Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label harijadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harijadi. Papar semua catatan

Rabu, 4 Februari 2015

Sambutan Majlis Harijadi Anak? Adakah Suatu Pembaziran?

Assalamualaikum,

Siapa yang ikuti rancangan "Majlis" di Astro Maya? Setiap Ahad pukul 7.30 malam. Aku haritu ada lah tertengok satu majlis harijadi yang disiarkan tu, mak aih meriahnya orang sekarang sambut sampai ada persembahan badut, silap mata dan macam-macam lagi lah! Terfikir juga dalam hati berapa agaknya yang dihabiskan oleh ibubapa demi untuk menjayakan majlis ini. Kalau tengok kan rumah tu sudah boleh agak yang ibubapa kepada bayi tersebut mesti orang yang punyai $$. Jadi, apa salahnya kan kalau buat meriah sket? Asalkan tidak membazir :) Memberi makan kepada tetamu dapat pahala kan, meraikan tetamu pun dapat pahala :)

Sebagaimana sabda Rasulullah, tiga perkara yang tidak sepatutnya ditolak oleh tetamu. Ibu Abbas menceritakan bahawasanya,

"Aku, Rasulullah dan Khalid Al-Walid datang ke rumah Maimunah. Dia menghidangkan kepada kami air susu, Rasulullah segera meminumnya. Pada waktu itu aku duduk di kanan dan Khalid di sebelah kiri Nabi s.a.w. Rasulullah pun berkata kepadaku, "Sekarang giliranmu meminumnya tetapi kalau kamu mahu mendahului sahabatmu terpulang! Aku menjawab "Tidak mungkin aku mendahulukan orang lain untuk meminum bekas minumanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang diberikan makanan oleh Allah maka hendaklah dia berdoa, "Ya Allah beri kami berkat dalam makanan ini dan tambahkanlah  makanan ini untuk kami." Rasullullah s.a.w juga bersabda "Tidak ada sesuatu yang boleh berfungsi sebagai makanan sekaligus minuman melainkan susu"

{Dikeluarkan oleh At-Tarmizi dan Ahmad} Petikan diambil dari buku Biografi Agung Rasulullah SAW (Rusydi Ramli Al-Jauhari)

Jadi, bagi aku boleh nak buat makan-makan meraikan majlis harijadi anak-anak selagi ianya tidak berlaku pembaziran yang melampau. Kena bergantung kepada budget dan kewangan kita lah juga kan? Seeloknya jangan sampai berhutang dan menimbulkan masalah kewangan pula. Berpada-pada lah dalam berbelanja. Paling afdal sekiranya memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin dahulu? Betul tak?

Oh bila bercerita tentang majlis harijadi ni, aku nak mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan aku yang ohsem! Berbelanja semua mengikut kemampuan dan ramai yang dari awal lagi telah membeli kelengkapan majlis. Alhamdulillah, sukanya bila mendapat gambar-gambar kiriman dari pelangan. Terserlah muka anak-anak yang diraikan itu semuanya gembira belaka :)







Pada yangs edang mencari barangan parti harijadi yang mesra poket, boleh like fanpage ini : Barangan Parti Harijadi

Terima kasih kepada semua pembaca mahupun pelanggan yang mempercayai khidmat yang aku berikan. Asalnya dulu aku pernah mengadakan majlis untuk anak sendiri dan terfikir mesti ibubapa pun suka mengadakan majlis harijadi untuk anak-anak. Cukuplah sekadar untuk meraikan mereka dengan acara potong kek dan makan-makan bersama kawan-kawan mereka :)

Untuk tips dan panduan untuk bekerja dari rumah boleh ikuti penulisan aku di sini : www.zailamohamad.com

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum :)

Khamis, 6 Mac 2014

Menu Popular Untuk Majlis Parti Harijadi Anak Anda


Imej : carian google (mini pasta)

Assalamualaikum,

Ada sesiapa yang merancang untuk mengadakan parti harijadi buat si cilik tak minggu ni? Sudah pastilah akan ada kan? Tak kisahlah majlis besar-besaran mahupun kecil-kecilan, tujuan kita semestinya untuk menggembirakan anak-anak dan kawan-kawan mereka.

Hari ini aku akan kongsikan antara menu yang sesuai atau popular untuk disediakan di majlis harijadi anak. Sesuai sangat bagi mereka yang melakukan sendiri majlis. Kalau nak tempah pun boleh juga, bergantung kepada tahap kewangan ibubapa yang merancangnya!

Selalunya majlis harijadi ini dilakukan pada waktu petang. Jadi, menu yang sesuai untuk dihidangkan kepada orang dewasa tidak perlulah terlalu berat seperti nasi lemak, nasi beriani atau nasi yang menghidangkan banyak lauk. Cukup sekadar untuk menyediakan menu seperti nasi goreng cina, mee goreng atau bihun goreng. Kemudian boleh ditambah dengan menu-menu sampingan yang sudah tentulah anak-anak juga boleh memakannya. Contohnya :

- sandwich gulung berintikan sardin
- kek cawan pelbagai perisa
- mini pizza
- pelbagai kuih muih tradisional Melayu 
- apam
- makaroni goreng 
- nuget, sosej dan kentang goreng
- buah-buahan seperti epal, limau, betik dan tembikai susu. Elakkan dari menyediakan buah seperti tembikai kerana dikhuatiri akan berair dan berlengas.

Sekiranya kita membuat tempahan, pastikan menu yang ditempah sampai awal majlis lagi. Sebolehnya biar makanan dihantar terus ke rumah supaya kita tidak tergekjar-kejar untuk mengambil makanan yang ditempah.

Membuat majlis harijadi di kediaman sendiri sememangnya memenatkan kerana sudah semestinya rumah akan bersepah selepas tetamu semua pulang. Jadi, anda juga kena bersedia untuk mengemaskannya kembali. Kalau boleh lakukan secara bergotong royong dengan ahli keluarga.

Oklah, semoga majlis yang dirancang akan berjalan dengan sempurna dan lancar. Jangan lupa like fanpage Barangan Parti Harijadi untuk mendapatkan pelbagai pilihan barangan parti pada harga borong. Tempah awal untuk mengelakkan berlakunya kehabisan stok.

Laluan iklan :


Jom ke Live Coaching dari salah seorang guru Akademi Bekerja Di Rumah yang akan membeicarakan tentang "Branding Yourself Strategies" di mana Pn Khairunnisa ini yang bermula dengan menulis blog, menghasilkan ebook dan kini seorang arkitek profesional yang bekerja dari rumah. Beliau sering mendapat jemputan untuk keluar di siaran television dan majalah tempatan. Nak tahu rahsianya? Boleh sertai seminar ini di mana-mana lokasi terpilih. Setiap lokasi terhad kepada 50 penyertaan sahaja.

Percuma 2 ebook dan buku Jana RM Dari Rumah hasil penulisan Pn Masayu Ahmad bagi setiap pendaftaran yang terawal! Boleh hubungi saya untuk pendaftaran melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Bagi sesiapa yang ingin beriklan di blog ini juga boleh menghubungi nombor di atas. Terima kasih.




Rabu, 20 November 2013

Tips Merancang Parti Harijadi Anak : Permainan Yang Sesuai Untuk Dilakukan

Assalamualaikum,

Petang Ahad yang lepas kami sekeluarga menghadiri majlis harijadi teman blogger merangkap jiran sebelah taman perumahan dah iaitu Mummy Iswatie. Majlis bermula pada pukul 3 petang sehingga 6 petang. Iya, selalunya majlis harijadi akan diadakan pada waktu petang kerana iainya lebih tertumpu kepada acara santai-santai dan lebih kepada meraikan kanak-kanak dengan pelbagai makanan dan permainan.

Walaupun Watie dalam keadaan mabuk-mabuk (sedang mengandung anak ke 4) tetapi majlis tetap berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah, memang meriah kerana ada khemah dan pelbagai makanan yang telah siap ditempah. Majlis ini bagi meraikan harijadi ke tiga-tiga anak mereka iaitu Hana, Ichlas dan Hani. Senang kan buat sekali harung aje! Jimat tenaga, masa dan paling penting jimat kos untuk menempah semua makanan dan peralatan yang diperlukan.

Ok, bagi mereka yang sedang merancang untuk membuat majlis harijadi, pertama sekali yang harus difikirkan adalah peruntukan kewangan yang diperlukan. Selalunya ianya bermula dari RM300 ke atas juga jadi sekiranya mahu jimatkan kos, seeloknya lakukan semua sendiri tanpa mengupah pihak ketiga.

Hari ini aku ingin kongsikan beberapa cadangan permainan atau aktiviti yang sesuai dilakukan semasa majlis harijadi. Antaranya ialah :

1) Acara kerusi beracun atau berebut kerusi

Memerlukan beberapa buah kerusi plastik dan juga mainan muzik. Acara ini elok dilakukan di halaman yang luas untuk memudahkan anak-anak berlari merebut kerusi. Siapa yang berjaya untuk duduk di atas kerusi yang terakhir, dia lah juaranya!


2) Aktiviti mewarna

Ini yang paling senang untuk dibuat. Pastikan anda mencetak seberapa banyak gambar lukisan animasi mengikut tema yang dipilih. Boleh cetak dari beberapa laman web yang khusus untuk merancang parti harijadi. Dulu semasa majlis harijad Ashraf juga aku telah mencetak beberapa keping gambar lukisan animasi watak Angry Bird. (Boleh imbas kembali kenangan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2012/03/wordless-wednesdayhappy-birthday-ashraf.html)

3. Aktiviti menampal stiker

Seperti gambar di bawah ini, sangat-sangat kreatif di mana kanak-kanak perlu menutup mata dan berpusing-pusing sebelum mereka dibawa untuk menampal mata ikon Minion tersebut. Ada yang senget, ada yang letak di bawah dan macam-macam lagilah. Sudah tentu mereka juga teruja untuk melihat hasil tampalan tangan mereka :)


iklan : bagi yang mahu mendapatkan belon watak kartun seperti di atas boleh PM aku laju-laju

4. Aktiviti Menghias Kek Cawan

Sediakan kek cawan atau biskut yang ksong dan beberapa ising yang berlainan warna. Letakkan beberapa jenis gula-gula atau perhiasan yang sesuai. Biarkan mereka menghias kek cawan mengikut citarasa  mereka sendiri.

5. Membuat Pinata

Apa itu pinata? sejenis permainan mat salleh yang memerlukan anak-anak memukul belon yang di dalamnya terdapat gula-gula. Boleh baca di sini tentang bagaimana untuk membuat semuah pinata. http://www.supermommy.com.sg/diy-monster-pinata/

Itu sahaja cadangan aktiviti yang boleh dilakukan semasa majlis harijadi bermula. Seeloknya jangan terlampau banyak sangat aktiviti kerana risau akan melambatkan program majlis dan kanak-kanak terlalu asyik bermain sehingga terlupa untuk makan. Seeloknya, berikan mereka makan dahulu kemudian selepas acara memotong kek barulah dilakukan aktiviti bersama anak-anak.

Bagi yang sedang merancang untuk membuat majlis harijadi, bolehlah hubungi aku untuk mendapatkan sebut harga bagi pelbagai barangan seperti belon, parti pack, topeng, cawan kertas, pinggan kertas, alas meja, permainan seperti trompet kertas dan macam-macam lagi. Syarat utama adalah harus sebulan awal dari majlis. Jujurnya memang sangat indah apabila melihat anak-anak gembira dengan majlis sebegini. Apa salahnya jika sesekali berhabis untuk majlis mereka. Kalau nak jimat buat macam kawan aku ni sekali harung terus:)

Akhir kata, kelas asas blog masih lagi berjalan seperti biasa. Jom daftar untuk belajar berniaga online. Kalau tak mahu bayar boleh cuba nasib untuk menyertai peraduan Giveaway SEJUTA Viewers Blog Zaila di sini

http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^