Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 10 November 2012

Sabtu Kami Yang Produktif

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu semua! Aku suka weekend sebab time ni memang penuh dengan aktiviti (well kalau en suami tak outstation & takde kerja di officelah kan)..Masa ni nak request makan kat luar pon konpem lulus..hehehe

Pagi sabtu kami bermula agak lewat. Al maklumlah malam sebelum tu pukul 2 pagi pon mata masih segar penangan Nescafe..so pagi tadi keluar rumah terus keluar dapatkan stok barangan & then gerak ke Jusco Bukit Tinggi..Misi hari ini adalah membeli pakaian baby..Al maklumlah baju-baju Ashraf masa zaman baby semua tak boleh recycle dah..Nak tak nak kenalah beli yang baru kan..beli yang keperluan sahaja..read : pasni sila hadiahkan baju baby kepada aku ya:P

Tapi sebelum tu kenalah isi perut dulu..semestinya makan nasi ayam kegemaran anak-anak di TCRS


Mak bapa kena redho jelah dengan pilihan anak-anak..Kalau tak masuk kang, nanti anak tak nak makan T___T


Kegemaran aku & anak-anak..sampai berebut:P



nipon kegemaran mama *eh semua mama suka je* so siapa yang nak makan ni??

Bila perut kenyang bolehlah shopping dengan hati yang tenang..Memang rugi shopping bila bukan Jcard day tapi nak buat macamana, time Jusco buat Jcard pon bukan boleh datang shopping pon T_____T



Sempat lagi anak-anak pau bapak diorang gula-gula dekat kaunter tu..Ashraf pon dah pandai makan gula-gula..Nanti rongaklah gigi tu adik weh!

Tengah shopping tetiba jumpa kawan satu sekolah Haziq tengah shopping (of couselah ngan mak bapak diorang) baju untuk konsert & Little Ihtifal 17hb ni..Ya Allah, syukur sebab jumpa diorang..


Kopakslah juga duit papa belikan baju long sleeve putih & seluar hitam..isy isy isy..macam-macam budak sekarang ni kan?

Balik dari Jusco singgah ke Plaza Masalam hantar barang customer..masa ni hujan renyai-renyai dah..Memang sekarang ni hari-hari hujan..

Sampai rumah teruskan misi mendeko-deko bilik anak teruna si Haziq..Al maklumlah tahun depan dia nak sekolah dah..baru sibuk nak asingkan bilik..Alhamdulillah malam tadi dia tidur bilik sendiri dah:)


Misi pasang wall sticker..nanti aku upload gambar selepas yaaaaa

Petang Haziq request nak makan "roni" atau makaroni..tengok kat dapur ada pasta jenis ni je..lantaklah labu..keletung keletang..siaplah dinner kami


Malam memang dok busy lagi..Ingat nak keluar beli barang dapur tapi memandangkan esok kena bangun awal pagi untuk event Samsung tu..kanselkan aje..lain kali bleh pergi..

Eh eh dah pukul 11 malam dahpon..GTG

Ya Allah mudahkanlah segala urusanku esok hari...Amin..

Jangan lupa like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

2 ulasan:

mrs adam berkata...

haziq saya pon kena beli jeans hitam,tapi ngan inner hitam.saya pilih jeans n inner yg murah2 je so tak la kopak mana.haha

Zaila Mohamad berkata...

Mrs Adam,

kami ni alang-alang dah dok Jusco TERpaksalah beli..baju dia selai dah cecah RM80++ huhuhu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^