Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 18 Februari 2013

Makanan Sedap-Sedap!

Assalamualaikum,

Happy Monday Blues semua:) Aku pon terkena tempias juga, bila petang macam ni barulah boleh update blog..Hihihi..Well, kali ni nak tayang gambar makanan sedap-sedap yang aku makan semalam. Harus ada kata kunci "sedap" sebab most of the google search in my blog pon banyak yang mencari tempat makan sedap-sedap aje..Well, sorrylah guys, for me kalau nak makan sedap haruslah home cooked meals saja yang sedap..Makan kat luar memang sedap tapi dengan syarat orang belanja..HAHAHA :D

Semalam kami sekeluarga ke Kajang rumah abang Zul (abang sulung en suami) bagi meraikan majlis perpisahan Abang Zul yang akan berpindah ke Vietnam selama 3 tahun. Aku memang suka kalau ada pertemuan famili sebabnya of course akan ada makanan yang sedap-sedap! Yang bagusnya semua makanan disediakan sendiri oleh isteri Abang Zul iaitu Kak Rah..terbaik dari ladang..and sudah tentulah dengan bantuan adik beradik yang lain. Kebetulan mak mertua aku pon ada sama. Kelakar bila hari Jumaat yang lepas MIL aku terlepas flight untuk ke sini. Sepatutnya flight pagi Jumaat tapi entah macamana diingatnya pagi Sabtu. Kalau orang dulu-dulu selalu kena tinggal bas tapi sekarang ni kena tinggal dek kapal terbang:D LOL

Nasib baiklah dalam satu hari ada banyak flight dari KB-KL so petang tu MIL datang juga..Yeay!! Mana boleh tukang no. 1 tak datang kan?? Aku suka bila MIL ada di sini sebabnya selalunya adik beradik en suami akan selalu berjumpa & of courselah MIL akan masakkan signature dish beliau iaitu nasi kerabu terbaik dalam dunia ni:P *ini bukan melobi ya*

Tapi semalam antara menu di rumah Abang Zul adalah kambing golek;-


jangan main-main..seekor tuuuu..padahal untuk makan beberapa famili sahaja..memang kami semua pencinta kambing..sampaikan anak-anak aku dari Haziq sampai Ashraf makan daging kambing..hehehe aku?? pantang nampak mesti nak makan:D


Habis pantang dah bedal kambing..camno nak kurus ni?? 


Ini salah satu menu kegemaran juga. Setiap kali perjumpaan famili, mesti akan ada menu ketupat sotong. Nanti aku up resepi ketupat sotong yaa..senang bangat nak buat ni..cuma aku perasan hanya orang Kelantan sahaja yang boleh terima menu ketupat sotong ni, kalau orang luar dari Kelantan konpem culture shock kan?? ADa yang boleh terima & ada juga awal-awal lagi sudah surrender tak nak cuba..hehe


Menu of the day adalah laksam & laksa Kelantan. Kuah lemak yang Kak Rah buat ni memang sedap..bertambah-tambah aku makan..opsssss *hancur dietku*


Lepas tu Kak Rah buat lagi pemanis mulut Milley crepe oreo..first time aku dengar & makan. Rupanya crepe yang disusun & dihias dengan cream & taburan oreo dekat atas..Rasanya boleh tahan cuma kalau makan banyak mungkin agak muak


Pada sesiapa yang follow Instagram aku, sila jangan salah faham yaaa..Bukan aku yang buat pavlova ni..semua ni Kak Rah yang buat..hehehe Aku tukang ambil gambar sahaja:P


Last but not least kek red velvet ni pon Kak Rah yang buat..Yaaaaa..sila puji..Aku tak tahulah bila masa Kak Rah buat tapi memang sedap rasa kek red velvet ni..Sayangnya tuan empunya diri sudah nak berhijrah ke Vietnam, kalau tak boleh dah ambil tempahan lepas ni..hehehe

Semalam balik je dari Kajang memang aku dah tak makan apa dah malam tu..Giler weh makan banyak sangat dah kat rumah Abang Zul..Memang hancus r #pelannakdietku
Selagi MIL ada di KL ni sila ucap bye bye kepada DIET but say hi to FAT & KOLESTEROLLLLLLLL!!!

Arghhhhhhhhh #stress sambil hantuk kepala ke meja!! No wonderlah tak kurus-kurus..

3 ulasan:

CeqGu berkata...

perturunkan la ilmu buat nasi kerabu sedap MIL tu....hehe

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

terliur je tgk..mmg semua sedap2

Unknown berkata...

Zaila kan.. mmg suke letak pic makanan sedap2 kan. sabor jela tengok..huhu ;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^