Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 24 Februari 2013

Pameran Hartanah Di Plaza PKNS Shah Alam

Assalamualaikum,

Semalam merupakan hari pertama baby Azzam keluar rumah. Sebelum ni pon dah pernah keluar tapi hanya ke rumah adik beradik en suami..Tapi kali ni kami bawa ke Plaza PKNS Shah Alam untuk tengok pameran hartanah yang sedang berlangsung di sutu dari 22hb Februari hingga 10 Mac 2013..Mula-mula tu ingatkan macam meriahlah kan dengan booth-booth pemaju tapi rupa-rupanya hanya rumah-rumah yang dibina oleh PKNS sahaja.

Actually bukan kami yang nak beli rumah, tapi sekadar menemankan adik ipar aku survey-survey rumah sebab adik ipar aku ni bercadang untuk beli hartanah pertamanya. TAPI rumah-rumah yang dibangunkan oleh PKNS ni lokasinya agak jauh dari tempat adik ipar aku kerja so memang sah-sahlah reject kan..Sudahlah jauh, harga tu satu hal pula..Even kami pon tak mamfuu milik..kekeke tapi since dah pergi, tengok jelah kan..


Pada mereka yang sedang mencari rumah area Rawang, Kuala Selangor & Hulu Selangor, bolehlah datang ke sini. Harga rumah dari RM290k ke atas


Ada badut untuk entertain kanak-kanak petang tu..tengoklah en suami sibuk je nak ambilkan belon untuk Ashraf..Tapi kan, hak kelakarnya badut tu hanya tahu buat pedang je dengan belon tu..kalau suruh buat benda lain tak reti pastu buat-buat sibuk, kuang kuang..pandai ko berlakon ya:P


Nasib baiklah budak nama Azzam ni ok je tidur dalam stroller..Owh! stroller ni zaman abang Ashraf Hariz lagi..Nasib baiklah jarak dekat so boleh je recycle yang abang Ashraf punya..Nasib kolah dik..

Tapi kan..tak bestlah outing di Plaza PKNS ni, bukan apa..sudahlah bangunan ni tak mesra baby~banyak tangga & kalau ada lif pon kecil kalau masuk stroller & anak-anak aku pon dah penuh satu lif..HAHAHA
Lepas tu tempat nak menyusukan baby pon takde *well of courselah kan sebab ini bukannya JUSCO* pastu tempat nak berehat pon tak banyak; patutnya letaklah kerusi banyak sikit so bila penat-penat jalan / penat menunggu bini shopping tu boleh rehat dekat kerusi..Herm, pastu kedai makan kat situ pon tak berapa bersih sangat..hampir semua kedai aku nampak ada lipas..hehehe

Haritu nasib baiklah tak ramai orang di PKNS ni..Kalau bulan puasa, ya ampuuunn raaamainya umat manusia..Aku pon pernah datang beli baju raya kat sini tapi rasanya lagi mahal dari beli di kedai biasa..Eh! Vietnam punya baju laaagi murah juga..hehehe

Tapi biasalah kan, PKNS ni bangunan dah lama..Pastu kat situ most of peniaga di sini semua Melayu so kenalah support kan..hehe Cuma mungkin PKNS kena tambahkan sikit facilities seperti kerusi, tempat mainan kanak-kanak, bilik menyusu, untuk menarik lebih ramai pengunjung. Eh banyak komplen fulak aku kan:D


Apa-apa pon, rumah idaman kami..moga satu hari nanti dapat beli rumah yang lebih besar untuk kami anak beranak..Insya Allah..takpe kita simpan niat dulu..hehehe

Oklah, itu sahaja lapuran dari aku..Pada sesiapa yang nak beli rumah..jangan lupa singgah PKNS untuk lihat dengan lebih dekat..Takpon boleh tengok kat website ini (PKNSproperty)

Bye!! Owh pada sesiapa yang tahu ada perumahan baru nak naik sekitar Cheras/Cyberjaya/mana-mana sekitar Selangor ni sharelah ya..kalau boleh biarlah harga mampu milik yaaaa..Thanks in advance

3 ulasan:

CeqGu berkata...

Betul 3x setuju sgt....nak org ramai support ...sila la upgrade facilities kat situ....pssstttt comel molek nama blog dia.....surirumah terdesak wakakaka koh koh koh....

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

wah..nak menambah hartanah ya..bagus tuh..^_^

btw, tpt outing paling best mmg jusco rasenye..sangattttt mesra keluarga..kekekekekek

Tanpa Nama berkata...

Salam kak, jemput like pagi butik dan spa muslimah https://www.facebook.com/durafashion
:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^