Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 3 Jun 2013

Doakan Ayahku

Assalamualaikum,

Jumaat lepas mendapat perkhabaran sedih dari kampung, ayahanda kesayangan telah jatuh sakit & doktor HUSM Kubang Kerian telah mengesahkan yang ayahanda aku telah diserang strok kecil. Alhamdulillah sekarang ayah dah kembali ke rumah & doktor bagi nasihat supaya banyakkan berehat & tidak membuat kerja berat.

Aku masih di Shah Alam, hanya mampu berdoa kerana kebetulan en suami kena outstation. Insya Allah bila en suami balik kami akan bergegas pulang ke kampung. Beginilah anak perempuan, selalu tersepit antara tanggungjawab untuk suami & anak-anak. Alhamdulillah, mak & famili lain memahami keadaan aku sekarang ini. Sekarang ini hanya mampu berdoa ahaja semoga Allah kurniakan kesihatan buat ayah tersayang!



Buat kawan-kawan semua, tolong doakan kesihatan ayah aku iaitu Mohamad Bin Yusof, lelaki yang banyak berjasa kepada diriku dalam membesar & melindungi aku selama 23 tahun, memberikan aku pendidikan secukupnya, mengajar aku untuk menjadi seorang manusia yang berguna, terlalu banyak jasa, pengorbanan & keringat ayah yang tak mungkin dapat aku balas atas dunia ini. Moga Allah panjangkan usia ayah..Aku sayang Ayah! Insya Allah aku akan cuba buat yang terbaik untuk ayah. Alangkah bagusnya kalau ayah sudi untuk tinggal dengan aku supaya aku akan dapat menjaga ayah..Aminn

Mode : sedih..sudahler en suami tiada di sisi..moga Allah berikan kekuatan untuk menjaga anak-anak semua..Aminn

3 ulasan:

syalinda johari berkata...

semoga ayah cepat sembuh k...aminnn

Cho Zila berkata...

akak juga doakan dari jauh moga ayah zaila disembuhkan dari penyakitnyer itu...
tabahkan hati ok...

Nurhayati berkata...

semoga diberi kesihatan yang baik.
beb cuti sekolah ni balik la kg jap tgk dia

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^