Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 2 Julai 2013

Bina Blog Ibarat Menyimpan Duit Di Bank Maya

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak bercerita tentang blog dan apa kaitnya dengan menyimpan duit di bank maya. Pada yang masih belum mengenali apa itu blog, ini adalah tafsiran En. Wikipedia mengenai blog

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makananpolitik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teksimej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.


Sebenarnya ada bermacam cara untuk menjadikan blog kita sebagai sebuah bank alam maya namun di sini aku nak fokuskan tentang Nuffnang sahaja memandangkan aku juga seorang blogger yang telah mendaftar sebagai ahli Nuffnang selama hampir 4 tahun juga lah. Sepanjang berblogging, sudah dua kali juga aku cash out duit dari akaun Nuffnang ini (boleh refer entri ini : Alhamdulillah Rezeki Blogging Lagi). Penantian selama bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil juga. Ibarat kita menabung di dalam bank tanpa memerlukan sedikit modal pun, yang penting perlu ada kesungguhan dan kesabaran menanti duit bertambah:)

Bagi yang berminat untuk "menabung" di dalam akaun Nuffnang, boleh cuba bina blog dan mendaftar sekarang. Tidak perlu bayar apa-apa pun, hanya perlu ada sebuah (atau lebih) blog sebagai medium untuk meletakkan kod iklan Nuffnang. Macamana nak daftar? Boleh klik sini (http://www.nuffnang.com.my/blogger/register) dan ikut sahaja langkah-langkah untuk meletakkan kod iklan di dalam blog.


Dengan mendaftarkan diri dengan Nuffnang, selain daripada dapat bayaran, kita juga berpeluang untuk join mana-mana aktiviti yang pengiklan anjurkan. Aku juga banyak kali juga pernah pergi ke event yang Nuffnang buat untuk Mister Potato, Astro Beyond dan banyak lagilah. Peluang untuk dapat tiket wayang percuma pun banyak juga dapat cuma kadang-kadang tak berkesempatan nak pergi sebab lokasi dan masa yang tak mengizinkan. Selain itu, kita juga berpeluang untuk memberikan pandangan peribadi dan mencuba sendiri pengalaman menggunakan produk baru seperti alat telekomunikasi, peralatan elektrik, barangan harian dan macam-macam lagilah. Memang best bila jadi blogger ni sebab kesemua benda ni kita akan dapat sekiranya pandai menggunakan peluang yang ada di hadapan mata.

TAPI

Mestilah ada syaratnya kan? Kalau nak dapatkan hasil lumayan, mestilah kena ada usaha. Tiada gunanya juga kalau daftar jadi ahli Nuffnang tapi blog senyap tidak berupdate. Seperti yang pernah aku katakan dulu, kalau blog kita diumpamakan sebuah kedai yang buka sekejap tutup memanjang, macamana pelanggan nak datang kan? Dalam kes ini pelanggan adalah para pengiklan (syarikat-syarikat besar) yang senantiasa mencari blog-blog yang trafiknya tinggi untuk mereka sewa sebagai tempat untuk meletakkan iklan mereka. Zaman sekarang, ramai anak-anak muda, surirumah, pelajar-pelajar suka melayari internet dengan membaca blog. Tak kisahlah blog itu berkisar tentang apa tapi sekiranya kita pandai menjadikan blog kita menarik, sudah tentu akan ramai orang datang membacanya setiap hari:)

Ok berbalik kepada menabung dengan Nuffnang, macamana kita boleh tentukan duit yang ada adalah dengan melihat di bahagian akaun MyNuffnang di mana di sini kita sebagai seorang blog manager kita dapat melihat sendiri senarai pengiklan yang meletakkan iklan di blog kita dan berapa bayaran yang dibayar untuk setiap kali ada orang masuk blog kita. Setiapkali tempoh iklan berakhir, jumlah duit akan dikreditkan ke dalam akaun kita. Lagi lama tempoh iklan diletakkan di dalam blog kita adalah lagi baik sebenarnya kerana jumlah duit yang terkumpul akan bertambah dari hari ke sehari bergantung kepada pelawat unik yang singgah ke blog kita.


Apabila akaun sudah cukup RM50, kita boleh cash outkan duit bayaran dengan menekan butang cash out. Tapi perlu diingat bahawa RM1 akan dikenakan sebagai bayaran pemprosesan. Lagi satu, kena tunggu dalam sebulan lebih juga sebelum dapat cek daripada Nuffnang. Pastikan alamat yang kita berikan adalah alamat yang betul kerana kalau salah hantar, korang juga yang rugi..hihihi

Pada yang ingin menikmati hasil yang banyak boleh tunggu sehingga angka bayaran mencecah ratusan mahupun ribuan ringgit tapi itu semua bergantung kepada usaha kita juga. Pendek kata tiada jalan singkat untuk berjaya. Nantikan aku akan kongsikan tips-tips untuk menaikkan trafik blog supaya dapat menarik lebih ramai pembaca.

Kelas asas blog dan fanpage anjuran aku masih lagi berlangsung dengan pertambahan seorang lagi pelajar semalam. Alhamdulillah, seorang bekas pensyarah yang kini surirumah sepenuh masa sanggup bersedia untuk memulakan sebuah kisah yang baru yang akan diabadikan di dalam blognya. Nantikan kemunculan insan hebat ini. Pada surirumah di luar sana yang berminat untuk berblog dan mencari duit sampingan dengan berniaga bolehlah hubungi aku dengan cara :

Email : zailamohamad@yahoo.com
PM sms/whats app : 012-3228651
Facebook/Zaila Mohamad

Insya Allah aku akan bantu tunjukkan cara-cara untuk menggunakan blog dan facebook sebagai medium untuk berniaga. Yang penting perlu ada keinginan dan usaha. Boleh lihat protege pertama aku yang dulu merupakan pelanggan tetap aku tapi kini sudah rancak berniaga barangan sendiri dan menjadi ejen dropship juga. Alhamdulillah, tiada apa yang lebih menggembirakan diri ini apabila dapat melihat kawan-kawan dapat menaikkan taraf hidup masing-masing dengan berniaga. Boleh singgah baca blog protege aku di sini :

1) http://wanrokiah.blogspot.com/ atau www.facebook.com/Kedaionlinecikroki
2) http://kedaimesracikyan.blogspot.com/
3) AidaBawal Online

Alhamdulillah sejak mereka berani menceburkan diri untuk berniaga, semakin ramai yang mengenali produk hasil jualan mereka. Semoga terus sukse dalam perniagaan masing-masing.

Pada yang berminat, jangan tunggu lagi. Hubungi aku sekarang:)


1 ulasan:

WAN ROKIAH berkata...

bukan setakat beli produk dan pelanggan makin bertambah..
tapi makin ramai yg minta bantuan utk promosikan brgan mereka...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^