Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label astro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label astro. Papar semua catatan

Selasa, 9 Oktober 2012

Antara Masterchef Malaysia & Masterchef US, Mana Lagi Hebat?

Assalamu'alaikum semua,

Ada sesiapa yang follow siri Masterchef Malaysia musim ke 2 tak?? Aku takderlah "hardcore" sangat tapi setakat ni memang menjadi siri realiti TV kegemaran aku & anak-anak. Nasib baiklah budak-budak ni suka so bolehlah sama-sama enjoy tengok TV..Kalau tak...mahu 24 jam siaran kartun je:P

So far aku takde lagi peserta kegemaran yang aku nampak akan memenangi pertandingan ini..Tapi, nampak gaya macam tahun ni kaum Hawa juga yang mendominasi pertandingan. Macam-macam perangai & nampaknya kali ni peserta lebih bebas mengutuk sesama sendiri..Especially D#@N tu, suka-suka hati dia je cakap orang tu macam ni macam tu *siapa yang follow Masterchef ni akan tahulah siapa yang mulut-mulut longkang tu* Tak tahulah samaada gimik ataupon kata-kata tu ikhlas dari hati...Kalau betul apa yang dikata/maksudkan..ermmm..TAK BAIK tau..


Gambar kat atas ni adalah semua peserta Masterchef siri 2..Sekarang ni ramai dah yang tersingkir..Paling aku ingat adalah Ikha ke apa namanya yang dari Pahang tu..alahai lemah lembut je bila bercakap tapi tersingkir..(mungkin sebab dia tak pandai nak kutuk orang kot) & paling latest tersingkir adalah Atiqah (yang sememangnya ratu penyingkiran sebab muka dia je selalu termasuk dalam acara penyingkiran) Ops tak lupa juga Che Lah..tapi aku rasa Che Lah ni umpama penyeri dalam Masterchef 2 ni..ala-ala manjee gittewww...


gambar diambil dari website facebook/MasterchefMalaysia

Agak-agak korang siapa yang akan dapat title Masterchef Malaysia siri ke 2 ni ya?? cer teka cer teka..

Oklah, kita pergi pula ke Masterchef US siri 3..Aku memang jarang sangat tengok sebab tak tahu actual time diorang tayang..Kalau main tekan-tekan remote tupon tetiba dah separuh jalan so memang tak faham apa lah kan..Cuma yang aku tahu para juri diorang memang menakutkan bab beri komen tu..Memang kena teruk-teruk r (tak macam juri Masterchef Malaysia yang nampak macam nak jaga hati para peserta lagi) tapi kalau Masterchef US..huhu kita yang kat luar ni pon seriau tau:P

Apa yang aku tertarik dalam Masterchef US ni adalah salah seorang peserta yang bernama Christine ni..Kalau sekali pandang cantik..tapi tak semua tahu yang dia ni adalah OKU di mana dia ni hilang penglihatan atau dipanggil neuromyelitis optica (NMO) – an autoimmune disorder that affects the optic nerves and spinal cord (baca di sini tentang Christine) betul-betul mengkagumkan aku..Macamana dia meletakkan diri dia di dalam pertandingan tu sedangkan dia ni tak nampak apa-apa tapi boleh masak sesedap (malah lebig bagus) dari orang normal yang boleh melihat seperti biasa..Amazing bukan?


Haritu Christine ni termasuk dalam acara penyingkiran di mana semua peserta dikehendaki menyediakan apple pie & dalam dok kalut ni, macam-macam yang berlaku sampaikan dia ni mengalah & rasa pai dia ni dah macam sampah tapi sebaliknya bukan macam tu pon..Komen pengadil tu buatkan aku pon rasa nak menangis sama tau..Cuba tengok kat bawah ni;-

"so stop feeling upset on yourself..you've got start to believe yourself!!" (1:20)



Secara kesimpulannya, Masterchef US 3 ni ada banyak moral value yang baik yang boleh diambil pengajaran dari siri ini. Bukan macam Masterchef Malaysia 2 yang banyak mengutuk sesama sendiri..ehem! Pihak Astro patut contohi MC US 3 ni yaaaa

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Isnin, 9 Januari 2012

Tahniah Ezani Juara Masterchef Malaysia Musim 1

Malam tadi konpem ramai yang tengok final Masterchef Malaysia Musim 1 kan?? Well, aku ni takderlah follow sangat sebab selalu lupa..Hahahaha..Tapi bila dapat tahu one of my fav. peserta dapat masuk final..terus bersemangat nak tengok kan:P *poyo je*

Akhirnya..Dr. Ezani yang juga merupakan seorang doktor gigi telah berjaya merangkul gelaran Masterchef Malaysia Musim Pertama..


tahniah Dr. Ezani!!

Ingatkan malam tadi ada siaran langsung..rupa-rupanya bukan..Nasib baik petang tu aku ada tengok di chanel Starworld episod-episod penyingkiran yang sebelum ni..Memang terbaik ah Ezani ni!! Dia memang ketara nampak begitu yakin & konsisten dalam memberi arahan kepada pembantu-pembantunya..


oklah..berakhir sudah Masterchef Musim 1

Musim 2 ada berani nak masuk sekali?? hiks hiks

Khamis, 8 Disember 2011

Zikir (Tentang Dhia) Suatu Masa Dulu

Siapa yang layan citer Tentang Dhia kat TV3 setiap hari Isnin sampai Khamis pukul 7 malam ni konpem akan kenal dengan watak Zikir..Alah, watak dambaan anak dara.."sudahlah arkitek kaya, ada rupa & paling penting beriman pula..Siapa tak nak weh:P" Watak Zikir ni Ady Putra yang bawa..Tak sangka, ramai juga peminat AP ni ya..tapi bagi aku..tiada siapa yang boleh merampas takhta Bang Aaron aku yang hensem bergaya tu=P *stetmen pompuan tak sedar diri*

Oklah sebelum aku melalut panjang..Ni aku nak kongsi gambar eksklusif Zikir suatu masa dulu..Haaaa jangan memain..ahkak ada rahsia Zikir tau *pasni bolehlah blackmail dia muahahahaaa* Isy takderlah..ni aku nak share gambar yang aku sempat snap pakai handset masa aku bercuti kat rumah tempohari..Kebetulan tertengok chanel AFC@Astro703 & kebetulan pula ada si AP ni..Kalau tak silap ni rancangan Singapura (maklumlah AP kan orang Singapore), tajuk rancangan ni adalah Sedap..hehehe


sekali pandang macam pompuan pon ada..rambut panjang pakai spek..tak macho langsung:P



bagus dia tolong makcik tu masak, btw dia tetamu undangan episod haritu



siapa yang suka Zikir konpem tergelak bila tengok Zikir masa mda-muda dulu kan:P



Banyak tanyalah pulak si Ady Putra ni:P



Rajin menolong juga..bertuah bini dia kan..mesti rajin kat dapur ni:P




Oklah, itu saja..tata!!

Khamis, 27 Oktober 2011

Kim Kardashian Fairytale Wedding

Haritu aku ada tengok siaran ulangan Kim's Fairytale Wedding di saluran E! Astro 712..Giler ah!! terpukau sekejap aku bila tengok si Kim tu..tahu..tahu..walaupon semua tu pelesu, tapi kooooo..muka dia the very gebusss & vadevasss kooooo..Aku yang pompuan ni meleleh air liuq tengok, kalau laki dia orang laki lain tak tahulah camne:P

 pic credit to here

Tapi en suami selalu marah aku kalau aku tengok chanel E! ni.."suko benar tengok benda tok pekdah!!" sorrylah yang..bini mung ni lesbian meme minat rancangan-rancangan gini, kalo rancangan keagamaan Discovery Channel tu..sekejapan je TV yang tengok aku:P

Moh kita kenal the Kardashian family;-

what a perfect family, penuh dengan drama, konflik & kasih sayang..Eventho diorang ni saling bergaduh-gaduh manja..tapi in the end, baik semula..macam tulah adik beradik kan..bak kata pepatah "air dicincang tak akan putus" (picture credit from Trending Today)

Laki Kim ni nama Kris Humphries..hensem juga walau badan macam giant:P

Anak beranak diorang ni sume gorjes-gorjes pic credit to fashiontonights.com

haritu Kim memakai gaun rekaan Vera Wang..haruslah double gojesss kan..haisyyy menjejes air liur:P

harap-harap bahagialah kan..Jangan jadi macam retis Hollywood yang lain, kawin cerai kawin cerai..Alah, retis Malaysia pon berlambaks gitu..*ops, buzibodinya haku*

Tapi dalam 3 beradik ni, aku paling sukakan Kourtney si kakak tu..Dia ni matured & cool je kan..anak dia pon comel=)

lepas berpenat lelah merancang semua ni, after all dramas..akhirnya..tercapai juga impian Kim untuk kahwin macam ni..diorang ni..kan main lagi merancang..dari kecil lagi dok koyal nak kawen macamana..Haisy, mintak-mintak anak aku bukan macam ni T____T"

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^