ni ramai dah yang tersingkir..Paling aku ingat adalah Ikha ke apa namanya yang dari Pahang tu..alahai lemah lembut je bila bercakap tapi tersingkir..(mungkin sebab dia tak pandai nak kutuk orang kot) & paling latest tersingkir adalah Atiqah (yang sememangnya ratu penyingkiran sebab muka dia je selalu termasuk dalam acara penyingkiran) Ops tak lupa juga Che Lah..tapi aku rasa Che Lah ni umpama penyeri dalam Masterchef 2 ni..ala-ala manjee gittewww...


gambar diambil dari website facebook/MasterchefMalaysia

Agak-agak korang siapa yang akan dapat title Masterchef Malaysia siri ke 2 ni ya?? cer teka cer teka..

Oklah, kita pergi pula ke Masterchef US siri 3..Aku memang jarang sangat tengok sebab tak tahu actual time diorang tayang..Kalau main tekan-tekan remote tupon tetiba dah separuh jalan so memang tak faham apa lah kan..Cuma yang aku tahu para juri diorang memang menakutkan bab beri komen tu..Memang kena teruk-teruk r (tak macam juri Masterchef Malaysia yang nampak macam nak jaga hati para peserta lagi) tapi kalau Masterchef US..huhu kita yang kat luar ni pon seriau tau:P

Apa yang aku tertarik dalam Masterchef US ni adalah salah seorang peserta yang bernama Christine ni..Kalau sekali pandang cantik..tapi tak semua tahu yang dia ni adalah OKU di mana dia ni hilang penglihatan atau dipanggil neuromyelitis optica (NMO) – an autoimmune disorder that affects the optic nerves and spinal cord (baca di sini tentang Christine) betul-betul mengkagumkan aku..Macamana dia meletakkan diri dia di dalam pertandingan tu sedangkan dia ni tak nampak apa-apa tapi boleh masak sesedap (malah lebig bagus) dari orang normal yang boleh melihat seperti biasa..Amazing bukan?


Haritu Christine ni termasuk dalam acara penyingkiran di mana semua peserta dikehendaki menyediakan apple pie & dalam dok kalut ni, macam-macam yang berlaku sampaikan dia ni mengalah & rasa pai dia ni dah macam sampah tapi sebaliknya bukan macam tu pon..Komen pengadil tu buatkan aku pon rasa nak menangis sama tau..Cuba tengok kat bawah ni;-

"so stop feeling upset on yourself..you've got start to believe yourself!!" (1:20)



Secara kesimpulannya, Masterchef US 3 ni ada banyak moral value yang baik yang boleh diambil pengajaran dari siri ini. Bukan macam Masterchef Malaysia 2 yang banyak mengutuk sesama sendiri..ehem! Pihak Astro patut contohi MC US 3 ni yaaaa

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

2 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

aku pun layan duo2 jugop tp meme hok US lg hebat gilo la...doh la tu komen juri pun pedas2..komen juri2 masterchef msia lemah lembut jah hehe

Zaila Mohamad berkata...

yatie,

betul kan? kan? juri MSC US memang kaw kaw r kutuk..selamber badak je..tapi biaserlah MC Malaysia ni agaknya terbatas dengan protokol kot..kang kutuk kaw2 juri lak kn band next series..hehe

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^