Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Azzam Haneef. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azzam Haneef. Papar semua catatan

Isnin, 10 Jun 2013

Jalan-Jalan Ke Tak Bai, Thailand

Assalamualaikum,

Semalam baru aje sampai dari kampung halaman, sekejap sahaja kami balik iaitu bertolak malam Jumaat & malam Ahad sudah bertolak balik ke sini balik. Alhamdulillah, traffic memang lancar, sekejap sahaja dah sampai ke kampung. Musim cuti sahaja yang makan masa berbelas-belas jam duduk dalam kereta:P

Tujuan utama balik kampung adalah untuk menjengah ayahanda. Syukur sangat-sangat ayah dah beransur baik walaupun keadaan ayah sudah tak sama macam dulu. Doktor nasihatkan supaya ayah banyakkan berehat & berhenti merokok. Sekarang ini ayah kena bergantung dengan ubat-ubat dari hospital, sesuatu yang jarang berlaku tapi aku syukur sangat-sangat kerana ayah masih bertenaga untuk bangun menguruskan diri sendiri. Terima kasih Allah kerana masih memberikan kekuatan kepada ayah walaupun usia ayah sudah mencecah 81 tahun hari ini. Insya Allah, aku akan sentiasa doakan semoga ayah panjang umur & diberikan kekuatan untuk beribadat kepadaNYA. Terima kasih juga buat kawan-kawan yang mendoakan kesihatan ayah aku. Walau kita tak pernah betemu, tapi kalian semua sungguh baik:)

Hari Sabtu yang lepas sempatlah aku & en suami merasa melintas sempadan Sungai Golok untuk ke Tak Bai, Thailand. Adik ipar aku yang jadi tukang tunjuk jalan. Hihihi Kali ni aku bawa Azzam je sebab tak boleh nak bawa semua sebab susah nak naik turun bot. Lagipun Azzam kan menyusu badan so susah kalau nak tinggal lama-lama dekat orang lain. Anak-anak aku; Haziq, Husna memang suka aje duduk rumah nenek mereka di Tumpat (rumah mak mertua aku) so takde masalah nak tinggal! Ashraf pula kami tinggalkan senyap-senyap, ok je duduk dengan "Mok" (panggilan kepada nenek mereka) upah dengan ais krim terus lupa dekat mama & papa!

Kalau nak pergi ke Sempadan Siam kena keluar awal sedikit sebab cuaca di Kelantan sekarang ni panas, pukul 8 pagi pon cahaya matahari dah terik sangat-sangat! Kami naik perahu di Pengkalan berdekatan dengan Pejabat Kastam Pengkalan Kubur. Entah apa nama tempatnya, rata-rata penduduk tempatan semua naik di sini. Penduduk tempatan ramai juga yang berulang alik ke Tak Bai untuk mendapatkan bekalan mentah seperti buah-buahan, ikan & barang-barang yang lain kerana harganya yang sedikit murah berbanding dengan harga di Kelantan sendiri. Tapi ada beberapa barang kawalan seperti beras & beras pulut yang tidak boleh dibeli secara banyak kerana ianya adalah barang kawalan so jangan nak mengada nak beli beras Siam banyak-banyak, nanti kena tangkap dengan Kastam pula! :P



sawadikap!! from Siam with Love:)

Antara barangan yang menarik perhatian aku adalah durian. Kat situ durian kunyit yang kecil-kecil hanya RM3 sekilo. Sempatlah beli sedikit untuk merasa. Selain itu, ada buah rambutan, laici, jambu, mangga, manggis & macam-macam lagi..Aduh! memang terliur melihatkan buah-buah yang gemok-gemok belaka tu tapi memandangkan susah untuk dibawa, aku hanya beli mana yang berkenan sahaja:) Insya Allah, kalau berkesempatan balik kampung, boleh pergi lagi!


Sempatlah juga aku merasa makan makanan orang Siam iaitu pulut ayam! Ayam goreng dia sedap weh! teringat-ingat lagi ni..Harga pon takderlah mahal sangat, dalam RM2 sebungkus. En suami pula makan nasi yang warna kuning tu, sedap juga sebab terasa rempah dalam nasi tu! RM2.50 sebungkus.


Inilah rupa pulut ayam tu; ada pulut, ayam goreng, bawang goreng & juga air cili yang rasanya manis-manis macam sos pencicah.


Dalam pukul 11.30 pagi kami dah balik, mana boleh nak duduk lama-lama weeeii, sebab duit pon dah habis buat beli barang-barang yang menarik di sana..hihihi Memang satu pengalaman baru yang tak dapat aku lupakan sepanjang menjadi anak Klate. Kalau dah berkahwin dengan orang Tumpat tu, tak sah rasanya kalau tak mencuba menyeberang ke Sempadan Siam! Tengoklah Azzam tu, kecil-kecil dah masuk Thailand:)

Peringatan : Ini hanyalah sekadar perkongsian pengalaman aku sendiri merasa kehidupan orang Sempadan Siam yang tak jauh berbeza dengan kehidupan penduduk tempatan di Kelantan sendiri. Memang ramai yang tak berani ke Sempadan Siam atas-atas faktor keselamatan so segala risiko kena tanggung sendiri ya..So far Alhamdulillah tiada apa yang pelik berlaku di sana:)

Jumaat, 26 April 2013

Anak Oh Anak (Lagi)

Assalamualaikum,

Sambungan tentang perangai anak lagi, hihihi nak kena buat sambungan sebab setiap anak aku ada perangai masing-masing. Nak-nak superhero sorang ni yang bernama Ashraf Hariz! Rasanya dia yang paling bertuah sebab tak payah menghabiskan masa membesar di nurseri. Haziq & Husna membesar di nurseri bertahun-tahun juga sampaikan sekarang pon masih rindukan kawan-kawan nurserinya:) Tapi Ashraf ni, sempat duduk tak sampai 2 tahun pon sebab aku dah berhenti kerja untuk menjadi bibik sepenuh masa:P

Memang mencabar sangat membesarkan Ashraf Hariz ni. Kalau dulu Haziq & Husna banyak masa diorang di nurseri so bila balik rumah dah malam tak sempat nak buat apa-apa dah kan? Haaa yang sorang ni pagi petang siang malam ada kat rumah, macam-macamler akal dia untuk bikin aku sakit kepala >-----<

Yang pertama sekali suka conteng dinding! Pantang dapat pensel habis dia conteng, bukan setakat dinding atas lantai, kabinet baju, kabinet TV semua dia conteng! Kalau kat ruang tamu rajinlah jugak aku lap balik dengan kain basah tapi kalau sepanjang tangga naik ke atas, tak koser mak! Nanti panggil acik cleaner jelah suruh bersihkan (harap-harap acik cleaner pon tak serik datang cuci rumah aku)


Muka tak bersalah!

Keduanya suka sepahkan barang-barang kat dapur. Kalau bawang putih tu habis dia leraikan & bawa sana sini. Jumpa bawang segenap tempat ada; bawah kerusi, celah kabinet TV, dalam almari baju, sampai dalam bilik tidur aku pon ada juga..Yang bagusnya siap berkupas dah, senang kerja mama ko nak masak cari je bawang sana sini yang dah kupas tu:P Selain tu, bekas-bekas dalam kabinet pon pantang terbuka konpem dia akan main..

Ketiganya suka kacau adik tidur atau adik yang sedang duduk dalam keadaan baik (baik beerti tidak manangis melaung macam nak terkeluar anak tekak)..Yang ni paling geram sekali, dia sukalah p curi puting (pacifier) adik dia & bila aku marah, mencecet-cecet lari menyorok. Saje je memang niat dia nak bagi aku marah pon..suka sangat nyakat aku, kalau aku tengah nyusukan adik (sambil baring ke sambil duduk ke) saje je p panjat belakang / naik atas aku..sabar jelah Seraf sorang ni

Paling best bila dia bercakap. Al maklumler dalam usia dia sekarang ni tengah belajar nak bercakap & kalau cakap pon masih pelat lagi. Ada juga perkataan yang kami tak faham tapi layankan aje..Rata-rata sekarang ni orang dok share video dalam KeeK tapi aku ni malas nak upload sebabnya tak reti..HAHA Kalau tak boleh je share kat sini apa yang Ashraf suka buat..


Selalu menjadi mangsa kakak dia

Ok beralih kepada si bongsu Azzam Haneef pula. Takde benda lain yang boleh diceritakan selain dari menangis tidur menangis tidur..tu je yang Azzam reti buat masa sekarang ni..Tapi kalau masa mood dia baik, nakler juga layan menyembang dengan aku (of courselah dalam bahasa dia) pastu selebihnya menangis, bila pegang/ambil dukung boleh pula senyap & duduk diam..huhu

Hobi sekarang adalah menghisap jari/penumbuk. Janganlah kacau kalau tak bergegar satu rumah dengan tangisan dia..HAHAHA


 nyam nyam sedapnya jari saya

Sejak menjadi bibik sepenuh masa ni tak pernah pula terlintas dalam hati untuk sambung bekerja balik. Tapi mana tahu satu hari nanti bila anak-anak dah besar tetiba gatal nak kerja balik ke (ada ke kompeni nak ambil orang tua bekerja?HAHAHA) takpon aku boleh concentrate dalam online biz aku ke, buat masa sekarang ni, anak-anak aku adalah dunia aku. Terima kasih pada en suami yang memberikan sepenuh kepercayaan & kasih sayang buat kami semua:) 

Oklah, happy weekend guys!

Jumaat, 15 Februari 2013

Perkembangan Baby Azzam Haneef~Sebulan Sudah

Assalamualaikum,

Yeay!! Hari ni i'm officially *sendiri declare* habis pantang 40 hari..Walaupon takderlah berpantang mana tapi rasa lega kalau dah lepas 40 hari. Hujung minggu ni bolehlah start jelajah shopping mall cuci-cuci mata..Ahakss:P

Semalam bawa baby Azzam Haneef jumpa doktor untuk cucuk sebulan. Lewat seminggu sebab minggu lepas kan en suami outstation so susah nak ke klinik dengan baby & Ashraf so tunggulah sampai hari ni. Alhamdulillah, berkat fully breastfeed, berat budak kecil ni dah naik dari berat masa lahir 2.6kg ke 3.5kg (masa 20 hari) ke 4.5kg (sebulan). Eh tuan nampak kecil tapi biaserlah anak laki ni cepat naik berat badan.
Yang paling tak tahan dengan perangai baby Azzam yang suka berjaga malam. Kalau time aku bernasib baik dapatlah tidur lena (tapi at least dia akan sedar juga untuk mneyusu dalam 2,3 kali) tapi selalunya hari-hari start pukul 2 pagi meleret-leret sampai ke pagi. Entah apalah yang tak kena, bagi susu dah, tukar pampers dah, letak minyak ubat dah tapi tak mahu tidur-tidur juga..Nak tidur dalam pangkuan aku, kalau letak menangis..huhuhu mama pon menangis sama @____@ *padahal mama nangis sebab geram tengok apak dia syok tido kat sebelah*

Haritu aku call mak ceritalah tentang baby Azzam ni. Nak tahu mak aku cakap apa; "Mung dulu lagi teruk pado tuh!!" HAHAHA hamek kau..rupanya perangai anak ke 4 camni ek..manje kededek..Mana tumpahnya kuah kalau bukan atas nasi..kuang kuang kuang *FYI aku pon anak ke 4*

Bila dah jadi ibu ni baru tahu kan..baru tahu macamana susahnya mak kita nak besarkan kita..bukan setakat berjaga malam, tukar lampin anak (orang dulu mana ada pakai pampers), basuh kain lampin yang ada bahan buangan kita, pastu kalau ada anak-anak kecil yang lain lagi (macam aku sekarang ni) kadang-kadang sampai tak sempat makan sebab anak-anak buat perangai T____T

Cepatlah besar duhai anak...besar menjadi anak yang soleh:)


muka dah ada dagu berlapis dah..pipi tembam!


muka abang Amirul Haziq kan??


tidur tidur tidur..ituler kerja baby



gambar paling latest! mama panggil Azzam si burung antoo LOL

Semoga aku diberikan kesabaran dalam membesarkan anak-anak..Amin..Lain anak lain perangainya..Oklah, selamat berhujung minggu semua!!

Jumaat, 18 Januari 2013

Baby Kena Jaundice


Assalamualaikum,

Lamanya tak menulis..memang bila dah berhenti mesti malas nak bermula semula tapi bila dah bermula tak nak berhenti pula:P

Salah satu sebab kenapa aku malas nak update adalah kerana baby Azzam Haneef kena kuning atau lebih dikenali dengan Jaundice. Tapi tahap bacaan tidaklah tinggi sampai kena tahan di wad. Masa Jumaat 11/01/2013 haritu bacaan adalah 230 & bila aku ambil sekali lagi pada Isnin pula bacaan sudah turun ke 200. Pesan doktor supaya breastfeed Azzam Haneef selalu & jangan makan jamu atau makanan yang "panas" seperti halia & lada hitam.

Dulu abang Amirul Haziq pon kena kuning, lagi tinggi bacaan sampai kena tahan. Masa tu stress sangat bila nurse datang check bagitahu kuning. Macam-macam petua aku buat; minum susu kambing, mandikan dengan daun inai, pokok dukong anak, mandi dengan daun herba beli dari kedai sinseilah..Biaserlah anak pertama, masih tak tahu apa-apa.

Anak kedua Husna tak kena jaundice, anak ketiga Ashraf kena & anak keempat Azzam pon kena *wah ramainye anak aku:P* 

Rupa-rupanya melalui pembacaan aku; anak lelaki memang mudah kena, selain itu baby yang kecil (selalunya bawah 3kg) akan senang mendapat jaundice; betul juga sebab semua anak lelaki aku berat tak sampai 3kg kecuali Husna 3.3kg semasa lahir. Haziq (2.7kg, Ashraf 2.3kg & Azzam 2.6kg), kumpulan darah pon memainkan peranan juga, paling senang kena adalah darah jenis O which is baby Azzam pon jenis tu..

Pada ibu-ibu di luar sana especially yang baru pertama kali melahirkan & baby pula kena kuning, jangan stress..zaman sekarang memang rata-rata baby akan kena kuning cuma bacaan tu je yang berbeza-beza..Kalau tak nak anak kuning, kena bagi susu ibu banyak-banyak..Selain itu kalau nak amalkan petua orang-orang tua pon boleh juga as long jangan sampai membahayakan baby. Kalau baby tu asyik tidur, kejutkan baby main-main telinga/dagu baby..takpon jangan dibedung biar sampai baby sejuk & lapar..HAHAHA

Yang penting jangan stress, Insya Allah kalau kita tak stress susu badan pon akan banyak:-)

Oklah, nanti kalau rajin aku update lagi..tataaaaaaaa

Selasa, 15 Januari 2013

Memperkenalkan Azzam Haneef Bin Hamdan


Alhamdulillah, anak ke 4 sudah pon diberikan nama..Genap 7 hari kami memberikan nama Azzam Haneef Bin Hamdan. Terima kasih kepada abang ipar Ustaz Mohamad Nasir yang sudi mentahnikkan Azzam & memilih nama buat anak kami. Ikutkan saranan, adalah sunah Nabi menamakan anak satu nama sahaja supaya senang dipanggil tapi biaserlah ibubapa moden zaman sekarang ni nak nama anak gempak-gempak ikut tema ajew:P

Yang penting kewajipan ibubapa adalah memberikan nama yang membawa maksud yang baik-baik kepada anak kita. Bolehlah merujuk buku panduan nama dalam Islam, internet atau lagi bagus terus kepada ustaz-ustazah yang pakar dalam bahasa Arab. Jangan sembarangan aje letak nama anak..Kadang-kadang tersilap eja pon boleh bawa maksud lain dah..Ops, bukan nak tunjuk pandai tapi sekadar berkongsi..

Oklah..nak mandikan Azzam Haneef dulu..tata

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^