Assalamualaikum,
Alhamdulillah masih diberikan waktu untuk update blog. Sabtu dan Ahad memang seharian aku meluangkan masa bersama keluarga. Hari Sabtu adik ipar memberitahu untuk datang ke rumah untuk tengok perlawanan bola di "stadium mini" Shah Alam (rumah aku ler). Aku bukan peminat tegar bola sepak, sekadar minat-minat gitu aje, sebenarnya tak suka tengok bola sebab tak nak terima kekalahan (terutamanya bila dah masuk final) tapi layankan aje bagi memeriahkan suasana:P
Bila tetamu nak bertandang, haruslah otak ligat memikirkan menu sebagai hidangan untuk tetamu. Kebetulan ada pula pek segera nasi arab pemberian adik ipar perempuan aku. Tapi aku ubah sedikit resepi di kotak yang beresudahan menjadi seperti nasi daging. Hihi Apa-apa jelah labu..janji rasanya sedap dan boleh diterima anak tekak:)
Nasi arab eh! nasi daging yang berjaya dimasak pada petang sabtu. Dalam pes segera itu sudah disediakan beras dan rempah tumis. Aku hanya ikut sahaja langkah demi langkah yang ditulis di luar kotak tu. Senang! Lepas ini bolehlah beli lagi:)
Lepas itu, tak sah kalau tak masak lauk-pauk untuk dimakan bersama dengan nasi kan. Memenuhi hajat adik ipar, aku masakkan gulai daging buat kali kedua kerana sebelum tu dah pernah buat tapi untuk kawan aku dari office lama dulu. Bila aku upload gambar dalam facebook, eh terliurlah pula kata adik ipar aku so kalau barang ada, sekejap sahaja dah siap untuk dihidang!
Alhamdulillah malam itu TRW menang 1-0 mengatasi JDT. Amboiii bukan main lagi suka oghe-oghe Klate yooo..Sesekali tergelak juga bila baca status-status yang ditulis di facebook. Kalah menang adat permainan, mungkin hari ini TRW menang mungkin lain kali tidak menang. Begitulah adat bertanding. Moga kita menjadi orang yang bijak untuk mengawal diri dalam mengata / menuduh pihak lawan.
Oklah, esoknya hari Ahad seharian kami di Kuala Selangor bersama-sama adik beradik en suami bersuka-suki makan-makan pula. Nantikan update yang lain. tata!
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan