Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 6 Jun 2013

Movie Review : Sofia The First, Once Upon a Princess

*Entri melekat sehingga 7 June 2013*

Assalamualaikum semua!!

Wah! Sekejap sahaja cuti sekolah dah nak habis kan? Mesti ramai di antara ibubapa di luar sana yang bawa anak-anak menonton Movie Sofia the First kan? Kalau tak silap, di saluran Disney Astro 615 & Disney Junior 613 juga ada siarkan movie Sofia the First ni:)


Filem yang berdasarkan alam dongeng Enchancia mengisahkan kehidupan Sofia, seorang gadis biasa, yang mengalami perubahan mengejut setelah ibunya berkahwin dengan seorang Raja dan dia menjadi seorang puteri, Sofia the First. Sofia harus belajar menjalani kehidupan yang luarbiasa sebagai seorang kaum kerabat, pada masa yang sama berpegang kepada harapan dan impiannya sendiri. Perjalanannya untuk menjadi seorang insan yang terbaik turut membuka mata mereka di sekelilingnya untuk menyedari nilai istimewa tersendiri. Cinderella Disney juga muncul dalam filem ini untuk memberi nasihat kepada Sofia – dari puteri kepada puteri.  
  

Pengembaraan diraja Sofia bermula dengan persiapannya untuk berangkat ke istana bersama ibunya, memulakan keluarga baru dengan bapa tirinya, Raja Roland II, serta adik-beradik tirinya Amber dan James. Turut membantu perjalanan Sofia ialah tiga orang pengetua Royal Prep Academy– Fauna, Flora dan Merryweather (pari-pari kesayangan yang muncul dalam siri klasik Disney “Sleeping Beauty”) dan pelayan diraja, Baileywick, serta sekumpulan binatang comel dari hutan yang diketuai oleh Clover, arnab cerdik yang boleh bercakap. Lama-kelamaan, Sofia mendapati bahawa penampilan sebagai seorang puteri tidaklah sukar tetapi apa yang menjadikan seseorang itu puteri sebenar ialah sifat kejujuran, kesetiaan, keberanian, kebebasan, simpati dan budi bahasa.



Kisah “Sofia the First” yang direka untuk kanak-kanak dan keluarga mereka menyampaikan mesej positif dan kisah kehidupan yang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun kehidupannya terkurung dalam alam istana, ahli sihir dan kuda terbang, Sofia tetap seorang kanak-kanak yang menghadapi pelbagai masalah sosial yang sama seperti yang dihadapi penonton muda di rumah, seperti belajar menyesuaikan diri, mendapat kawan baru dan menguasai kemahiran baru.

Selain tayangan perdana “Sofia the First: Once Upon A Princess”, Disney Channel dan Disney Junior akan melancarkan laman sesawang DisneyChannel-asia.com dan DisneyJunior-Asia.com/Sofia yang menampilkan kehidupan kaum diraja. Kanak-kanak boleh menjalani aktiviti kreatif, mencipta avatar putera dan puteri mereka sendiri dengan permainan Royal Me, menghias bilik Sofia atau berseronok dengan pelbagai laman aktiviti dan video yang didapati dalam laman tersebut.

“Sofia the First: Once Upon A Princess” dibintangi oleh suara Ariel Winter (“Modern Family”) sebagai Sofia; Sara Ramirez (“Grey’s Anatomy”) sebagai Permaisuri Miranda; Wayne Brady (“Let’s Make A Deal”) sebagai Clover; Tim Gunn (“Project Runway”) sebagai Baileywick; Darcy Rose Byrnes (“Desperate Housewives”) sebagai Amber; Zach Callison (“Land of the Lost”) sebagai James; Travis Wilingham (“Ultimate Spider-Man”) sebagai Raja Roland II; Jess Harnell (“Doc McStuffins”) sebagai Cedric; Ashley Eckstein (Star Wars: The Clone Wars”) sebagai Mia the Bluebird dan Meghan Strange (“Special Agent Oso”) sebagai Robin. Lagenda Disney, Russi Taylor (Minnie Mouse), Barbara Dirickson dan Tress MacNeille (Daisy Duck) menghidupkan watak Fauna, Flora dan Merryweather. Watak Cinderella pula menggunakan suara Jennifer Hale.

Craig Gerber (“Pixie Hollow Games”) menghasilkan filem ini dan bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama dan penyunting cerita. Jamie Mitchell (“Special Agent Oso”) ialah penerbit eksekutif dan pengarah. John Kavanaugh (“Winnie The Pooh: Springtime with Roo”) bertindak sebagai penulis lagu/ pengarah muzik dan Kevin Kliesch (“Tangled Ever After”) pula adalah composer. “Sofia the First: Once Upon A Princess” dikeluarkan oleh Disney Television Animation.


Mengenai Disney Channels Asia Tenggara
Disney Channel Asia Tenggara bertanggungjawab untuk pengurusan, pembangunan kreatif dan operasi komersial saluran yang dimiliki oleh Disney, merangkumi semua platform media di Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Brunei, Palau, Papua New Guinea dan Filipina). Perkhidmatan utamanya, Disney Channel ialah siri televisyen 24 jam yang tertumpu kepada dunia kanak-kanak dan keluarga mereka melalui siri dan filem original. Disney Channel boleh ditonton oleh berjuta penonton di seluruh dunia melalui satelit dan kabel. Disney Channel adalah sebahagian dari Kumpulan Televisyen Disney/ABC.

Tak lama lagi siri kartun bersiri pula akan ditayangkan pada bulan Julai nanti. Pastikan anda sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan aksi Sofia & kawan-kawannya:)
Tataaa..nak berangan jadi princess jap..Anak aku Husna tu cukup sukakan princess Sofia..Husna sekarang ni the only princess dalam family kami ni:))

2 ulasan:

Nurhayati berkata...

zara dah paw tok abah dia beli dvd lagi. bab2 princess ni dia mmg laju. suka sangattt

Eliss berkata...

sama mcm nuha la. tak abes2 princess:P

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^