Tuesday, November 12, 2013

Panduan Memilih Tadika Yang Bagus

Assalamualaikum,

Semalam apabila membaca coretan pengalaman salah seorang protegeku yang menghadiri majlis Little Ihtifal anak bongsunya (boleh baca di sini : http://azhanaam.blogspot.com/2013/11/little-ihtifal-genius-aulad-subang.html), perasaan ini ada sedikit terguris apabila mengenangkan nasib anak dara kami. Agaknya seperti kata kak Azura kepadaku "Musim kekecewaan taska" (boleh baca entri di sini : http://azuraabdullah.blogspot.com/2013/11/pelukis-sutera.html) di mana beliau juga sedikit kecewa dengan pengurusan taska anaknya yang telah menukarkan majlis graduasi kepada sesi lawatan.

Seperti kami pula, sejak awal lagi Husna telah tunjukkan kepada aku buku msg book nya di mana diletakkan keratan majlis Little Ihtifal tadika Genius Aulad cawangan Kota Kemuning yang akan diadakan di MMU, Cyberjaya. Seawal pukul 8 pagi lagi perlu berada di sana dan memikirkan keadaan kami yang memang selalu bermasalah untuk bangun awal dan bersiap, aku mencadangkan supaya en suami menempah bilik hotel yang berdekatan dengan tempat majlis untuk memudahkan urusan kami. Jadi en suami telah menempah bilik di sebuah hotel di Putraya supaya pagi Ahad (17/11/2013) kami boleh sampai di tempat persembahan dengan awal.

Sabtu lepas ada hari "Report Card" di Genius Aulad Kota Kemuning dan cuba teka betapa kecewanya hati ini apabila guru kelas Husna memberitahu bahawa mereka baru mendapat tahu yang tempat dan tarikh telah ditukar. Aku kalau tarikh ditukar tu kira boleh terima lagi tetapi apabila tempat juga ditukar jauh dari tempat asal, memang tak dinafikan rasa seperti mahu menangis juga. Memang Allah adalah sebaik-baik perancang, boleh lihat betapa kerdilnya manusia dalam bab merancang. Guru kelas Husna memberitahu kenapa mereka menukar tempat adalah kerana faktor kos sewa dewan yang mahal iaitu RM50k untuk 2 hari. Iya, mungkin mereka tidak cukup peruntukan tetapi kenapa tarikh juga ditukar sama? Bukankah ramai ibubapa yang sudah ada perancangan sendiri sempena cuti sekolah nanti? Tarikh persembahan telah ditukar dari 17hb kepada 24hb seminggu lebih lewat dan pada masa itu cuti sekolah sudah pun bermula.

Semalam aku menerima msg dari GA Kota Kemuning :


Memang sah tarikh dan tempat sudah ditukar. Nampak gaya memang Husna tak dapat pergi lah kerana waktu ni en suami tiada kerana ada urusan kerja. Malah, Ahad 17hb ini pun en suami sudah berada di luar negara dan kerana itulah aku memintanya untuk menempah hotel di Putrajaya dan meminta bantuan adik ipar untuk membawa aku anak-beranak. Kalau sorang-sorang nak uruskan semua budak-budak ni, harus pengsan dan-dan tu juga.

Oklah, panjang lebar pula masalah yang aku cerita kat sini ya. Ini hanyalah perkongsian dari aku yang merupakan seorang ibu dan merupakan pelanggan setia bagi Genius Aulad bermula dari zaman Haziq lagi tapi kali ni, aku cukup-cukup kecewa dengan pengurusan mereka yang agak kelam-kabut, tak macam dulu lagi. Bagi ibu-bapa di luar sana yang sedang mencari tadika atau sekolah Pra sekolah untuk anak-anak di sini aku kongsikan beberapa panduan yang boleh diambil kira sebelum membuat keputusan :

1) Silibus yang digunakan : bagi aku sudah semestinya aku memilih yang islamik, tidak kisahlah dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris, yang penting aku mahu awal-awal lagi anak-anak aku didedahkan dengan pelajaran agama seperti cara untuk berwuduk, solat dan membaca al-Quran. Alhamdulillah, Haziq sudah boleh solat dan hafal bacaan solat sejak umur 6 tahun lagi. Sekarang bila sudah bersekolah dia mula belajar solat berjemaah dan solat sunat pula. Jadi, Husna pun aku mengharapkan bila mana dia sudah cecah 6 tahun dia akan hafal bacaan solat dan boleh membaca muqaddam dengan lancar.

2) Budget : ini juga sangat penting juga. Kadang-kadang nak masukkan anak ke tadika belanja mengalahkan nak masuk Universiti. Lihat sahaja Genius Aulad, yuran pendaftaran sahaja hamppir mencecah RM1,000.00 belum masuk yuran bulanan lagi. Jadi kena ambil kira juga sekiranya anak tidak menunjukkan minat atau apa-apa perkembangan adakah patut diteruskan membayar yang mahal lagi? Yang mahal yurannya tidak semestinya yang terbaik. Jadi kena ada pemantauan juga, sekiranya nampak anak tidak menunjukkan kesan yang positif rasanya adalah lebih baik mencari tadika lain yang lebih murah tetapi memberikan servis yang terbaik. Sebab itu, kena rajin membuat survey dan meminta cadangan daripada ibu bapa yang lain.

3) Persekitaran Kelas : Ini juga aku sangat titik beratkan juga. Bagaimana anak-anak kita bergaul di kelas dan macamana guru-guru yang mengajar mereka. Setakat ini aku berpuas hati dengan guru-guru yang mengajar anak-anak aku, sangat baik dan mengambil berat. Kelas Husna juga terdiri dari anak-anak yang baik. Setakat pergi ke sekolah ini tak pernah lagi Husna balik bercakap perkara-perkara yang kasar mahupun kesat. Jadi, memang penting untuk tahu dengan siapa mereka berkawan kerana anak-anak ini mudah mengikut perangai kawan-kawannya. Haziq pun sejak bersekolah selalu juga tertangkap dengan aku kerana memarahi adik-adiknya dengan kata-kata kesat! Jadi sangat-sangat penting untuk mengambil tahu dengan siapa mereka berkawan.

4) Jarak Sekolah : Tak dinafikan ini juga menjadi salah satu faktor yang aku titik beratkan. Sekarang ini Husna ke sekolah dengan menaiki van kerana GA terletak dalam 10-15 minit perjalanan dari rumah ke sekolahnya. Jadi satu lagi pertambahan iaitu kos menyewa perkhidmatan van untuk mengambil dan menghantar Husna ke sekolah. Untuk tahun ini kami dikenakan RM90 sebulan, tahun depan tak tahulah berapa?

Kadang-kadang terfikir juga mahu membuat "home schooling" aje, mungkin boleh mulakan dari sekarang mencari bahan rujukan dan aktiviti apa yang sesuai. Ada tak sesiapa yang sedang mengajar sendiri anak-anak mereka di rumah? Boleh kongsikan tak tips yang sesuai? Terima kasih.

Kelas asas blog & fanpage masih lagi menerima pelajar. Daftar sekarang supaya kita juga boleh membina platform/tapak yang kukuh sebelum berhenti kerja.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

1 comment:

~MommyAqilMedina~ said...

Info yang bagus buat aida yang masih tercari-cari kindergarten untuk Aqil..tapi memang menyusahkan kan kak bilaman semuanya telah ditukar dari yang asal..Kesian Husna tak dpaat nak join Ikhtifal kali ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015