Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 1 November 2012

Tips Merancang Majlis Harijadi Anak Anda


Assalamualaikum,

Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips sebelum merancang sebuah majlis harijadi. Aku rasa hampir semua ibubapa zaman sekarang akan sambut majlis harijadi anak mereka; tak kiralah buat besar-besaran atau kecil-kecilan, yang pasti budak-budak zaman sekarang memang bertuah! Seawal setahun dah dapat rasa kek, kalau aku dulu..apa itu kek? lepat pisang? ke pisang lenyek? hehe

Ok sebelum mengadakan majlis, perkara-perkara yang harus difikirkan adalah :

1) Budget : Berapa yang sanggup dihabiskan untuk menganjurkan sebuah majlis bergantung kepada tahap kewangan ibubapa. Pada yang berkemampuan sudah pasti akan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk menempah party planner supaya majlis berjalan dengan lancar. Tapi pada yang kurang berkemampuan, bolehlah dibuat sekadar yang mampu. Selalunya budget bergantung di antara RM300 hingga mencecah ribuan ringgit.

2) Tema Majlis : Tetapkan tema seperti watak kartun kegemaran anak, warna kegemaran, binatang atau apa sahaja tema yang menarik. Pentingnya ada tema supaya dapat menyediakan aktiviti, makanan, goodies, kek mengikut tema yang telah dipilih:) Contohnya haritu aku memilih tema Angry Bird untuk sambutan harijadi Ashraf Hariz yang pertama. Boleh baca entri ini (Happy Birthday Ashraf Hariz)

3) Tempat Majlis : Selalunya ibubapa memilih untuk dilakukan di kediaman masing-masing tapi pada yang berkemampuan pasti akan menyewa lokasi yang lebih selesa (sekiranya tetamu ramai) seperti di kelab golf / pusat aktiviti kanak-kanak / restoran makanan segera. Yang pasti pemilihan lokasi yang selesa sangat penting kerana kebanyakan tetamu adalah kanak-kanak ribena yang aktif bergerak & sudah pasti memerlukan ruang yang besar untuk bergerak!

4) Menu : Selalunya menu yang dipilih adalah seperti nasi goreng cina, bihun goreng, pasta atau makanan kegemaran kanak-kanak. Pemilihan makanan sudah semestinya lebih kepada makanan yang manis-manis, warna menarik sesuai sangat untuk kanak-kanak yang riang!

5) Aktiviti : Untuk mengelakkan kanak-kanak cepat bosan, harus diadakan aktiviti yang boleh menarik minat mereka supaya memberikan tumpuan kepada aktiviti tersebut. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah sesi mewarna, membuat/menghias muffin, persembahan boneka atau persembahan silap mata!

Oklah, rasanya itu sahaja yang terlintas dalam kepala otak aku ni. Tujuan aku berkongsi tips ini tak lain tak bukan, of courselah nak promote bisnes aku kan:P
Di MKS party solution, aku ada menjual pelnagai barangan untuk menyerikan majlis harijadi anak-anak korang. Antara barangan yang ada adalah;


Pelbagai jenis belon watak animasi kesukaan anak-anak anda!


frame gambar animasi seperti Angry Bird, Ben 10


topeng muka bertemakan watak kartun


topi bertemakan watak kartun


belon harijadi


Happy Birthday banner


Happy Birthday plate


Princess / animated cartoon party plate

Sebenarnya ada banyak lagi seperti Angry Bird stationery pack, Angry Bird birthday party pack, Ben 10 party pack & macam-macam lagi. Pada yang berminat untuk mengetahui harga, bolehlah PM aku di zailamohamad@yahoo.com atau sms terus ke 012-3228651

Tolong minta quotation sebulan sebelum majlis ya sebab aku memang ambil stok during weekend je & kadang-kadang ambil masa nak pos barang (al maklumler sekarang ni takde transport lagi) so minta jasa baik korang merancang sebelum melakukan pembelian supaya barang akan sampai ngam-ngam sebelum majlis yaaaa..Kadang-kadang pos laju pon buat hal, dah takde dah pos laju, jadi pos lembabs namanya:P

Pembelian borong amatlah digalakkan!! (20pcs ke atas untuk mendapatkan harga borong)

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

1 ulasan:

Unknown berkata...

we provide kids table and chair for rental. Do SMS/Whatsapp at +60123288522 Let your child enjoy doing activity and dining in GREAT setting table!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^