Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 15 Februari 2013

Perkembangan Baby Azzam Haneef~Sebulan Sudah

Assalamualaikum,

Yeay!! Hari ni i'm officially *sendiri declare* habis pantang 40 hari..Walaupon takderlah berpantang mana tapi rasa lega kalau dah lepas 40 hari. Hujung minggu ni bolehlah start jelajah shopping mall cuci-cuci mata..Ahakss:P

Semalam bawa baby Azzam Haneef jumpa doktor untuk cucuk sebulan. Lewat seminggu sebab minggu lepas kan en suami outstation so susah nak ke klinik dengan baby & Ashraf so tunggulah sampai hari ni. Alhamdulillah, berkat fully breastfeed, berat budak kecil ni dah naik dari berat masa lahir 2.6kg ke 3.5kg (masa 20 hari) ke 4.5kg (sebulan). Eh tuan nampak kecil tapi biaserlah anak laki ni cepat naik berat badan.
Yang paling tak tahan dengan perangai baby Azzam yang suka berjaga malam. Kalau time aku bernasib baik dapatlah tidur lena (tapi at least dia akan sedar juga untuk mneyusu dalam 2,3 kali) tapi selalunya hari-hari start pukul 2 pagi meleret-leret sampai ke pagi. Entah apalah yang tak kena, bagi susu dah, tukar pampers dah, letak minyak ubat dah tapi tak mahu tidur-tidur juga..Nak tidur dalam pangkuan aku, kalau letak menangis..huhuhu mama pon menangis sama @____@ *padahal mama nangis sebab geram tengok apak dia syok tido kat sebelah*

Haritu aku call mak ceritalah tentang baby Azzam ni. Nak tahu mak aku cakap apa; "Mung dulu lagi teruk pado tuh!!" HAHAHA hamek kau..rupanya perangai anak ke 4 camni ek..manje kededek..Mana tumpahnya kuah kalau bukan atas nasi..kuang kuang kuang *FYI aku pon anak ke 4*

Bila dah jadi ibu ni baru tahu kan..baru tahu macamana susahnya mak kita nak besarkan kita..bukan setakat berjaga malam, tukar lampin anak (orang dulu mana ada pakai pampers), basuh kain lampin yang ada bahan buangan kita, pastu kalau ada anak-anak kecil yang lain lagi (macam aku sekarang ni) kadang-kadang sampai tak sempat makan sebab anak-anak buat perangai T____T

Cepatlah besar duhai anak...besar menjadi anak yang soleh:)


muka dah ada dagu berlapis dah..pipi tembam!


muka abang Amirul Haziq kan??


tidur tidur tidur..ituler kerja baby



gambar paling latest! mama panggil Azzam si burung antoo LOL

Semoga aku diberikan kesabaran dalam membesarkan anak-anak..Amin..Lain anak lain perangainya..Oklah, selamat berhujung minggu semua!!

6 ulasan:

eynda berkata...

Ehhh bukan pantang 44 hari ke? hehe... suka tengok dagu dia ;-)

CeqGu berkata...

Alololorrrr bertambah2 berat dia

mrs adam berkata...

teringat plak,masa saya pantang,kalau anak saya bgn malam mak n adik yang jaga,dorang tukarkan pampers.saya hanya bf smbil tdo je.haha
emm..lps tu kalau baby tetap nangis walaupon dah susu,tukar pampers,sapu minyak angin,bacakan ayat2 alquran,kalau dah penat baca bukak hp plak(zikir2 n ayat quran)

mummY daniSha berkata...

Bestnye dah 4 ank akak....sy dah 30 tp baru sorang huuuu

Tanpa Nama berkata...

as salam puan zaila..saya sekarang sdg mencari set bersalin. saya ada baca masa anak ke 3 puan guna set bersalin puteri rembulan.. Saya nk minta pandgn puan zaila, ok x set tu..?? sbb penjual kat kedai tu asyik cdg ambil set puteri rembulan..dan katanya set tu byk org guna dan bagus.

Unknown berkata...

cepat je dh sebulan dah azzam.
Nama macam Mas Azzam KCB pulak.
Abdullah Khairul Azzam. hehehe

Set Bersalin Shaklee Best!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^