Assalamualaikum,
Masih lagi cerita tentang rumah terbuka. Maklumlah raya kan sebulan, kalau di sini (Shah Alam & Kuala Lumpur), sampai tengah malam pun ada yang akan bertandang. Sungguh berbeza dengan budaya kami di Kelantan yang hanya menyambut raya Aidilfitri pada hari raya pertama dan kedua sahaja.
Tapi bukan tak elok tau, bagus juga sebab musim inilah kita nak saling kunjung mengunjungi. Bulan inilah biskut raya akan sentiasa terhidang di atas meja (errr tapi bukan rumah aku ya, rumah aku takde biskut raya tapi ada kerepek raya..ngeeee). Kalau bulan inilah tuan rumah tak akan marah kalau tetamu nak bertandang ke rumah. Insya Allah, tetamu datang rumah kan bawa berkat jadinya kenalah bersyukur tau;)
Oklah, ada ramai juga kawan-kawan yang bertanya macamana caranya untuk mengadakan majlis makan-makan tanpa menggunakan khidmat tempahan catering. Ada orang memang puas hati kalau masak sendiri dan ada juga lebih suka tempah dengan katering kerana senang & tidak memenatkan. Aku ni tergolong dalam golongan yang suka sediakan sendiri semua menu, jadinya di sini aku kongsikan beberapa tips yang selalunya aku buat sebelum & selepas majlis.
1) Selalunya idea nak buat rumah terbuka datang secara spontan. Kadang-kadang mula-mula tu hanya ada seorang dua kawan yang mahu bertandang ke rumah tapi selepas itu bila difikirkan kembali, baik masak lebih sedikit dan ajak kawan-kawan yang lain. Jadinya aku akan menghantar whats app jemputan beraya kepada no telefon kawan-kawan. Pastikan kita tanya samaada mereka boleh hadir atau tidak..hihihi Kawan aku cakap dah gaya hotel aje nak kena balas jemputan tapi dengan buat macam ni sekurang-kurangnya kita sudah boleh bersedia untuk membuat kiraan berapa bahan mentah yang perlu dibeli. Kalau terlebih congak tak apa, jangan terkurang!
2) Kalau dulu masa bekerja aku akan pastikan tarikh yang dipilih pada hari Sabtu jadinya Jumaat aku akan ambil cuti atau kalau buat hari Ahad, Isnin aku akan ambil cuti. Bukan apa, penat juga untuk kemas segala sampah sarap yang terhasil..hihi Oh! Kalau boleh carilah bantuan bibik eh! bukan..carilah pembantu seperti kaum keluarga terdekat supaya nanti kita tidak kelam kabut untuk menyiapkan semua benda. Selalunya sehari sebelum tu aku akan upah acik cleaner datang bersihkan rumah dahulu. Kemudian en suami pula ditugaskan membeli barangan (kena buat senarai siap-siap) dan bila adik-adik ipar datang, silalah bagi senarai tugasan yang perlu dibuat..HAHAHA kejam tak? kejam tak? :P
3) Selalunya bergantung kepada menu apa yang ingin dihidangkan. Malam tu aku akan siapkan sebahagian lauk-pauk yang senang untuk dibuat. Contohnya kalau laksam tu bolehlah buat kuah dahulu pada malam harinya kerana esok tinggal nak panaskan sahaja. Tahun ini aku beli laksam & laksa yang telah siap dijual di Pasar Borong Selangor (errr sebenarnya adik ipar aku yang tolong belikan) hihihi Kalau buat menu nasi berlauk pun, kalau boleh siapkan dulu sebahagian lauk-lauk yang senang. Oh! Malam tu juga aku perapkan ayam dengan rempah ratus untuk dijadikan ayam berempah.
4) Pastikan bekas-bekas yang nak digunakan untuk menghidang lauk-pauk kepada tetamu telah siap dibasuh. Selalunya bekas-bekas ini aku aku bungkus dalam plastik hitam dan bila nak pakai hanya keluarkan sahaja, tak payah nak basuh lagi kerana ianya sudah bebas dari kotoran dan debu. Tapi kalau pinggan mangkuk dalam kabinet kenalah basuh balik kerana ada banyak lipas dalam tu..huhuhu
5) Waktu pagi tu kenalah siapkan apa-apa yang patut seperti sediakan tempat untuk meletak makanan, goreng ayam, susun meja dan kerusi & kena siapkan sejam sebelum tetamu tiba. Tapi kes aku ni dalam jemputan tulis pukul 2 petang tapi dalam pukul 11 pagi dah ada yang datang :) Kelam kabut nak bersiap..hihi Takpelah, bukan selalu orang datang rumah kita tak mandi lagi:P LOL
6) Sebelum majlis bermula pastikan juga segala pinggan, cawan, sudu, garfu dan plastik sampah mencukupi. Hihihi Haritu en suami terbeli plastik sampah yang kecil lepas tu kelam kabut dia pergi kedai beli yang lain..Herm, memang macam tulah perangai suami aku..huhuhu Suka sangat singgah tabur duit di Econsave tu :P
7) Kalau nak tambah menu contohnya kuih-muih ke, kek ke, pastikan kita tempah dengan mereka yang boleh membuat penghantaran terus ke rumah. Bukan apa, pernah terjadi pada aku pada hari kejadian kelam kabut nak ke rumah tukang buat kek sebab nak ambil kek, agak memenatkan di situ. Jadi, ada baiknya kita bayar mahal sedikit tapi kita dah tak payah nak keluar, start enjin kereta dan pergi mengambil tempahan di rumah si pembuat!
8) Semasa majlis berlangsung memang kena selalu tengok apa yang ada, apa yang perlu ditambah, pendek kata memang tak sempatlah tuan rumah nak berborak panjang. Memang kasihan dengan tetamu tapi nak buat macamana, apa-apa kelemahan yang datang dai tuan rumah harus di abaikan. Hihihi
9) Sentiasa bersiap sedia dengan "back up plan" sekiranya berlaku pertambahan tetamu tanpa diduga, selalunya aku akan beli sesuatu yang senang untuk disediakan dalam masa yang cepat. Contohnya mee goreng atau spaghetti segera:) Kalau untuk kanak-kanak pula boleh sediakan nugget atau kepak ayam buat mereka:)
10) Apabila majlis sudah tamat, memang memenatkan jadi segarakan mengemas apa yang patut dahulu. Selalunya aku akan mengemas dan membasuh bekas-bekas yang digunakan sedikit demi sedikit, maklumlah kena jaga seisi rumah jadinya kena pandai curi-curi masa setelkan apa yang perlu di selesaikan dahulu.
Oklah, itu sahaja agaknya tips-tips yang boleh dikongsikan. Pada yang bertanya macamana nak congak makanan berdasarkan tetamu, aku guna pakai tips ini ; mula-mula tu masak nasi untuk seperiuk elektrik (dalam 8 cawan) kemudian apabila nasi sudah separuh, kalau masih tengahari tambah lagi masak nasi dalam kuantiti yang sama, lepas itu kalau sudah melepasi pukul 4 petang, sekiranya nasi sudah tinggal sedikit, masak lagi cuma kurangkan kuantitinya kerana bila menganjak malam, tetamu akan mula berkurangan dan mereka pun rata-rata sudah ramai yang kekenyangan juga:)
Jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambil masa awal-awal majlis. Niat dihati konon nak bergambar dengan semua tetamu yang datang terkubur begitu sahaja memandangkan aku yang suka buat-buat sibuk..Hihihi Lagipun badan dah GEMS (singakatan gemuk) lagi membuatkan diri ini tak suka bergambar:P
Inilah dia tetamu terhormat yang mula-mula mencemar duli, Pn Rokiah & juga kak Ann yang merupakan protege kelas asas blog & fanpage aku. Dari jauh mereka datang dihidangkan dengan nasi kerabu dan laksam, semoga kenyang hendaknya!
Ini pula kawan-kawan di zaman matrikulasi dahulu (tahun 2000) iaitu di KTT, Dungun. Lama betul tak jumpa, masing-masing sudah beristeri dah!
Ini pun sama, presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KTT Dungun & isterinya Dr. Murni yang merupakan teman sebilik aku di sana. Alhamdulillah percintaan di alam pengajian matrikulasi membawa kepada alam perkahwinan. Malas nak cerita lebih-lebih, nanti #laritutupmuka pula kawan aku ni :P
Selepas itu menyusul datang kawan-kawan sepejabat en suami. Dari pagi sampai ke petang ada tetamu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih buat tetamu yang hadir dan juga adik-adik ipar yang datang menolong. Tanpa korang tak berjaya majlis ini:)
Oklah, lepas ni sedang merancang majlis untuk sanak saudara pula, hermmm rasa macam nak buat bbq sahaja..Bestnya! Tata
Salam kasih sayang buat semua
Ruang pengiklanan di SOHO Directory masih lagi dibuka. Sebanyak lebih kurang 100 blog (dan akan bertambah) yang akan menyiarkan iklan anda. Tempah sekarang dengan hubungi melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
whats app / sms : 012-3228651
facebook : zaila mohamad
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Memaparkan catatan dengan label open house. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label open house. Papar semua catatan
Khamis, 29 Ogos 2013
Selasa, 11 September 2012
Jamuan Raya
Assalamu'alaikum,
Fuuh banyak hari juga aku mendiamkan diri eh? Penangan buat makan-makan untuk bekas teman sekerja aku dulu..Eh bukan satu office aku jemput..jemput yang gegirl-gegirl aje..Maklumlah sebulan dah tak jumpa since aku berhenti..Lagipon sape suruh beli rumah dekat dengan tempat kerja kan?? Kan dah kena serbu:P
Aku buat tengahari Jumaat lepas, senang..time lunch hour diorang pakat datang ramai-ramai serbu rumah aku..sampai penuh & kena beratur time nak ambik nasi..hikhik..Next year kena buat khemah depan rumah ya *over*
Aku masak simple je; nasi berlauk & makaroni goreng..nasi berlauk tu buat gulai ikan aye, acar jelatah, ayam goreng, sambal lada & ulaman..Semuanya versi aku iaitu versi masak campak-campak sajork:P
Alhamdulillah cukup untuk tetamu & ada lebihan buat breakfast pagi esoknya..Selalu konpem terlebih congak sampai membaziq..tapi tahun ni buat ala kadar je..
jemput makan semua..pasni boleh dah buka catering..errrr ada sape-sape berani nak buat tempahan tak??
hak ni by request..ada member dok cakap nak rasa makaroni bakar versi aku so..ting! siap!! Alhamdulillah ramai yang suka:)
Pada member-member yang dok tengok gambar ni, jangan terasa uols yaaa..bukan tak nak ajak tapi buat pon ala kadar sajork..Pada sesiapa yang nak merasa makan nasi berlauk, meh meh calling-calling aku set time datang rumah..sila-sila jangan malu..raya kan sebulan:P
Oklah bye uolsssssss

Selasa, 27 September 2011
Terima Kasih
Alhamdulillah, akhirnya selamat juga majlis yang aku buat last minute & secara tak sengaja & tanpa planning yang betul..Semua main redah je..Al-kisahnya macam ni..memang ikutkan hati aku tak nak buat open house or lagi bagus kita cakap majlis kesyukuran Aidilfitri tapi dek kerana dah biasa buat (hampir tiap-tiap tahun buat menu yang sama iaitu nasi kerabu je) so ramailah mulut-mulut yang bertanya..Bukan setakat kawan-kawan, adik beradik pun sama..so aku pun bercadanglah untuk buat tapi kali ni nak limitkan undangan..ingat nak ajaklah member-member blogger & kawan-kawan aku yang tak pernah jejakkan kaki lagi ke rumah kami ni..Tapi biasalah kan, bila dah merancang tu, rasa macam tak elok je kalau tak ajak kawan-kawan seopis so daripada beberapa undangan terus bertambah-tambah..
Nak pula sekarang ni kita boleh create event dalam facebook, lagilah senang kita nak budget siapa yang datang & siapa yang tak boleh kan..Tapi biaserlah, kita hanya merancang..Allah yang menentukan..Ada ramai juga memeber-member yang awal-awal confirm nak datang tapi tak dapat datang dek kerana kesempitan masa..Takpe, aku faham sebab aku pun pernah alaminya..Maklumlah undangan memang banyak & sebolehnya kita nak pergi semua tapi nak kena tengok keadaan jugak kan..Mungkin ada hikmahnya juga sebab kalaulah semua yang aku invite tu datang, mahunyapecah bersempit-sempit dalam rumah aku yang sememangnya ehem ehem tak berapa nak luas tu:P & mungkin juga makanan tak cukup sebab masa malam tu adalah balance sikit-sikit & kalaulah semua datang..aku boleh imagine aku mesti kena tebalkan muka hidang teh O ngan biskut kering pada tetamu..huhuhu
So pada yang tak datang tu..takpe, moga lain waktu kita ketemu juga..Aku memang suka bila orang datang rumah ni & pasni kalau nak datang tu, set masa betul-betul & kita boraklah sampai pengsan:P
Pada yang datang, terima kasih yang tak terhingga..Aku tak tahu nak cakap apa sebab aku malu ngan korang-korang..sebab sampai satu masa tu orang ramai sangat sampai aku dah tak terlayan, naseb baiklah tetamu aku ni masing-masing pandai bawa diri..Hahaha..sorry sangat-sangat..Harap korang janganlah serik datang rumah aku ya;)
Oklah, aku nak cerita serba sikit pasal jamuan hari Sabtu lepas (24/09/2011)..Menu utama of courselah nasi kerabu diraja yang dimasak penuh kasih sayang;), then ada laksam pun dimasak dengan penuh kasih sayang *ayat tak boleh blah* spagetthi, pastu aku adalah tempah soto sket & air sarsi..pencuci mulut tak sempat nak sedia pun cuma adalah tembikai & koktail yang adik ipar aku buat..Sekali lagi mintak maaflah kalau ada yang terkurang k!!
Dalam invitation aku buat kat facebook tu aku tulis jamuan start pukul 2.30 petang sebab takut xsempat nak masak kan..tapi seawal pukul 11 pagi lagi dah ada yang datang..Alhamdulillah abang aku dari Pahang datang sekeluarga untuk jadi orang pertama yang merasmikan nasi kerabu aku..tapi diorang duduk sekejap sahaja & pukul 1230 dah gerak balik Bera sebab ada waris kakak ipar aku nak bertandang..Walau sekejap tapi cukup membuatkan hati aku gembira;-)
Lepas tu aku ke Seksyen 10 Shah Alam sekejap untuk ambil tempahan soto tu..Sampai je rumah kelam kabut kemas rumah, keluarkan meja & kerusi segala pastu terkejut boboi bila member blogger Lynn datang..Hehehe..sorry ye Lynn kalau masa ko datang tu aku kelam kabut sket..kejap sudu takdelah, kejap itu takdelah, ini takdelah..kalau aku pakai catering takyah nak pening-pening kan:P by the way, nanti sms kat aku address rumah ko ya, aku nak kurierkan cekakmusang rambut anak dara ko tu..Seb baik en suami perasan..kalau tak, aku takut anak-anak aku patahkan aje..huhuhuhu
Herm, masa Lynn ada aku memang tak teringat langsung nak ambil gambar..bila balik baru teringat..herm..memang macam ni bila blogger bertemu blogger *bunyi cengkerik* Oklah, jom layan gambar yang sempat aku & Haziq ambik on that day..Sorry kalau gambar tak clear..al maklumler aku ni memang tak pandai nak ambil gambar yang fokus betul-betul..harus beli dslr ni *eceh*
dari kiri Azan (biras aku), Jamal si pemalu kucing (adik ipar suami pada Azan) & Mokla (adik ipar bongsu)
Entah angin apa ntah Haziq tu pakai baju melayu pakai cap..rappers Malaya kot:P masa ni keluarga ipar aku dari Kuala Selangor datang..penuh 1 rumah;)
Ashraf bam-bam yang kena export ke nurseri..mama minta maaf sangat-sangat ya babab..bukan apa, kalau Ashraf ada aku tak boleh konsentrat buat kerja so senang hantar dia duduk di bawah jagaan pengasuh konpem tido cukup perut kenyang;)
masa ni geng-geng pengasuh taska datang..memang penuh satu rumah..tengoklah HUsna duduk ngan cikgu dia
kat atas tilam biru tu adalah pusat latihan baby..hahaha sebab ramai juga baby-baby yang datang..nampak tak blogger Farah tu?? make gapo tu?? rupa-rupanya haritu ada siri jejak kasihan lah plok..suami pada farah ni berjumpa dengan budak sekolah dia dulu yang merupakan isteri pada budak opis aku..Hai..kecik kan dunia ni??
masa ni penuh dengan tetamu..geng yang duduk tengah-tengah tu adalah kawan aku zaman matrikulasi kat Dungun dulu..adalah hampir 5~6 tahun tak jumpa..datang jauh dari Triang Pahang tu..hehehe takderlah..memang dia tinggal di Triang tapi kebetulan minggu tu dia mai berjalan-jalan carik pasal ke rumah adik dia di Bukit Naga so aku jemputlah semua sekali mari rumah aku *tu fasallah penuh rumah aku tu*
Thanks ya McNor sudi datang & sorry kalau aku tak sempat nak layan mung..dahlah tak dan pun nak pegang baby mung..huhuhu..apolah aku ni;( takpolah..next time kalu mari Shah Alam ni, singgahlah lagi ya..
Pastu ada sore lagi member aku masa zaman matrik datang..pun terpaksa bawa diri sorang-sorang sebab aku takdan nak layan..my bad..herm..memang rasa ralat sangat..takpelah Nuar *macamlah dia baca blog aku* next time ya:P
ni pulabibik adik ipar aku yang memang terbaik ah!! memang rajin bab-bab mengukus laksam..habis dia terus top up..terbaik dari ladang..ada sape-sape nak pinjam??hahaha
yang bagusnya, walaupun masing-masing saling tak mengenali tapi boleh berbual mesra..boleh mengeratkan tali silaturrahim lagi..dok gitu??
Thanks ya Farah mari rumah kak ila..masuk ni dah 2 kali dia datang..first mari tengok baby Ashraf dulu..tengoklah Ashraf tu..nak ngorat kakak Maryam kali:P
gambar ni Haziq yang ambik..Husna tertidur tengah-tengah ruang tamu & Aishah (anak Jamal) tengah makan cawan plastik..tolong!! takde sape-sape perasan ko?? hahahaa
ni pula sepupu aku merangkap teman sepermainan aku untuk cari ikan sepilar di zaman hingusan dulu..datang pun dah petang & siap bawak awek tuuuuu..Kak Na, lepas ni buleh menantulah MokSu Peah kito:P Haziq memang kamceng ngan sepupu aku ni sebab masa en suami outstation ke Vietnam dulu aku selalu juga ajak dia tidur kat rumah buat teman aku anak-beranak
lewat petang jiran sebelah taman merangkap blogger Iswatie datang berkunjung..hehehe thanks ya Watie..sanggup singgah rumah aku..sorrylah kalau hujung-hujung tu makanan dah tak semengah..soto tu makan ngan kuah sejuk dah..takde sape nak tolong panaskan..
ni pula jiran sebelah rumah aku MR & Mrs Shanker..hak paling bestnya wife dia ni asal orang Kelantan..duduk pula kat Tumpat..memang orang kampung en suami ah;)
Nak pula sekarang ni kita boleh create event dalam facebook, lagilah senang kita nak budget siapa yang datang & siapa yang tak boleh kan..Tapi biaserlah, kita hanya merancang..Allah yang menentukan..Ada ramai juga memeber-member yang awal-awal confirm nak datang tapi tak dapat datang dek kerana kesempitan masa..Takpe, aku faham sebab aku pun pernah alaminya..Maklumlah undangan memang banyak & sebolehnya kita nak pergi semua tapi nak kena tengok keadaan jugak kan..Mungkin ada hikmahnya juga sebab kalaulah semua yang aku invite tu datang, mahunya
So pada yang tak datang tu..takpe, moga lain waktu kita ketemu juga..Aku memang suka bila orang datang rumah ni & pasni kalau nak datang tu, set masa betul-betul & kita boraklah sampai pengsan:P
Pada yang datang, terima kasih yang tak terhingga..Aku tak tahu nak cakap apa sebab aku malu ngan korang-korang..sebab sampai satu masa tu orang ramai sangat sampai aku dah tak terlayan, naseb baiklah tetamu aku ni masing-masing pandai bawa diri..Hahaha..sorry sangat-sangat..Harap korang janganlah serik datang rumah aku ya;)
Oklah, aku nak cerita serba sikit pasal jamuan hari Sabtu lepas (24/09/2011)..Menu utama of courselah nasi kerabu diraja yang dimasak penuh kasih sayang;), then ada laksam pun dimasak dengan penuh kasih sayang *ayat tak boleh blah* spagetthi, pastu aku adalah tempah soto sket & air sarsi..pencuci mulut tak sempat nak sedia pun cuma adalah tembikai & koktail yang adik ipar aku buat..Sekali lagi mintak maaflah kalau ada yang terkurang k!!
Dalam invitation aku buat kat facebook tu aku tulis jamuan start pukul 2.30 petang sebab takut xsempat nak masak kan..tapi seawal pukul 11 pagi lagi dah ada yang datang..Alhamdulillah abang aku dari Pahang datang sekeluarga untuk jadi orang pertama yang merasmikan nasi kerabu aku..tapi diorang duduk sekejap sahaja & pukul 1230 dah gerak balik Bera sebab ada waris kakak ipar aku nak bertandang..Walau sekejap tapi cukup membuatkan hati aku gembira;-)
Lepas tu aku ke Seksyen 10 Shah Alam sekejap untuk ambil tempahan soto tu..Sampai je rumah kelam kabut kemas rumah, keluarkan meja & kerusi segala pastu terkejut boboi bila member blogger Lynn datang..Hehehe..sorry ye Lynn kalau masa ko datang tu aku kelam kabut sket..kejap sudu takdelah, kejap itu takdelah, ini takdelah..kalau aku pakai catering takyah nak pening-pening kan:P by the way, nanti sms kat aku address rumah ko ya, aku nak kurierkan cekak
Herm, masa Lynn ada aku memang tak teringat langsung nak ambil gambar..bila balik baru teringat..herm..memang macam ni bila blogger bertemu blogger *bunyi cengkerik* Oklah, jom layan gambar yang sempat aku & Haziq ambik on that day..Sorry kalau gambar tak clear..al maklumler aku ni memang tak pandai nak ambil gambar yang fokus betul-betul..harus beli dslr ni *eceh*
ni suasana selepas Lynn dah balik..geng-geng opis aku ni
dari kiri Azan (biras aku), Jamal si pemalu kucing (adik ipar suami pada Azan) & Mokla (adik ipar bongsu)
Entah angin apa ntah Haziq tu pakai baju melayu pakai cap..rappers Malaya kot:P masa ni keluarga ipar aku dari Kuala Selangor datang..penuh 1 rumah;)
Ashraf bam-bam yang kena export ke nurseri..mama minta maaf sangat-sangat ya babab..bukan apa, kalau Ashraf ada aku tak boleh konsentrat buat kerja so senang hantar dia duduk di bawah jagaan pengasuh konpem tido cukup perut kenyang;)
masa ni geng-geng pengasuh taska datang..memang penuh satu rumah..tengoklah HUsna duduk ngan cikgu dia
kat atas tilam biru tu adalah pusat latihan baby..hahaha sebab ramai juga baby-baby yang datang..nampak tak blogger Farah tu?? make gapo tu?? rupa-rupanya haritu ada siri jejak kasihan lah plok..suami pada farah ni berjumpa dengan budak sekolah dia dulu yang merupakan isteri pada budak opis aku..Hai..kecik kan dunia ni??
masa ni penuh dengan tetamu..geng yang duduk tengah-tengah tu adalah kawan aku zaman matrikulasi kat Dungun dulu..adalah hampir 5~6 tahun tak jumpa..datang jauh dari Triang Pahang tu..hehehe takderlah..memang dia tinggal di Triang tapi kebetulan minggu tu dia mai berjalan-jalan carik pasal ke rumah adik dia di Bukit Naga so aku jemputlah semua sekali mari rumah aku *tu fasallah penuh rumah aku tu*
Thanks ya McNor sudi datang & sorry kalau aku tak sempat nak layan mung..dahlah tak dan pun nak pegang baby mung..huhuhu..apolah aku ni;( takpolah..next time kalu mari Shah Alam ni, singgahlah lagi ya..
Pastu ada sore lagi member aku masa zaman matrik datang..pun terpaksa bawa diri sorang-sorang sebab aku takdan nak layan..my bad..herm..memang rasa ralat sangat..takpelah Nuar *macamlah dia baca blog aku* next time ya:P
ni pula
yang bagusnya, walaupun masing-masing saling tak mengenali tapi boleh berbual mesra..boleh mengeratkan tali silaturrahim lagi..dok gitu??
Thanks ya Farah mari rumah kak ila..masuk ni dah 2 kali dia datang..first mari tengok baby Ashraf dulu..tengoklah Ashraf tu..nak ngorat kakak Maryam kali:P
gambar ni Haziq yang ambik..Husna tertidur tengah-tengah ruang tamu & Aishah (anak Jamal) tengah makan cawan plastik..tolong!! takde sape-sape perasan ko?? hahahaa
ni pula sepupu aku merangkap teman sepermainan aku untuk cari ikan sepilar di zaman hingusan dulu..datang pun dah petang & siap bawak awek tuuuuu..Kak Na, lepas ni buleh menantulah MokSu Peah kito:P Haziq memang kamceng ngan sepupu aku ni sebab masa en suami outstation ke Vietnam dulu aku selalu juga ajak dia tidur kat rumah buat teman aku anak-beranak
lewat petang jiran sebelah taman merangkap blogger Iswatie datang berkunjung..hehehe thanks ya Watie..sanggup singgah rumah aku..sorrylah kalau hujung-hujung tu makanan dah tak semengah..soto tu makan ngan kuah sejuk dah..takde sape nak tolong panaskan..
ada jugak orang nak dekat mung ya?? hahahaha *gelak jahat*
ni pula jiran sebelah rumah aku MR & Mrs Shanker..hak paling bestnya wife dia ni asal orang Kelantan..duduk pula kat Tumpat..memang orang kampung en suami ah;)
kembar lain tahun..comel kan?? adik & abang sedondon pakai baju jersi Kelate
Actually ada banyak lagi gambar tapi aku tak upload semua..ramai lagi yang tak masuk..Apa-apa pun, aku bersyukur sebab dapat jumpa ramai member-member lama & baru..walaupun aku tak terlayan, harap dimaafkan ya..janganlah serik datang rumah aku lagi..
Buat blogger Lynn & famili, abang Rahman (kontraktor rumah aku), Imah, Kuyah, Leney, Kak Shidah & famili, Yana, Kak Yati, MIT & famili, Kimi & Normah, Zubairi & Ani, Ija & suami, Farah & famili, McNor & adik-adik sefamili, Nuar, Shikin & famili, Kak Nora & famili, Cikgu-cikgu taska Haziq, Murni & famili, blogger Watie & famili, Mat Anih & awek, jiran-jiran aku (sorry tak dapat ajak jiran row belakang merangkap blogger kak Onie..harap next time leh jemput semua sekali..huhuhu) Ti & famili..dan tak lupa juga abang aku Abang Lan yang datang jauh dari Bera, abang ipar aku Abang SIr dari Kuala Selangor, biras aku Kak Rah yang datang jauh dari Kajang siap bawa ke Secret Recipe's Choc Fudge sebijik lagi, thanks sebab walaupun abang ipar aku outstation tapi sanggup datang bersama anak-anak ke rumah kami di Shah Alam ni, terima kasih juga pada adik ipar aku Jamal sekeluarga sebab jadi helper & runner aku..terpaksa ke Econsave & kedai biasa semata-mata nak cari sudu garfu..hahaha..pastu terima kasih juga buat abang ipar aku Abang Yie & famili & tak lupa juga adik-adik ipar aku Kak Zura & Mokla yang banyak membantu aku dalam memastikan makanan sentiasa ada..hanya Allah yang dapat balas jasa baik kalian..Buat teman-teman yang tak dapat menghadirkan diri..it's ok..mungkin lain waktu kita boleh berjumpa lagi..insha Allah..
Owh, tak lupa juga pada Kak Yus sekeluarga & Zaidi & famili yang datang bertandang keesokannya..terima kasih sebab sampai juga ke teratak kami..maklumlah kalau bukan time raya bila lagi nak berjumpa kan..hari biasa mesti akan sibuk bekerja;) Sorry juga sebab hidang mana yang ada sahaja..no more nasi kerabu no more laksam..SOLD OUT:p

Tahun depan tak nak buat dah:P
Oklah..nanti aku nak share tips-tips untuk menganjurkan majlis rumah terbuka sendirian berhad (maksudnya semua kita yang buat sendiri) tapi esok-esoklah ya..letih doh menaip ni:P
Langgan:
Catatan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^