Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 7 September 2013

Diari WAHM SAHM SOHO : Bina Impian Sang Suri, Ayuh Keluar Dari Zon Selesa!


gambar sekadar hiasan 

Assalamualaikum,

Hari ini sudah menginjak seminggu di bulan September. Alhamdulillah, rentak kehidupan aku sebagai seorang surirumah yang bekerja semakin pantas ke hadapan dan sedang sedikit demi sedikit memasuki trek landasan yang betul. Jujur dikatakan pada tahun pertama menjadi surirumah, aku terkontang-kanting mencari hala tuju apa yang mahu dilakukan. Tambahan pula sedang mengandung dan anak-anak semua sudah tidak dihantar ke pusat asuhan, memang agak mencabar kerana masih tidak dapat membahagikan masa dengan sepenuhnya.

Alhamdulillah, Allah sentiasa temukan aku dengan insan-insan hebat. Benarlah apa yang dikata oleh para pemberi motivasi, untuk menjadi hebat kita harus juga berkawan dengan orang-orang yang hebat. Dapatkan aura dan perhatikan bagaimana mereka berjaya. Untuk memulakan langkah pertama sudah semestinya bermula dari dalam diri. Perkara pertama yang aku lakukan adalah dengan sentiasa membaca status-status positif dari pakar motivasi di facebook. Selain itu, aku mula menyingkirkan (unfollow) laman-laman artis atau apa sahaja status dari artis-artis yang melalaikan. Baca "timeline" di facebook ini kadang-kadang memang melalaikan dan boleh mengganggu waktu kerja kita jadinya memang kena pandai kawal diri supaya tidak sentiasa "lagha" dalam bersosial.

Selepas itu, Allah temukan pula aku dengan sifu kak Masayu Ahmad yang telah banyak membantu aku menunjukkan jalan untuk keluar dari zon "selesa". Beliau memberikan aku peluang menjadi ahli dropship produk barangannya dan kini menawarkan aku menjadi guru online di bawah Akademi Bekerja Di Rumah pula. Perlahan-lahan aku mula nampak potensi diri sebagai seorang surirumah yang bekerja, tidak seharusnya duduk rumah menjaga anak sahaja tetapi kita juga boleh menambah pendapatan melalui perniagaan online dengan memberikan servis atau menjual barang.

Secara jujur, dulu semasa bekerja memang aku tidak ada masa untuk memberikan tumpuan kepada perniagaan & blog. Hujung bulan dapat gaji yang hanya bertahan sekejap sahaja, badan penat bekerja dari pagi sampai petang (walaupun bukanlah kerja berat sekadar duduk depan komputer sahaja) tetapi tidak pernah memberikan kepuasan kepada diri aku. Penat bekerja satu hal, balik rumah anak-anak yang kecil masing-masing buat perangai kerana mahukan perhatian dan silap hari bulan en suami pun sama; suka merajuk kalau keinginan tidak dipenuhi. Itulah dilema seorang isteri dan ibu yang bekerjaya!

Sekarang ini, apa yang aku lakukan adalah "passion" aku yang datang dari dalam diri. Benarlah kata pakar motivasi kalau kita lakukan apa yang kita suka, penat macamana pun tidak akan terasa. Seronok pula setiap hari mengatur target jualan, memasang impian dan memberikan kata-kata semangat buat kawan-kawan yang lain. Kalau diikutkan memang penat kerana dalam masa yang sama pekerjaan sebenar sebagai surirumah memang perlu dilakukan semuanya. Tapi dek kerana minat, setiap masa adalah berharga buat aku.

Ok bagaimana yang dikatakan membina impian? Bagi mereka yang pernah bekerja, memang tak dinafikan apabila berhenti kerja rasa seakan tekanan dalam diri kerana terpaksa mengharapkan duit dari suami. Bagi suami yang bergaji "besar" sudah semestinya tidak menjadi masalah tapi bagi suami yang gaji hanya cukup-cukup makan sahaja, bagaimana pula? Sebab itulah kita kena bekerja juga untuk membantu menaikkan taraf hidup keluarga mahupun diri. Zaman sekarang sudah berubah, kalau dahulu orang memandang rendah kepada jawatan "surirumah" tetapi kini jawatan ini yang didambakan setiap wanita yang bergelar ibu.

Sekarang ini setiap hari aku akan setkan target untuk capai jualan. Bukan untuk tambah tekanan (jika ada orang tak beli atau tak mahu masuk belajar kelas) tapi sebagai motivasi diri untuk bekerja lebih keras lagi. Dulu bekerja hanya mengharapkan gaji dari majikan tapi sekarang ini masih ada juga majikan cuma bezanya majikan ini Maha Berkuasa dalam segala-galanya. Hubungan dengan majikan ini memang sentiasa kena jaga, sebabnya Dia yang Maha Berkuasa dalam memberi rezeki. Kalau tiada keredhaan dari Nya buatlah macamana pun rasa macam tidak berjaya juga!

Bak kata sifu aku, ayuh campakkan selimut "selesa" dan berani keluar dari zon selesa kepada zon cabar diri. Masing-masing kaum suri di luar sana bukannya terdiri dari yang buta IT, semuanya sudah tersedia, PC, internet mahupun telefon yang serba canggih. Gunakan sepenuhnya peluang yang ada, minta izin restu suami untuk bekerja dari rumah. Bukan bermakna kebajikan anak-anak harus terabai tapi sebenarnya semua masih sama sahaja cuma pengorbanan dari segi masa yang ada. Kalau dulu boleh tidur bersama-sama anak-anak tapi kobankan sedikit untuk membuat kerja. Kalau dulu boleh tengok cerita sinetron Indonesia mahupun pelbagai bahasa yang lain tetapi kini aktiviti itu ditukar kepada membuat promosi jualan di internet. Tidak perlu sepanjang masa beronline cukuplah konsisten 10 minit setiap hari pada waktu-waktu tertentu.

Sekarang ini Alhamdulillah setiap masa aku sedang mencabar diri. Dahulu kalau mendapat RM10 sehari gandakan pula setiap minggu. Kemudian menjadi RM50 sehari dan lama-lama biar menjadi konsisten kepada RM100 sehari (atau lebih). Segala-galanya mungkin jika kita berani untuk bertindak. Bagi yang masih bekerja pun boleh juga menanam impian, mulakan langkah dai sekarang membina asas untuk menjadi tempat mencari sumbe pendapatan sekiranya mahu berhenti kerja. Semua ini bukan berlaku dalam sehari dua tetapi semuanya mengambil masa. Hanya mereka yang betul-betul kuat dan berdedikasi sahaja akan bertahan tapi bukankah best jika kita melakukan apa yang kita suka? Bangun pagi tak perlu bersiap-siap untuk menghadapi jem ke tempat kerja, bangun pagi boleh menatap wajah-wajah kesayangan setiap masa, bangun pagi boleh merancang aktiviti seharian mengikut suka. Best bukan?

Kalau mahu kehidupan macam itu, ayuh mulakan dari sekarang. Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Mulakan langkah dengan membina blog & perniagaan online. Tapi sebelum itu perbetulkan dulu niat supaya senang semua impian untuk tercapai. Kalau berniaga niatnya hanya mahu kaya semata-mata sudah pasti tidak akan ke mana. #peringatan buat diri sendiri juga.

Oklah, sekian dulu bebelan dari aku. Tidak memaksa untuk berubah kerana semuanya harus datang dari diri sendiri juga. Jangan suka banding-bandingkan diri dengan orang lain yang lagi lebih dari kita kerana nanti akan membawa tekanan kepada diri juga. Sebaliknya cuba untuk majukan diri sebagai contoh untuk anak-anak. Jangan kecewa kalau anak-anak tidak suka atau cemerlang dalam pelajaran kerana masih banyak lagi peluang pekerjaan yang terbuka luas.

Tata! Nak bersiap-siap untuk ke rumah abang aku di Bera, Pahang. Sebelum itu mahu singgah di jamuan kesyukuran rumah kakak ipar aku dulu. Moga Allah selamatkan perjalanan kami pergi dan balik. Sehingga jumpa lagi dalam siri bebelan seorang surirumah yang bekerja..hihi

Salam kasih sayang buat semua.

2 ulasan:

Yati Ali1 berkata...

as salam zaila...mcm sy dah ada blog, tapi apa brg yg sesuai sy nak jual?

Zaila Mohamad berkata...

Wassalam Yati Ali1

semua barang pon boleh jual melalui online (kecuali barangan yang terlarang tu kompemlah tak boleh macam dadah, arak & ubatan terkawal)

yang penting cuba cari apa produk yang senang dicari dari tempat puan. Mulakan dgn beli untuk guna pakai sendiri then jual

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^