Semalam baru aje sampai dari kampung halaman, sekejap sahaja kami balik iaitu bertolak malam Jumaat & malam Ahad sudah bertolak balik ke sini balik. Alhamdulillah, traffic memang lancar, sekejap sahaja dah sampai ke kampung. Musim cuti sahaja yang makan masa berbelas-belas jam duduk dalam kereta:P
Tujuan utama balik kampung adalah untuk menjengah ayahanda. Syukur sangat-sangat ayah dah beransur baik walaupun keadaan ayah sudah tak sama macam dulu. Doktor nasihatkan supaya ayah banyakkan berehat & berhenti merokok. Sekarang ini ayah kena bergantung dengan ubat-ubat dari hospital, sesuatu yang jarang berlaku tapi aku syukur sangat-sangat kerana ayah masih bertenaga untuk bangun menguruskan diri sendiri. Terima kasih Allah kerana masih memberikan kekuatan kepada ayah walaupun usia ayah sudah mencecah 81 tahun hari ini. Insya Allah, aku akan sentiasa doakan semoga ayah panjang umur & diberikan kekuatan untuk beribadat kepadaNYA. Terima kasih juga buat kawan-kawan yang mendoakan kesihatan ayah aku. Walau kita tak pernah betemu, tapi kalian semua sungguh baik:)
Hari Sabtu yang lepas sempatlah aku & en suami merasa melintas sempadan Sungai Golok untuk ke Tak Bai, Thailand. Adik ipar aku yang jadi tukang tunjuk jalan. Hihihi Kali ni aku bawa Azzam je sebab tak boleh nak bawa semua sebab susah nak naik turun bot. Lagipun Azzam kan menyusu badan so susah kalau nak tinggal lama-lama dekat orang lain. Anak-anak aku; Haziq, Husna memang suka aje duduk rumah nenek mereka di Tumpat (rumah mak mertua aku) so takde masalah nak tinggal! Ashraf pula kami tinggalkan senyap-senyap, ok je duduk dengan "Mok" (panggilan kepada nenek mereka) upah dengan ais krim terus lupa dekat mama & papa!
Kalau nak pergi ke Sempadan Siam kena keluar awal sedikit sebab cuaca di Kelantan sekarang ni panas, pukul 8 pagi pon cahaya matahari dah terik sangat-sangat! Kami naik perahu di Pengkalan berdekatan dengan Pejabat Kastam Pengkalan Kubur. Entah apa nama tempatnya, rata-rata penduduk tempatan semua naik di sini. Penduduk tempatan ramai juga yang berulang alik ke Tak Bai untuk mendapatkan bekalan mentah seperti buah-buahan, ikan & barang-barang yang lain kerana harganya yang sedikit murah berbanding dengan harga di Kelantan sendiri. Tapi ada beberapa barang kawalan seperti beras & beras pulut yang tidak boleh dibeli secara banyak kerana ianya adalah barang kawalan so jangan nak mengada nak beli beras Siam banyak-banyak, nanti kena tangkap dengan Kastam pula! :P
sawadikap!! from Siam with Love:)
Antara barangan yang menarik perhatian aku adalah durian. Kat situ durian kunyit yang kecil-kecil hanya RM3 sekilo. Sempatlah beli sedikit untuk merasa. Selain itu, ada buah rambutan, laici, jambu, mangga, manggis & macam-macam lagi..Aduh! memang terliur melihatkan buah-buah yang gemok-gemok belaka tu tapi memandangkan susah untuk dibawa, aku hanya beli mana yang berkenan sahaja:) Insya Allah, kalau berkesempatan balik kampung, boleh pergi lagi!
Sempatlah juga aku merasa makan makanan orang Siam iaitu pulut ayam! Ayam goreng dia sedap weh! teringat-ingat lagi ni..Harga pon takderlah mahal sangat, dalam RM2 sebungkus. En suami pula makan nasi yang warna kuning tu, sedap juga sebab terasa rempah dalam nasi tu! RM2.50 sebungkus.
Inilah rupa pulut ayam tu; ada pulut, ayam goreng, bawang goreng & juga air cili yang rasanya manis-manis macam sos pencicah.
Dalam pukul 11.30 pagi kami dah balik, mana boleh nak duduk lama-lama weeeii, sebab duit pon dah habis buat beli barang-barang yang menarik di sana..hihihi Memang satu pengalaman baru yang tak dapat aku lupakan sepanjang menjadi anak Klate. Kalau dah berkahwin dengan orang Tumpat tu, tak sah rasanya kalau tak mencuba menyeberang ke Sempadan Siam! Tengoklah Azzam tu, kecil-kecil dah masuk Thailand:)
Peringatan : Ini hanyalah sekadar perkongsian pengalaman aku sendiri merasa kehidupan orang Sempadan Siam yang tak jauh berbeza dengan kehidupan penduduk tempatan di Kelantan sendiri. Memang ramai yang tak berani ke Sempadan Siam atas-atas faktor keselamatan so segala risiko kena tanggung sendiri ya..So far Alhamdulillah tiada apa yang pelik berlaku di sana:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan