Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Khamis, 14 Februari 2013
Resepi Daging Masak Lada Hitam Versi Mek La
Assalamualaikum,
Hari ni dari dapur Mek La membawakan resepi daging masak lada hitam versi Mek La..Kenapa versi Mek La? kerana sukahati dia je nak campak apa yang ada kat dapur tu tapi yang pasti sedap! Cewah puji diri sendiri fulakss:P
Bahan-bahan yang perlu diadakan :
- daging lembu (direbus & dipotong nipis-nipis)
- bawang putih (diketuk & diracik halus-halus)
- halia muda (dihiris nipis-nipis) *ini optional sebab chef tengah berpantang haruslah masukkan halia dalam semua masakan
- serbuk lada hitam / lada hitam kasar ditumbuk halus
- sos tiram
- kicap manis
- sayuran pilihan seperti brokoli, capcicum atau apa jua sayur kegemaran anda
Cara-cara :
- Panaskan sedikit minyak zaitun
- Masukkan bawang putih & halia, goreng sehingga kekuningan
- Masukkan daging yang telah direbus tadi
- Taburkan lada hitam
- Masukkan dalam 2 sudu sos tiram & 2 sudu kicap manis
- Goreng sampai daging masak, kalau nak berkuah sedikit boleh masukkan air rebusan daging tadi
- Masukkan sayuran, jangan biar lama sangat sebab tak nak sayur layu
- Kalau nak kuah pekat bolehlah masukkan bancuhan air tepung jagung
Siap & sedia untuk dimakan..Senang kan? Garam & gula tak perlu dah sebab sos tiram & kicap manis sudah cukup sebagai perasa. Tapi kalau rasa tak cukup masin, sila tambahkan sendiri garam & gula
Oklah, sehingga bertemu lagi dalam siri Dari Dapur Mek La..bye!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
3 ulasan:
Sedap wehhh
tgk mkanan pukul11.30 mlm adalah tidak memberangsangkn. lapar weh huhu
sedap tuh!!!
Catat Ulasan