Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 3 Julai 2013

Bila Anak Beranak Suka Makan Berkumpul

 Assalamualaikum,

Ini kisah hari Ahad yang lepas. Aku sekeluarga ke Kuala Selangor ke rumah Abang Sir dan Kak Mar untuk perjumpaan adik beradik belah en suami. Ramai lagi adik beradik yang datang hari tu termasuklah Mat Nor dan isterinya Azma yang datang dari Kelantanlagi. Adik beradik yang lain semuanya tinggal area Kuala Lumpur dan memang selalu pun berjumpa. Biasalah kami semua hantu makan jadi bila dah berkumpul, macam-macam makanan akan ada.

Pada yang dah lama mengikuti blog aku pasti akan tahu menu utama kami sudah pastinya nasi kerabu. Pergilah rumah siapa pun pasti menu ini akan terhidang. Jom layan gambar-gambar makanan supaya boleh bikin perut berkeroncong!


 Nasi kerabu dipadankan dengan bawang jeruk dan petai jeruk. Bagi yang tidak biasa memakannya bolehlah cuba.


Kuala Selangor memang terkenal dengan sumber hasil tangkapan ikan mahupun hidupan laut yang segar seperti kerang. Baik dibakar atau direbus, menjadi rebutan kami anak beranak, cicah pula dengan air lada..perghhh *jangan ada sesiapa yang puasa sudahler*


Inilah solok lada, memang comot je sebab al maklumler tukang sumbat (akuler tew) buat kerja nak cepat sahaja..hihi Tengah-tengah menyumbat solok lada, Abang Sir cadangkan supaya aku membuat awah (inti) solok lada beku untuk jualan..Waaah bagus bagus, sukanya bila dikelilingi oleh insan yang suka memberikan idea bernas bagi aku menambah pendapatan. Memasak memang kesukaan aku. Insya Allah satu hari jika diizinkan Allah, sekarang ini, masak untuk anak-anak jelah dulu


Ini pula sosej yang didatangkan dari Siam mari. Sungguh sedap kerana didalam nya ada pulut dan rasa pedas-pedas sedikit. Adik ipar aku memang suka ke Tak Bai mencari makanan dan buah buahan dari sana:)


 Ada pula sup kaki ayam sumber kolagen terbaik..Aku bukan penggemar kaki ayam tetapi sejak berkahwin dengan en suami, aku didedahkan dengan dunia kaki ayam. Anak-anak pun semua sukakan kaki ayam sampai berebut kalau aku masak sup atau goreng begitu sahaja!


Jagung segar dibuat bubur. Ini juga menu kesukaan anak-anak. Bertambah-tambah mereka makan.

Ada lagi makanan yang tak sempat diambil gambarnya untuk tujuan populariti. Malu juga jika dikatakan keluarga apakah ini? Nagakah semuanya sebab makan banyak sangat..hihihi

Insya Allah semoga ukhuwah di kalangan kami adik beradik akan terus mekar berkekalan. Anak-anak suka bila bertemu dengan sepupu-sepupu mereka. Kesian Haziq kerana disisihkan Husna. Maklumlah sepupu yang sudah besar ramai yang perempuan jadinya Haziq tiada kawan untuk bermain. Kalau ada Ashraf pun masih belum kenal erti apa-apa..HAHA

Oklah..lapar pula aku bila tengok gambar makanan ini. Bye!

3 ulasan:

NrlAidaHml berkata...

wahh sedapnya makanan ni semuaa..mesti diorang pon makan puas kan kak Zaila..

Tanpa Nama berkata...

Mtk resepi solok kak...

Tanpa Nama berkata...

Mtk resepi solok kak...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^